Part 2

6.7K 491 27
                                    

SEDANG asyik menjamah makanan, telefon Saila bergetar dua kali. Tanda ada mesej masuk. Bukan seorang yang gelojoh, Saila perlahan-lahan menyuap habis makanan di atas sudu dan mencicip sedikit air sebelum mencapai telefonnya.

Perlakuannya menjadi perhatian Kak Mun. Wanita berumur 50-an itu menyenggol bahu Kinah di sebelah. Bibirnya di juih berulang kali ke arah Saila yang langsung tidak sedar dirinya sedang menjadi tumpuan. Tekun benar membalas mesej yang baru diterimanya tadi.

"Tertib betul budak Saila ni kan?" Kak Mun memuji. Walaupun kadang-kadang rimas dengan sikap lemah gemalai Saila, tidak dapat dinafikan yang dia suka melihat lembut si gadis. Senang saja hati terasa bila bercakap dengan Saila. Tak pernah ada rasa marah terbit walaupun geram dengan tingkahnya yang seperti mudah sangat dibuli.

"A'ah." Kinah ikut bersetuju. Awal dahulu memang rasa rimas, tetapi lama-kelamaan mereka jadi terbiasa.

"Anak sedara akak tengah cari calon. Agak-agaknya sesuai tak Saila ni?"

"Eh, jangan nak memandai lah kak. Bukan ke Saila tu dah ada?"

"Hmmm ...." Panjang Kak Mun menggumam. Gaya kecewa bercampur mengia. Tahu Saila sudah berpunya, tetapi selagi belum bekahwin, bukan kah peluang masih terbuka?

"Saila." Indah yang sedari tadi cuma menelinga perbualan Kinah dan Kak Mun mula memainkan peran.

"Hmm?" Saila meletakkan telefon kembali ke atas meja sebelum berpaling ke arah Indah.

"Awak ni dah bertunang ataupun ada boyfriend je?" Rasanya dulu sudah pernah disoal. Tetapi Saila cuma tersenyum saja. Gayanya seperti sudah berpunya. Tapi berpunya jenis yang mana?

Saila menunjukkan cincin di jari manisnya. "Dah terikat."

Maka membulat lah mulut Kak Mun, Kinah dan Indah. Masing-masing faham dengan cara yang tersendiri. Si manis Saila rupanya sudah berpunya.

"Can I join you guys?"

Suara lelaki entah dari mana datangnya itu membuatkan Saila yang sedang menghirup air terbatuk. Straw dilepaskan dari mulut.

"Eh, Encik Rie ..." Meleret suara Kak Mun menegur. Mata melilau melihat kawasan sekitar. Mencari kalau ada teman bos yang ikut serta. Selama ini tak pernah pula mereka lihat lelaki itu makan di kedai makan kawasan sekitar syarikat mereka itu. Mana lah tahu untuk sekali ini mereka dapat mengintai isteri yang selama ini wujudnya seperti satu misteri.

"Encik Rie seorang saja ke?" Bukan jenis yang bersabar, Indah terus menghulur soalan. Buat apa mahu bersembunyi. Tanyakan terus saja pada tuan empunya badan.

"Yes, alone. Hari ni tiba-tiba rasa nak makan lauk kampung. Kenapa?" Tidak menunggu dijemput, Qairie terus mengambil duduk di sebelah Saila. Memaksa wanita itu untuk beranjak memberi ruang. Kerusi di kedai makan itu memang benar-benar membawa tema kampung. Kerusi dan mejanya semua diperbuat daripada kayu. Kerusi pula jenis bangku panjang seperti di kantin sekolah.

Wajah Saila berubah mendung. Tunduk tertib menguis nasi dengan sudu. Selera sudah hilang terbang bila Qairi tanpa malu menjemput diri untuk makan bersama mereka.

"Mana lah tahu kalau-kalau Encik Rie datang makan dengan isteri. Kami nak juga tengok suri hati Mister Rie." Niat Indah mahu bergurau benar-benar berjaya bila ayat terakhirnya tanpa sengaja menyamai tajuk drama adaptasi yang dulu pernah digilai ramai. Terus terhambur keluar ketawa Kak Mun dan Kinah. Cuma Saila saja yang tersenyum tawar.

"Ada."

"Ha, ada? Mana? Mana?" Baru sepatah saja Qairie bersuara, yang lainnya sudah melebih-lebih menunjuk rasa. Kalut memandang ke sana ke mari. Mencari suri yang dikatakan 'Ada' oleh atasan mereka.

Mister Rie punya Miss Stress ( ✔ )Where stories live. Discover now