Bab 10- Zephyra Si Bawang Merah

27 4 0
                                    


Hadif memberikan tumpuan sepenuhnya apabila Ghina memberikan peneranangan tentang konsep rekaannya.Sempat lagi dia meneliti mata Ghina.Warna matanya tak berapa terang,namun bulu matanya yang lebat lagi melentik itu sudah mencukupi ciri-ciri mata yang cantik.Tapi sayang,bukan miliknya.

Cop! Merepek apa kau ni Hadif? Ingat,dia Cuma RAKAN SEKRJA! Nothing more,nothing less.

Ghina memberikan komitmen sepenuhnya dalam presentationnya,walaupun hanya di sebuah cafe,bukan bilik mesyuarat.Sekejap dia melihat muka Hadif,sekejap dia membelek-belek lakarannya.Tengok dari muka Hadif macam fokus,tapi kalau teliti balik macam mengelamun.

"So,okay ke tak? Hadif?"

Tiada jawapan.

"Woi! Aku tanya ni,okay ke tak baju ni?"Tanya Ghina buat kali kedua.Ditinggikan sedikit nadanya.

"Ha? Aku? Aku okay je,sihat lagi ni."balas Hadif bersahaja.

Ghina memandang Hadif dengan geram.Diketuknya tangan Hadif dengan novel "Sebenarnya Saya Isteri Dia"disebelanya.Tebal woo novel tu .

Hadif mengaduh kesakitan.

"Kau ni dah kenapa? Aku tanya pasal baju,bukannya tanya kau sihat ke tak!"tengking Ghina.

"Sakitlah,perempuan! Woi,semua orang buat silap tau.No humans are perfect.Ok je baju tu,aku suka.Esok kita pergi beli kain."balas Hadif lalu menyarungkan cermin mata hitamnya.

"Wow! Big no! Aku?Kau?Together-gether? Pilih kain? Aku tak sedia lagi nak runtuhkan jakel tu.Takpayah,kau,duduk rumah jaga bini,aku je pergi esok."

"NO Excuses,you are coming with me,tommorow,I pick you. 9:30am." Ujar Hadif sekali nafas"

"Wei,kau nak gila,gila sorang lah.Mana ada mall jakel buka pukul 9:30 pagi,gila? Kau ni memanglah,gila."

"Kita breakfastlah dulu,gila!"balas Hadif pula.Dah start dah dia bertekak mulut.

"Hoi! Kau gila,dia gila,habis tu siapa je yang waras kat sini?!"jerit Irdina.

"Kaulah!"jerit Ghina dan Hadif serentak.Mereka berpandangan satu sama lain sebelum berkata,

"Senyaplah gila!"serentak lagi.

"Tak payahlah ikut aku!"Ayat mereka masih lagi serentak.Ghina semakin berapi,manakala Hadif mula seperti biasa,bersahaja.Irdina pula sudah mengurut-urut kepalanya.Mana taknya,pantang lepa,bergaduh.

"Dahlah tu orang gila sekalian,manusia keliling hang ni semua pandang hangpa berdua ni.Malu aku tahu.aku kahwinkan korang kat sini karang,baru tahu." Ujar Irdina sambil menemukan kedua-dua tangannya tanda memohon.

Ghina pula sudah menunjukkan muka meluatnya manakala Hadif sudah mengangkat tangan tanda menyerah kalah.Sejurus itu,Ghina senyum bangga kerana dia telah berjaya menjadi orang yang terakhir mengakhiri pergaduhan ini.

Tidak lama selepas itu,iphone milik Irdina berbunyi.Nama yang tertera diskrin telefon Irdina ialah "future Husband".Irdina mengangkat punggung untuk menjawab panggilan tunangnya itu.

Hadif masih lagi dengan kaca mata hitamnya manakala Ghina pula sudah berasa tidak selesa ditinggalkan berdua di situ.Dibeleknya mesej yang tidak sempat dibaca dari pagi tadi.Ghina membuka satu perbualan.Banyak pesanan yang diterima,namun satu pun tidak dibalasnya.Semuanya dari lelaki yang sama yang mengganggunya sejak 3 tahun yang lepas.Ghina tidak berni untuk mem 'block' mesej itu kerana dia sudah diberi amaran jika berbuat demikian.Dipandangnya Hadif sekilas.

Tak lama kemudian,Ghina menerima panggilan daripada adiknya,Zephyra.Ghina mengeluh keberatan.Bukan apa,malas hendak menjawab panggilan adiknya itu.Adiknya itu dari kecil memang tidak pernah ngam dengannya.Tak tahu apa salahnya,memanjang dipersalahkan.Lagi-lagi depan umi,pijak semut tak mati.adiknya itu memang pandai memanipulasi otak orang terutamanya umi.Tambahan pula,umi memang sayangkan sangat Zephyra itu.Tak usah dipersoalkan lagi.Umi sanggup mati untuk Zephyra,namun bukan untuk Ghina.Tak percaya? Tanyalah sepupu sepapat terdekat,semua boleh nampak bertapa pilih kasih dan berat sebelahnya umi terhadap anak-anaknya.Namun,masih tida sesiapa yang berani tegur.Sedih memang sedih,namun apakan daya?Sebab itu dari kecil Ghina memang suka duduk berseorangan.Melayan perasaan sendiri.

Maafkan Bilaku Tak SempurnaWhere stories live. Discover now