"Coffee." ujar Lisa,meletakkan secawan kopi di atas meja kerja Hadif.Hadif yang dilihat sedang tekun menulis dan membuat laporan tentang pesakitnya.
'Thanks.Asal tak balik lagi?" soal Hadif.Dah pukul 8 malam.Pelik sungguh ni.
"Oh,dah nak balik dah,tadi habiskan kerja.So,gerak dulu eh bos.Assalamualaikum." ujar Lisa.
Peliknya perempuan ni.Selalu mulut bising.Eii,seram sejuk dibuatnya.Entah-entah yang dihadapannya ini bukan Lisa.Siapa tahu?! Astarghfirullahhalazim Hadif,jangan suudzon,bak kata Amran.Entah-entah memang betul dia habiskan kerja.Ish,seram lagilah.
Hadif kemudiannya mengemaskan barang-barangnya untuk pulang.Setelah yakin dia tidak meninggalkan apa-apa barang,dia membawa langkah untuk ke keretanya.Sebelum pulang ke rumah,dia menuju ke kedai sarbaneka berdekatan untuk membeli jajan,lapar pulak rasa.
Dia menghentikan Audinya di hadapan,semasa menuju ke kedai,dia terlihat seorang wanita yang sedang memegang anaknya menuju ke klinik.Familiar.Diendahkan sahaja wanita itu.Namun langkahnya terhenti apabila dompet wanita itu tercicir ke bawah.Lajunya akak ni jalan,sampai tak perasan dompetnya tercicir.Lantas Hadif terus mengambil dompet itu dan berlari menuju ke wanita itu.
"Sorry,akak! Miss! You dropped your wallet!" Jeritnya.Kalau akak tu tak dengar tak tahulah nak cakap apa.Dah cukup kuat dah jeritan tu.
Wanita itu menoleh dan memandang Hadif,kemudian matanya melirik kepada dompet yang dijatuhkan tadi.
Oh mak kau seram! Serious cakap,seram gila muka akak ni.Wanita di hadapannya ini menangis,sampai bengkak mata.Tu tak seram sebenarnya.Apa yang lebih seram,dia menangis sambil memegang bayinya.Eii,tak tahu nak kesian ke nak cabut.
"Terima kasihlah,haish,malang betul harini." ujar wanita itu,sambil mengesat air matanya.
"Akak,akak nak pergi mana ni? Kenapa akak nangis? Akak ada masalah ke?" soal Hadif.Tak tahu apa yang merasuknya,tapi timbul rasa kesian di lubuk hatinya.Eh,tu bukan kena rasuk,itu namanya berperikemanuasiaan.
"Suami akak baru je tinggalkan akak dekat sini,akak baru lepas hantar anak akak pergi klinik,keluar klinik tengok-tengok mesej sampai,suami buat hal.Tak guna punya lelaki." marah wanita itu sambil mengesat air matanya.Wow.Tak tahu nak gelak ke nak simpati sekarangini.Wanita di hadapannya ini baru lepas kena tinggal suami,pastu nangis,lepas tu boleh sambung marah.Welcome to the weird side of world.
"Habis tu,akak balik ni guna apa?" soal Hadif.Mahu saja dia tepuk mulutnya,peramah betul dia harini.Asal tak ajak borak je,minum teh ke.
"Guna kakilah." sindir wanita itu selamba.Eh akak ni,boleh lagi sindir aku.See? weird side of the world.Wanita itu menghela nafas sebelum menyambung ayatnya.
"Tunggu jelah bantuan dari Allah." jawabnya lagi.Hadif menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sebelum berkata,
"Ha,baguslah tu,meh sini saya tolong akak.Akak nak pergi mana? Saya boleh tumpangkan." ujar Hadif.Wanita itu memandang Hadif tidak berkedip.Macam nak nangis lagi pun ada.
"Okay,sebenarnya macam ni,akak nak call tapi phone akak mati.Tak guna punya phone.So akak nak balik rumah adik akak,boleh tolong hantarkan?" ujar wanita itu.Biar betul wanita di hadapannya ini.Tak pernah lagi dia jumpa kaum hawa begini.Tak hesitate langsung.
"Erk,okay." jawab Hadif kemudian menuju ke keretanya dan menjemput wanita itu masuk sebelum meminta izin untuk membeli makanan dan air di kedai sarbaneka.Hajat asal harus dikotakan!
Sepanjang perjalanan,wanita itu hanya mendiakan diri.Tanya sepatah,jawab sepatah.Mungkin tengah sedih kot.Ish,lelaki ni pun satu,memalukan kaum adam je.Apalah,tak gentleman langsung!
YOU ARE READING
Maafkan Bilaku Tak Sempurna
Teen FictionStay tuned! Hidup Ghina bertukar 360 darjah apabila bertemu lelaki normal yang diberi gelaran Si Psyiko,Hadif Arsyad oleh Ghina.Ghina terhutang budi dengan pertolongan Hadif yang membuatkan Ghina harus membalas budinya dengan membantu Hadif.Lama-kel...