Bab 18- Ghina Nak Scalpel!

26 1 0
                                    

"Kau pergi mana?" soalan pertama yang keluar dari mulut kakaknya sebaik sahaja dia sampai di pintu rumahnya. Kakaknya sudah bercekak pinggang sambil memegang Aurora.Disambutnya Aurora dari dukungan kakaknya dan mencium-cium pipi Auroa yang gebu itu.

"Amboi-amboi, salam takde,hai, hello,how are you,baru balik?, atau sekuntum senyuman ke, hilang ke mana kak oi? Bagilah salam dulu,ini tidak,main terjah je.Tak baik tau." bebel Ghina panjang lebar. Amik kau.Kan dah kena. Kakaknya membalas kata-kata Ghina dengan jelingan.Ditamparnya bahu Ghina perlahan. 

"Kau gi mana?" Soal kakaknya sekali lagi.Kali ini nada suaranya tegas.Sakit oo.Ghina menelan air liur.Nak bagitau perkara sebenar ke tak? Nanti kalau bagitau kena pulak dia dengan kakaknya.Kakak dia ini baik sangat.Bagi muka sangat kat lelaki tu.Tu yang sampai lelaki tak guna tu ambil kesempatan.

"Pergi beli jogging,pastu beli sarapan." bohongnya ringkas.

"Aik.Sejak bila badak  pemalas macam kau ni berjogging? Setahu akak yg rajin bersenam ni Irdina je.Kau buang tebiat ke? Lagi satu,kau mana makan breakfast? Baik kau bagitau akak betul-betul,kau pergi mana?" jawab kakaknya.Alamak! Kantoi pulak! Adoii.

"Eh,orang pergi jogging,betullah.Siapa kata Ghina makan breakfast? Ghina kata Ghina beli sarapan,bukan makan.Apalah akak ni.Tak caya sudahlah.Jom Aurora,takyah layan umi Aurora ni, asyik nak marah je tau." 

"Tu nak bawa anak aku gi mana pulak tu?" jerit kakaknya.

"Nak selamatkan dia dari singa jadian!" jerit Ghina pantas berlalu pergi.Diletakkan Aurora di baby seat di belakang,dipakaikan Aurora tali pinggang keselematan.Dalam keretanya memang ada baby seat,sebab pertama,dia memang saja letak,nak acah mommies.Kedua,memang dia selalu jumpa Aurora,umi Aurora selalu ada hal.Rupa-rupanya hal tu ialah hal cari suami tak cukup akal menggatal dengan perempuan lain.Hish,buat spoil saja.Selepas yakin dengan keselesaan dan keselamatan Aurora,barulah dia memulakan pemanduannya.

Nak drive ke mana? Ghina termenung seketika,cuba mengingati tujuan asal dia.

Oh! Nak gi jemput Irdina kat hospital,alang-alang tu nak lawat Nas.Maklumlah,Irdina tu tak boleh sangat dengan Nas lama-lama,takut runtuh hospital tu dimakan anai-anai,sweet lain macam.Tapi sebelum tu nak singgah kat Toy R Us. Nak buat apa? Nak beli leggo untuk Nas.Yup,umur dah tua bangka tapi dia memang suka leggo,nak buat macam mana? Nak cakap terencat akal,kawan sendiri.Dibeli sekali makanan Irdina dan makanan kegemaran Nas dari kedai Black Canyon.Double lagi.Maklumlah,untuk yang tak tahu,Nas ni ada kacukan lembu,so dia punya kuantiti pengambilan makanan tu memang macam hantu raya.

Ghina memberhentikan kereta di parkir hospital.Dikeluarkan Aurora dari baby seat dan memikul makanan dan leggo Nas.Penuh siot tangan. Nasib baik Aurora baik,tak meragam sangat.Sebaik sahaja dia memasuki perut lif,Ghina mendengar suara seorang manusia menyuruhnya menahan lif hospital itu.

"Kejap! Kejap! Stop! Tunggu! Berhenti! Siapa di sana!" jerit suatu suara.

Sekali dengar macam abang RELA. Dua kali dengar macam abang trafik.Gelabah terok.Aku ni tak pekak lagi tau,kejam sangat pun tak,cakap sekali dah lah.Siapalah hamba Allah yang bertuah ni.

"Stop! Eh,ha,terima kasih, terima kasih!" Ghina mengangkat pandangan untuk melihat gerangan pemilik suara itu.Dia tersentak apabila mendapati tuan suara itu adalah Hadif.Ghina mengeluh berat,memejamkan matanya,cuba mencari semangat untuk menghadapi lelaki dia hadapannya ini.Sungguh,dia tidak bersedia.Sungguh,dia tidak larat.Sungguh,memang spoil harinya buat kali kedua.Yelah,pagi tadi dah spoil. La ni spoil lagi.

"Kau tahan lif ni lagi buat apa? Tutup lah cepat,aku dah lambat ni!" gertak Ghina.Hadif memandang Ghina sekilas,kemudian memandangnya sekali lagi buat kali kedua,kali ini lama sedikit.Hadif mempamerkan senyuman lalu mengangkat kening.

Maafkan Bilaku Tak SempurnaWhere stories live. Discover now