Bab 3- Pemuda Hampir Mati Dicucuk Batang Sate

55 7 1
                                    


Kringgg! Kringgg!

Iphone milik Hadif berbunyi. "Siapa pula yang call ni.Tahu tak ni waktu kerja?" Hadif berseloroh sendiri.

"Assalamualaikum." Hadif menjawab.

"Waalaikummussalam.Awak free tak harini? Jom kita keluar,lunch kejap.Mesti awak tak makan lagi kan?" gadis itu bertanya.

"Bukan saya tak nak,tapi saya kena habiskankan kerja ni dulu,awak pun tahu kan kerja saya macam mana? Lagipun saya bawa bekal.So,lain kali jelah eh? I'm so sorry,Aurora."

"Oh,ok.Takpe,saya tak kisah pun.Sorry sebab kacau awak ya." Hadif rasa sangat bersalah,tetapi apakan daya,kerjanya sudah begitu.

Helena Aurora.Wanita yang menjadi pilihan hati ibu dan ayahnya.Kalau dilihatkan,memang Aurora cukup sifatnya,cantik dan sopan.Tidak hairanlah wanita itu menjadi pilihan ibu bapanya.Hadif hanya ikutkan sahaja memandangkan dia sendiri tidak mempunyai calon.

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 5:00 petang.Hadif masih lagi di pejabat miliknya.Hadif menyandarkan bahunya di kerusinya.Hadif betul betul penat.Seluruh badannya terasa sengal dan kejang.Tiba tiba muncul muka perempuan berniqab itu di fikirannya.Kalau diikutkan insiden hari itu,tambahan dengan perangainya yang panas baran,mahu sahaja dia membuat perempuan itu menangis.Baru padan muka.Cakap tak pakai otak.Namun niatnya terhenti apabila memikirkan bahawa yang lebih salah dalam hal ini adalah dia kerana telah menumpahkan air manis ditambah dengan bertih jagung.Rasanya pada tahun ini itulah kali pertama dia bergaduh dengan seorang perempuan.Sudah lama juga dia tidak membuat perangai gilanya itu sejak dia mengambil bidang psikologi sebagai kerjayanya.

"Woi! Kau berangan pasal Aurora ke tu?Haish,Hadif,Hadif,tak payah lah kau risau,kekasih hati kau tu tak lari ke mana pon.Dah macam orang angau dah aku tengok kau.Sengih -sengih dari tadi macam orang gila.Nasib baik aku je yang nampak,kalau staff lain nampak,dah viral dah kau kat group whatsapp psikiatri." Lutfi menyergah dengan selambanya.

Sergahan Lutfi mematikan lamunan Hadif. "Mana ada aku berangan bro,kau ni kalau sehari tak kacau aku tak boleh ke?Aku bukan berangan pasal Aurora pon lah,aku Cuma teringat pasal kes yang au bergaduh dengan bertutup haritu.Lagi satu,benda ni takkan viral kalau orang macam kau tak viralkan." pedas sahaja Hadif memerli Lutfi.Geram yang amat dengan rakannya seorang itu.

"Tak payah nak perli aku sangat.Walaupun mulut aku ni becok,hati bersih tau."

"Masuk tong sampah angkat sendiri." Jawab Hadif lagi.

"Whatever.Haters gonna hate." Lutfi kemudiannya senyum menampakkan baris gigi yang putih dan tersusun itu.

"By the way,apa yang jadi haritu doh? Kau tak cerita lagi kat aku.Penat tau aku tunggu."

"Oh,pasal hari tu? Tak ada apa apa yang menarik pun.Masa aku pergi tengok wayang dengan Aurora,aku beli popcorn,tak tahu macam mana tiba tiba aku tertumpahkan air dengan popcorn tu kat baju dia.Aku dah minta maaf,pastu kau tahu dia buat apa? Dia tepis tisu tu bro.Bengang betul aku.Pastu kitorang pun berlawan mulut lah,pastu aku malas nak gaduh dah,aku blah macam tu aje.Aku confirm dia sakit hati.Padan muka dia.Sape suruh biadab sangat." Jelas Hadif panjang lebar.

"Kau pon,gentle lah sikit dengan perempuan.Pantang sangat dengan perempuan.Tu pun nak gaduh.Dia Cuma tolak je tisu tu." komen Lutfi pula.

"Peduli apa aku,dia yang biadab dulu.Lagi satu kan Lut,apa yang peliknya aku macam kenal suara tu.Sangat sangat familiar.Mata dia pun meyakinkan lagi aku bahawa aku kenal dia.Pelik." muka Hadif berkerut seribu memikirkan sesuatu.

"Lantak kaulah,jodoh kau kot..Sebab tu kau rasa familiar.Yelah,jodoh kan datang dari pelbagai bentuk." Sempat lagi Lufti membuat loyar buruknya.Agaknya kalau aku cekik mamat ni mati tak?

Maafkan Bilaku Tak SempurnaWhere stories live. Discover now