Majlis perkahwinan Fath Nafil Lutfi dan Kesha Ukail Rose.
"Debar ke bro?" tidak semena mena Hadif mengajukan solan kepada Lutfi yang sedang bersiap.
"Gila tak debar,majlis nikah dengan resepsi sekaligus,kau rasa?" Hadif tergelak kecil.
"Relaxlah bro,takda benda punya." Lutfi mejegilkan matanya ke Hadif.Hadif tahu benar maksud Lutfi itu.Ya,Hadif tidak akan merasainya debarannya pada waktu ini kerana bukan Hadif yang mahu berkahwin.Siapa kata Hadif tak debar? Debar juga,tapi debar tunggu Aurora.Takut juga Hadif jika Aurora tak datang.
Selesai bersiap,Hadif mengiringi Lutfi untuk turun dahulu.Mereka berbual sementara menunggu pengantin perempuan sampai.Biasalah,perempuan mesti mengambil masa yang lama untuk bersiap.
Ghina tiba di Villa D'Cruise.Ternganga mulutnya.Majlis perkahwinan? Seriously? Apa benda ni? Dia nak ajak aku ke majlis perkahwinan dia ke? Aduhai sabarlah wahai hati.Ghina mengenakan jubah pink pastel hasil rekaannya.Dari tudung ke jubah,semuanya Ghina yang reka dan jahit.Memang kebanyakan baju yang dipakainya semuanya rekaan Ghina sendiri.Dikenakan pula dengan wedges heels,memang sudah sempurna buat dirinya.Ghina segera mendail nombor Hadif.
"Assalamualaikum,Hadif,kau kat mana?"
"Waalaikummussalam,apasal kau tanya?"
"Apa maksud kau kenapa aku tanya? Kau yang suruh aku datang Villa D'Cruise ni,pastu kau tanya aku pula?"
"Hah?!" Hadif menjerit.Terdiam seketika semua tetamu yang hadir.Hadif panik.Dia menyemak semula mesej yang dikirimkan kepada Aurora semalam.Sah! Rupa-rupanya dia tersalah hantar pesanan.Dia terhantar pesanan itu kepada Ghina,bukan Aurora.Alamak,macam mana ni? Mahukah Ghina menjadi pasangan pengapitnya?
"Woi! Kau jangan menjerit boleh tak? Bingit telinga aku.Aku ada kat luar pagar ni.Cepatlah sikit,panas tau cuaca harini,tadi aku check dekat weather 36 darjah celsius.Maksudnya panas." Bebel Ghina.Nasib baik temanya pink pastel,bukan gothic black,kalau tak,mampus Ghina mahu tahan panas.Ghina masih bingung sebenarnya.Apa sebenarnya tujuan Hadif megajaknya berjumpa di sini?
Hadif berluru menuju ke luar rumah untuk mencari Ghina.Di carinya kelibat Ghina serata tempat.Mana perempuan ni? Kemudian,dia menuju ke luar pagar rumah.Betul tekaannya.Ghina ada di luar pagar.Hadif terpaku seketika melihat Ghina.Masyallah,cantiknya ciptaan Tuhan ini.Walaupun cuma nampak matanya.Hatinya berdebar.Namun begitu,Hadif cuba berlagak tenang.
"Woi,perempuan,kau buat apa tercegat kat luar pagar tu?Nak jadi mando?" Hadif datang menyapa.Tak ada gaya orang menyapa langsung.
"Aku tunggu kau lah lelaki,lembab sangat berjalan,kura-kura pon lagi cepat dari kau." Ghina membalas sindiran lelaki itu.Kau ingat kau je suka kutuk orang? Kau salah,kutuk orang tu pun kerja aku masa zaman sekolah.Do not underestimate me.
"Cepatlah masuk.Kalau nak roast-battle,lain kali jelah eh?" Hadif malas mahu bertengkar.Dia perlu ada sebelah Lutfi untuk majlis akad nikahnya.
"No untill you tell me what's going on." Eh,mengada pulak kau ni Ghina,orang dah suruh masuk tu,masuk jelah.Ah! Biarlah,asyik aku je kena dengar cakap dia.
"Masuk jelah!" Hadif merenung tajam.Nak acah je.Kalau tak buat macam ni takdanya nak dengar cakap perempuan ni.Kecut perut Ghina melihat Hadif berubah muka.Dah macam singa nak terkam orang pun ada.Tapi,disebabkan perangai Ghina yang suka berdebat dan tidak mahu kalah,Ghina beranikan diri.
"No."
"Okay,fine.Sebenarnya aku nak suruh kau teman aku hadiri majlis ni and..."
"And?" Ni aku tak suka ni.Cakap separuh jalan.Buat aku saspen je.
YOU ARE READING
Maafkan Bilaku Tak Sempurna
Roman pour AdolescentsStay tuned! Hidup Ghina bertukar 360 darjah apabila bertemu lelaki normal yang diberi gelaran Si Psyiko,Hadif Arsyad oleh Ghina.Ghina terhutang budi dengan pertolongan Hadif yang membuatkan Ghina harus membalas budinya dengan membantu Hadif.Lama-kel...