Keesokan harinya
Jam 7:00 pagi.
Telefon Ghina berdering menunjukkan panggilan masuk.Ghina yang usai menyiapkan sarapan di dapur bergegas menuju ke ruang tamu untuk mendapatkan telefon pintarnya.
"Siapa pulak yang buang tebiat call pagi-pagi ni?" rungut Ghina.Dicapainya telefon di atas sofa dan melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.Tidak lama kemudian dia pun mengeluh.
"Hello, Asssalamualaikum."
"Waalaikummussalam, perempuan.Kau dah bangun ke membuta lagi?" soal Hadif.
"Encik Hadif, ada urusan apa call pagi-pagi buta ni? Kena sambar petir ke malam tadi? Insaf? Teringat dosa-dosa Encik Hadif kat saya,tu yang call pagi-pagi nak minta maaf?" ujar Ghina pedas.Mamat ni kenapa? Mengganggu privasi sungguh.
"Amboi,sedap mulut kau je mengata aku.Takdelah,kalau kau nak tahu aku ada kat depan rumah kau ni."
"Hah?!" jerit Ghina.Ghina menjenguk ke luar tingkap dan mendapati kereta Audi milik Hadif sudah terpacak di hadapan rumahnya.Hadif sedang berdiri di hadapan kereta dengan telefon pintar di telinganya.Ghina mendengus kuat.
"Woi,kau dengar tak ni? Ke aku cakap dengan tunggul dari tadi.Hello tunggu-
Belum sempat Hadif menghabiskan ayatnya,Ghina sudah awal-awal mematikan panggilan telefon dan berlari masuk ke dalam biliknya untuk mencapai tudung,jubah dan purdahnya.
"Woi lelaki! Kau buat apa kat sini? " bisik Ghina perlahan sebaik sahaja bersua-muka dengan Hadif di luar rumahnya.
"La,kau tak nampak aku tengah sidai kain ni,buta?" balas Hadif sambil melakonkan aksi 'menyidai pakaian'.
"Aku tanya elok kan! Kau balik sekarang! Balik!" Ghina separuh menjerit.Tiba-tiba muncul kelibat kakak Ghina di hadapan muma pintu.
"Ghina! Ghina! Kau buat apa tercegat kat luar tu? Terjerit-jerit! Macam orang utan.Masukklah,ajak kawan kau sekali tu masuk!" jerit kakaknya di tingkap rumah Ghina.
Ghina menepuk dahinya dan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Diberinya Hadif jelingan tajam sambil menunjukkan penumbuk.Hadif hanya mengangkat bahu.
"Tak kak,dia bukan kawan Ghina,dia ni posmen,hantar barang.Dia nak balik dah ni,nak pergi tempat lain pulak." kata Ghina kepada kakaknya.Kakaknya menjegilkan matanya sebelum berkata.
" Woi,kau jangan nak menipu akak eh.Posmen gila mana yang hantar barang pakai Audi? Kartoon betul cerita kau ni."
"Haah,kak.Saya ni kawan dia.Kejap lagi nak buat kerja kat bengkel.Adik akak ni hilang ingatan kot,tu yang ingat saya ni posmen.Eh,jap eh akak,saya masuk." jawab Hadif kemudian berlalu masuk.Dia menjelirkan lidahnya ke Ghina dan meletakkan ibu jarinya dan jari telunjuknya ke atas dahi dengan lagak mengejek.
"Akak rasa macam kenal kamu ni.Kamu ke yang tolong akak waktu malam haritu?" soal kakak Ghina sambil mengunyah nasi lemak yang dimasak oleh Ghina.Ghina sudah berasa tidak senang duduk,lebih-lebih lagi duduk bertentangan dengan Hadif. Yang Hadif pula dari tadi tak habis-habis dengan perangai selambanya.Buat macam rumah sendiri.Kembang kempis hidung Ghina memerhatikan lagat Hadif.
"Aah,akak, sayalah orang yang tolong akak malam tu." jawab Hadif ringkas.
"Oh,ada apa kamu datang sini? Kenal Ghina ke? Eh, budak,kau tak bagitau akak pun yang kau ada teman lelaki?" soal kakak Ghina, menghalakan garpu ke arah muka Ghina.
Pfuhhhhhhss
Ghina tersedak mendengar kata kakaknya itu lalu menyembur nasi yang dimakannya.Malangnya.....
YOU ARE READING
Maafkan Bilaku Tak Sempurna
Teen FictionStay tuned! Hidup Ghina bertukar 360 darjah apabila bertemu lelaki normal yang diberi gelaran Si Psyiko,Hadif Arsyad oleh Ghina.Ghina terhutang budi dengan pertolongan Hadif yang membuatkan Ghina harus membalas budinya dengan membantu Hadif.Lama-kel...