Dengan muka yang confident, aku membuka pintu dengan perlahan nak elak buat bunyi. Kalau bising, mahu kene tendang dengan pustakawan free, free je.
Hana sudah masuk dahulu. Aku masuk dan menutup pintu tanpa memandang siapa yang ada dalam perpustakaan tersebut. Biarlah.. Kita nak belajar..😗
Aku memusingkan badan aku dan terkaku. Buku di tangan aku peluk kuat. Apa ni? Tak lawak ok? Nak aku buat apa ni? Hana ni... Asallah kau tak tunggu aku!!!!
Aku dan Izwan eye contact. Dia mengangguk dan senyum sedikit. Izwan membuat kerjanya semula.
Aku nampak Izwankan? Aku masih kat dunia realitikan? Aku sorang je ke yang tak nampak kasut dia kat luar tadi?
Aku berjalan menuju ke arah Hana yang duduk selang satu meja di belakang Izwan. Aku duduk di sebelah Hana.
Hana aku pandang. Dia pandang aku macam dia tak ada buat salah. Nak je aku telan dia hidup-hidup. =-=
"Hana, kau tak perasan ke?" Aku berbisik ke telinga Hana.
"Perasan apanya?" Dahinya semakin berkerut.
"Tengoklah depan kau, makcik." Bisikku. Hana melihat ke hadapannya dan memandang aku semula.
"Kata kau dia tak ada.."
"Tapi hakikatnya, dia ada." Aku membuka buku mahu membuat kerja. Tak apa. Kita buat tenang je. Nanti dia tahu kita yang susah.
"Kau rilex je. Dia tengah buzy tu. Tak
adanya dia nak pusing belakang nak tengok kau." Hana mula menulis.Aku mengangguk dan mula menyiapkan kerja yang cikgu bagi. Sambil-sambil tulis tu, mata aku tak boleh berhenti tengokkan dia. Ishh, tak boleh jadi ni...
"Hana, aku nak keluar japlah."
"Pegi mana?"
"Tandas..." Aku berbisik dan bangun. Aku berjalan di sebelah meja di mana Izwan berada.
Wah.. Fokus siot. Biarlah. Lagipun periksa penting dia dah nak dekat.. Aku membuka pintu dan keluar ke tandas..
Bukan apa. Aku tak pergi tandas pun. Aku duduk kat pondok luar perpustakaan padahal. Nak tenangkan diri yini.. Tak boleh fokus woooo..
Masa tengah layan perasaan tu, aku perhatikan tempat letak kasut dan rak beg. Mana beg dia? Aku merenung dengan teliti.
"What? Beg dia ada je." Haah ada kat sebelah beg aku lagi. Tulah.. Lain kali jangan nak confident sangat sampai beg dia pun gue ngak perasan.
Kasut dia aku cari.
"Kasut dia pun?" Kasut dia pun ada woi! Kat rak paling bawah. Ni kes hijab mata kena tutup ke apa ni? Sampai benda sudah terang lagi bersuluh pun tak nampak?
Pintu perpustakaan terbuka. Aku bangun dan berlari ke sebelah bangunan perpustakaan. Nak sorok. Bahaya kalau yang keluar tu dia.
Dengan perasaan yang cemas, lengan baju dia aku lihat di sebalik pintu yang terbuka. Rasa macam nak terjun bangunan. Apa nak buat, apa nak buat..
Nak lari tapi aku tak pakai kasut. Kan nanti lari pakai stoking je dikata gila pulak.
Aku menghembus nafas. Ni rancangannya.
1. Masa dia tutup pintu. Aku kira sampai tiga.
2. Dia pergi kat beg dia. Aku lari macam ninja. Pastikan dia tak nampak aku. Cun.
3. Bukak pintu perpustakaan dan masuk.
4. Jangan dengar dan jangan tengok dia kalau nak selamat.
Ok cun!
Aku dengar pintu ditutup.
"Ok.. 1,2,3!" Sepantas ninja aku keluar dari tempat persembunyian. Izwan yang sedang memegang begnya beristigfar dengan kemunculan seorang perempuan.
Aku pulak dah macam apa. Bukak pintu terus masuk. Yes! Misi berjaya! Aku memandang pintu yang tertutup di belakang aku. Aku rasa dia nampak aku. Bukan ke aku dalam mode ninja tadi?
Dengan senang hati aku berjalan ke arah Hana. Pintu yang tiba-tiba terbuka menghentikan aku. Aku memandang laju kearah pintu. Dan Izwan masuk dengan fail di tangan.
What!? Aku ingat dia dah balik!
Aku lihat tempat dia duduk tadi. Barang dia ada lagi! Apalah nasib aku... Nak lari, asyik jumpa je.
Dengan laju aku berjalan ke arah Hana dan duduk di lantai sebelah Hana. Hana yang terkejut memandang bawah.
"Kau dah pehal." Aku membuat isyarat mata memberitahu kehadiran Izwan.
"Dia dah duduk." Aku menghembuskan nafas lega. Dengan perlahan aku bangun dan aku terpaksa duduk balik.
Kaki Hana aku pukul kuat.
"Auch! Alah sorry." Ada ke patut si Hana ni tipu aku? Izwan tengah berdiri depan meja kitorang woi!
"Cakap kat kawan awak, dia lari macam tu pun, saya tetap nampak." Bisikan Izwan kedengaran kurang jelas. Aku dengar dia ketawa sedikit. Aku melihat Hana mengangguk.
Dia cakap pasal aku ke? Ya Allah! Malunya. Kenapalah otak aku fikir rancangan yang bukan-bukan?
Aku menepuk dahi aku banyak kali. Macam mana nii..
"Dah, Riya. Izwan dah pergi."
"Tipu."
"Tak caya bangunlah." Aku memanjangkan sedikit leherku dan melihat ke tempat Izwan duduk tadi. Aku lihat dia sudah berada di luar sedang menutup pintu.
Alah somelnyalah muka dia.😳
Aku bangun dan duduk di kerusi tempat aku duduk tadi. Muka aku sembamkan di lengan aku yang berada dia atas meja.
"Hana... Sampai hati kau buat aku macam ni.."
"Aku pun tak tahu nak buat apa sebenarnya. Izwan pun suruh aku diam-diam sebab dia nak cakap kat kau something."
"Something?"
"Ish kau ni, tadi tulah somethingnya.. Waduh,waduh.." Apa yang dia cakap? Dia kutuk aku ke?
Habislah. Conferm aku jadi bahan gelak Izwan. Habislah, habislah...
"Jangan risaulah. Izwan tu bukannya suka bahan orang." Eh mak cik ni. Ada kuasa baca fikiran ke?
"Hm.. Yelah.." Yelah-yelah, tapi aku tengah risau gila kot. Kalau tak jumpa aku tak kisah. Tapi masalahnya jumpa setiap hari sebab satu sekolah.
Kalau cuti aku ada kelas pun, dia ada jugak kat sekolah. So, majoriti setiap hari aku jumpa. Haih. Susahlah cenggini.😭
Sabar Riyana, sabar. Dia tu baik. Tak adanya dia membahan orang. 😳
"Haa. Buat kerja kau. Jangan nak menung je. Aku panggil dia lagi kang."
"Panggilah tak takut..."
"Ceh, entah-entah baru je nampak baju dah lari ke hujung sekolah." Hana menyambung membuat kerjanya.
"Mana ada!"
"Shhhhhhhhhhhhh." Pustakawan yang bertugas memandang aku dengan mata yang tajam.
"Sorry." Aku sekadar menggerakkan bibirku ke arahnya.
"Tulah.. Buat hal lagi." Malas mahu melayan Hana, aku menyambung membuat kerja yang tertangguh.
"Oh ya, apa yang Izwan cakap dengan kau tadi?"
"Ya Allah. Kau tak dengar?" Aku menggeleng.
"Aku cuma dengar dia cakap nampak. Apanya yang nampak?"
"Dia nampak kau berlari."
"Whutttt." Buapok maluuuuuu.. Habis sudah zaman kegemilangan remaja aku. 😭 Apa aku nak buat ni? Takkan lah nak bagi alasan aku main kejar-kejar dengan kawan halusinasi.😭
Nak bercakap dengan dia pun susah, lagikan bagi alasan.😭 Malunyaaaa. Rasa macam nak lari sekolah😭
TBC
![](https://img.wattpad.com/cover/163853649-288-k386389.jpg)
YOU ARE READING
Crushku, Ketua Pengawas! •Completed•✔
FanfictionRiyana pelajar tingkatan 5 yang mahu menduduki SPM. Tingkatan 5 confermlah SPM takkan UPSR pulakkk.. Cerita ni ceritakan kisah Riyana berjumpa dengan abe crush dia kat tingkatan 6, Izwan Rafiq😳 Izwan selalu sangat jumpa dengan Riyana. Tapi tak berk...