|•Special Chapter II•|

9.6K 527 15
                                    

2016...

"Hana. Kau dah buat kerja kursus Sejarah tu? Aku sampai sekarang tak tahu nak buat pasal bangunan sejarah apa kat tempat tinggal." Kertas atas meja yang bersepah aku kutip. Budak kelas aku semua dah balik. Aku dengan Hana je yang tinggal sebab lambat keluar.

Nasiblah kena tinggal. Ingat aku kisahhhh. Hahahah.

"Lahh, kau kata nak buat sama-sama. Apa kata kau buat masjid kat kampung kau. Tak nak?" Aku fikir. Iya tak ye jugak. Aku rasa bangunan paling lama kat kampung aku masjid tu jelah yang lah. Semua macam baru.

"Nice, Hana. Sabtu ni kita pergi masjid. Lepastu bincang nak temu ramah dengan siapa." Aku pakai beg aku. Buku teks yang berat tu, aku tak masuk beg. Tapi aku pegang. Kalau masuk beg, memang berat. Aku lagi suka pegang.

Aku tengok Hana dah siap kemas.

"Dah?" Aku tanya. Hana angguk. Lepastu kitorang pun keluar darinkelas and jalan ke pintu pagar sekolah.

"Kau ada kenal ke siapa-siapa yang tahu pasal sejarah masjid tu?" Aku terfikir.

Ada memang ada. Tapi nantilah aku tanya diorang dulu boleh tak kalau aku temu ramah.

Tiba-tiba bahu aku berlaga dengan seseorang. Terjatuh aku weh. Sakit siot jatuh terduduk. Buku aku pun dah jatuh. Nasiblah aku tak pegang kertas. Kalau tak, mahu amik masa nak susun balik semua.

Siapa yang langgar aku ni?!

"Riya!" Hana cepat-cepat cangkung sebelah aku.

"Maaf, saya tak sengaja." Aku tengok lelaki berbaju pengawas tengah kutip buku teks aku. Lelaki yang dengan dia pulak tengok aku dengan muma risau.

Hana tarik aku bangun.

"Maaf sangat-sangat. Awak ok?" Dia hulur buku teks kat aku. Aku tengok dia. Dia tengah cakap dengan aku. Tapi mata dia tengah tengok bawah. Cuba elakkan pandangan dengan aku.

"Saya ok. Lain kali pleaselah jalan tengok keliling." Dia garu belakang kepala dia.

"Maaf." Aduh. Sekarang aku rasa bersalah ni kenapa?

"Saya pun nak mintak maaf. Saya pun jalan tak tengok-tengok jugak."

"Eh tak apa. Saya pergi dulu ya. Hati-hati." Lepastu dia dengan kawan dia tinggalkan aku dengan Hana kat situ.

"Wan, kau sure nak biar je dia? Aku rasa dia langgar kau tadi." Izwan senyum.

"Tak apa. Dia dah mintak maaf pun. Kau rileklah. Dah jom-jom nanti cikgu dah masuk kelas." Izwan tarik tangan kawan dia menuju ke kelas.

Biasa kalau petang gini kelas tambahanlah tu.

"Riyana. Kau ok tak? Sakit lagi ke?" Aku ketawa.

"Lek, aku ok. Tak sakit dah. Btw, siapa dia? Kau kenal ke?" Hana jongketkan bahu dia.

"Aku tak tahu nama dia. Tapi yang aku tahu, dia tu budak form 5." Aku angguk jelah.

Nasiblah di ada tatasusila. Kalau tak memang kat situ jugak aku sound.

Apa yang kita tahu, Riyana dengan Izwan belum kenal sesama sendiri lagi masa ni. Just terserempak. Dua tahun lepas tu, Riyana join kawad kaki. And terjumpalah dia balik dengan Izwan.

And dari situlah mulanya kisah diorang.

END

Alhamdulillah. Kali ni betul-betul dah habis. So guys see you guys on cerita seterusnya..

Thank you again dah baca..

Assalamualaikum.

Crushku, Ketua Pengawas! •Completed•✔Where stories live. Discover now