"Aku nak mintak maaf.."
*********
Eh? Tetiba je mintak maaf. Dia ada buat salah? Aku benci benda complicated.
Aku tahu, mesti korang rasa macam nak lempang aku kan? Sebab dah meroyan sebelum dia cerita everything?😂
"Untuk apa kau nak mintak maaf?" Dahi aku dah berkerut sejuta.
"Yelah, sebelum ni, aku dah sakitkan kau. Lepastu tak pernah tegur kau lagi. Aku nak tegur. Tapi tulah, tak berani." Lah yeke? Ada aku kisah. Benda lama siot. Buat apa nak cerita lagi?
Padahal kisah tu.😒
"Alah, rileklah. Benda dah lama buat apa kita kenang. Hari yang lepas kita jadikan pengajaran, kita fokus untuk harini. Hari esok pulak kita jadikan masa yang baru. Ilek. Aku ok." Gila aku ok? Dia crush aku paling lama sia.
Aku pun tak tahu apa yang aku tengah cakapkan. Nak terjun bangunan boleh tak? Astagfirullah.😫
"Betul kau ok?" Dia senyum. Senanya, tipulah kalau aku cakap aku ok. Bila benda dah terlalu lama. Sakit tu sikit-sikit hilang. Betul tak? Ke aku salah? 😂
"Aku ok. Jangan risau." Aku tarik buku bawah meja dia and letak kat atas meja.
"Sebenarnyaaa, aku memang nak tegur kau. Tapi tulah, aku takut kau pun tak nak tegur aku. Aku takut kena palau." Dia ketawa janggal.
"Alah, tegur jelah. Aku dah ok. Serious. Aku teringin gila nak tegur kau jugak. Tapi tulah. Aku takut kau tak layan." Haha. Tak sangka. Kitorang sebenarnya nak tegur sesama sendiri tapi memansing tak berani.
"Kau datang nak amik kerja sekolah kan? Ni haa. Byeee."
"Eh."
"Oh ya, kita nak dekat SPM ni betulkanlah sikit tulisan. Penanda tengok kertas kau pun dia mengucap. Siap buat solat taubat aku rasa." Aku ketawa lepastu bangun. Dengan kaki umpama ada 100 aku keluar kelas.
********
"Hmm?" Aku tengok kelas sebelah. Alhamdulillah, dia dah tak ada. Time to pergi surau.😂
Oh ya, aku tak mention pun nama dia tadi eak? Nama dia Hamim. Senang cerita, Hamim ni aku jumpa and kenal masa form 1. Entah macam mana, tetiba boleh tersuka pulak.😂 Fyi, dia dah ada makwe. Sooooooo, korang dah tak de chance. Terima kasih.
Wah, sunyi gila block sini. Tak pelik kalau aku jumpa macam-macam. Eeee tak nak, takutttt.😭
Aku letak segala beg aku kat anjung surau. Time aku tengah selongkar beg nak amik telekung. Aip, aip, tetiba ada yang menegur.
"Assalamualaikum."
"Oh, bonjot!" Telekung tu, kalau dah keluar dari beg, memang manusia yang menegur tu, dapat telekung percuma je kat muka. Nasib belum keluar.
"Walaikumsalam." Aku toleh. And tekalah siapa. Alah korang tahulah siapa. Mesti dah dapat agak kan? Iya kan, iya kan, iya kan...ehee.
"Eh, Cikgu Amin.. Cikgu tak balik lagi ke?" Aku cepat-cepat berdiri. Alah, bukan orang yang korang expectlah. Haaa, tulah, len kali jangan nak berharap sangatt. Kan dah frust menonggeng.😂
"Yaa, tadi saya baru lepas solat berjemaah. Dah masuk waktukan, tu yang saya solat dulu." Aku angguk-angguk je. Tahu tak, aku tak tahu nak jawab apa? 🙂
"Haa, Riyana. Awak kenapa balik lambat ni? Semua pelajar dah balik tengah hari tadi."
"Alah, saja cikgu.. Duduk kat kelas lama sikit. Buat kerja-kerja sikit." Kali ni cikgu pulak yang angguk-angguk.
Nak nyanyi boleh tak?
Angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk.😂"Cikgu dengan siapa? Saya tengok macam dah tak ada sesiapa kat dalam." Aku tengok dalan surau.
"Adalah, tapi sorang je. Haa tu.." Aku tengok ke pintu tempat cikgu Amin baru keluar tadi.
And, sekarang barulah korang boleh lompat-lompat. Eh, apsal korang pulak? 👹
Dan dalam kepala aku pun dah macam, kami senang, kami senang, kami senang, hiya hiya hiya hiya.
Diwaktu itu bermulalah scene di mana aku nampak Izwan keluar dari surau dengan kilau-kilau dan bunga-bunga yang berguguran dikeliling dia. Wow, dah macam anime.
"Assalamualaikum." Izwan tersenyum. Aku menggeleng sikit untuk sedar dari lamunan.
Tak pasal-pasal kena tangkap berangan lagi. Lagi teruk, siap ada air liur kat tepi bibir. Haih. MELAMPAU!😂😂
"Waalaikumsalam." Aku senyum. Senanyakan, dalam hati aku sekarang ni, nak cepat-cepat masuk dalam surau. Aku tak confident sia nak hadap dia dengan muka berminyak tar. Hahahahaah.
"Eh, Riyana. Awak tak balik lagi?" Aku cuma ketawa janggal. Dia nikan. Aku suka dia, tapi ayat dia terlalulah ayat yang sedang mencari topik untuk berbual. Kalau aku dah balik, jasadku tidak akan berada di depanmu wahai abang.
"Oklah, saya balik dulu. Dah lambat sangat ni. Nanti orang kat rumah marah." Cikgu Amin meminta diri selepas memberi salam.
Alah, tahulah baru kawin. Cikgu nak tunjuk-tunjuk ke apa? Kami jealous.🙄
"Awak buat apa lama-lama kat sekolah?" Aku yang tengah tengok kereta cikgu Amin pergi terkejut.
"Ouh, saya ada hal." Izwan angguk.
"Saya masuk dulu eah? Nak solat, nak balik." Izwan ketawa. Aik? Itupun nak ketawa. Sengaja nak buat iman aku berterabur ke apa?
"Sorrylah, saya ganggu awak. Saya ingat awak dah habis solat. Sebab saya nak bincang something dengan awak." Wuh, ni yang tak best ni. Tahu aku turun solat lebih awal.🤥
Aku pun dengan hati yang remuk bak kertas yang telah direnyukkan, ketawa.
"Tak apalah, awak masuklah solat. Lain kali pun tak apakan?" Izwan memakai beg sekolahnya. Dia senyum ke arah aku.
"Iyaaa." Aku tersenyum senget. Terus hilang mood aku sia. Dia ni timing tak betullah..
"Oklah, saya balik dulu. Assalamualaikum." Dia melambai dan berjalan pergi.
"Waalaikumsalam." Lepas je dia dah jauh, aku terduduk. Alah, rasa nak nangis pun ada. Dalam 15 minit aku termenung sambil duduk tu, aku bangun dan masuk dalam surau untuk solat.
********
"Agaknya, apa yang Izwan nak bincangkan eak tadi? Penting sangat ke?" Aku ketuk-ketuk motor pakai jari. Sampai je rumah, bukannya aq terus masuk. Aku duduk luar dulu. Bertanda-tanya tentang Izwan.
"Dah tak reti nak masuk?" Ibu keluar sambil membawa bakul kosong. Nak angkat bajulah tu rasanya.
"Jap agilah. Ibu, abang dah balik belum?"
"Entah kau. Tanya ibu buat apa?" Eh ibu ni. Buat abang tu macam bukan anak dia pulak.
Yelah, aku tanya abang aku dah balik ke belum sebab mana tahu, laptop aku dah balik dari hospital?
I mishhh my laptop syooo much.
Korang rasa apa Izwan nak tanya? Jangan nanti dia tak jadi tanya sudah. Haha. Menangis tak berlagu aku.
TBC

YOU ARE READING
Crushku, Ketua Pengawas! •Completed•✔
FanfictionRiyana pelajar tingkatan 5 yang mahu menduduki SPM. Tingkatan 5 confermlah SPM takkan UPSR pulakkk.. Cerita ni ceritakan kisah Riyana berjumpa dengan abe crush dia kat tingkatan 6, Izwan Rafiq😳 Izwan selalu sangat jumpa dengan Riyana. Tapi tak berk...