38|•Set💧•|📜

7.8K 531 49
                                    

"Maksud kau? Asal stress sangat?" Hamim angkat sebelah kening. Macam besar sangat benda ni. Kepala pun sudah pusing.

"Sedegil-degil haiwan, hamba Allah sorang ni, degil dia. MasyaAllah." Izwan lepaskan keluhan berat.

"Sarah tu?" Izwan angguk. Halah, Hamim ni. Siapa lagiii. Manusia yang jaja cerita kat orang tu confident dia tahap dewa siot. 💆🏻

"Aku dah cakap banyak kali jangan cerita kat orang. Jangan cerita kat orang. Yang dia pergi beria cerita satu sekolah tu apesal?" Wah, Hamim tak pernah nampak Izwan stress.

Selalu muka dia memang ceria. Kecualiii kalau dia tengah command kawad. Yang tu scary.

Aku yang tengok pun scary. Tak tahu macam mana aku boleh tersuka dengan Izwan ni.😂

"So, memang betullah kan cerita pasal tunang tu semua?" Izwan geleng.

"Abistu? Tak betul?" Izwan geleng lagi. Ya Allah. Hamim pegang kepala dia. Dia pun dah ikut stress tengok Izwan ni.

Kalau bukan sebab dia anggap Izwan ni abang dia, memang dah lama dia lempang. Abistu, buat hal. Cerita pun susah.

Lek Hamim. Sabar.😂 Kang aku kejar kau satu sekolah kalau kau lempang dia. Kau boleh lari, tapi kau tak boleh sembunyi. Siap kau kalau aku tahu kau lempang dia.

"Abistu? Apa benda ceritanya? Tak nak cerita kat aku langsung? Lebih baik luahkan. Kau nak STPM. Takut stress pulak nanti."

"Aku belum ready nak cerita kat sesiapa."

"Abistu? Kau nak tunggu Sarah tu bagitahu satu sekolah." Kalau sampai Riyana tahu, memang dia dah tak bagi muka dah. Izwan geleng lagi.

"Dah tu?" Izwan tengok Hamim.

"Sebenarnya kan." Hamim teruja. Mula sudah dia buka cerita. Izwan capai pen atas meja. Kertas kosong dia conteng.

Alhamdulillah.

"Sebenarnya, aku ada suka sorang ni. Batch kau."

Deg.

"Siapa? Aku kenal?" Hamim dah ready dah nama siapa yang Izwan nak sebut.

"Mestilah kau kenal... Kawan kau kot." Hamim garu kepala. Straight to the point tak boleh? Mental jugak bual dengan Izwan ni.

"Biar aku teka." Izwan tengok Hamim. Dah tak boleh sabar dah.

"Riyana?" Izwan tersentak. Mata dia terussss tengok keluar kelas.

"Obvious sangat ke?" Pipi dia garu. Telinga dia dah merah semacam.

"Obvious gila. Masa kau terjumpa aku, Aman dengan Riyana kat depan surau haritu, aku dah tahu." Itulah Riyana. Hamim cakap tak nak caya. Dah kau melepas.

Carilah tahu sendiri nanti. Hahahahha.

"Jangan cakap, Riyana pun tahu." Hamim ketawa.

"Riyana tahu? Lawak weh. Dia tu, aku dah cakap dah. Dia sendiri tak nak caya." Hamim angkat bahu.

"Alhamdulillah. Diam-diam jelah. Aku tak ada rancangan pun nak bagitahu dia. Aku ikut je apa yang Allah dah tulis untuk aku." Izwan sambung menconteng kertas tadi.

"Kau memang tak nak cerita apa-apa kat aku pasal tunang-tunang ni semua?" Izwan geleng.

"Nanti kau tahulah sendiri. Dengar je dulu. Tapi, kau jangan percaya apa yang Sarah cakap." Hamim angguk. Macam dah dapat agak je.

"Oklah, bro. Aku gerak dulu? Lapar. Nak makan." Hamim sengih. Izwan angguk.

Hamim bangun, kerusi yang dia amik tadi, dia letak balik. Sampai je kat depan kelas dia berhenti.

Hamim pusing tengok Izwan yang tengah tengokkan dia.

"Wan, Sarah kirim salam." Izwan julingkan mata dia ke atas.

"Waalaikumsalam." Lepastu dia sambung tulis nota.

Hamim pun jalan pergi.

"Riyana, Izwan. Korang berdua sama je. Dua-dua obvious. Tapi tak sedar-sedar lagi." Hamim geleng-geleng.

********
"Entah-entah kan Hana, Izwan tu dah tunang dah pun dengan kak Sarah tu. Yelah. Dah setahun lebih kot." Remote tv aku capai.

Alhamdulillah, baik jugak demam aku lepas 3 hari. Bosan gila tengok dinding bilik je.

"Itu aku tak tahu. Lepas je habis sekolah, kak Sarah tu tak ada pulak sebarkan pasal yang dia nak tunang tu lagi." Hmm, pehal Sarah tu?

"Hmm, biarlah dia. Mungkin dia dah pikir secara relevan. Kenapa nak sebar-sebarlah. Itu ini mungkin." Hana jongketkan bahu.

"Yang tu tak tahu." Maybe nak move on ni. Amik masa kot buat aku.

Sebab bila otak dah matang, dia dah dapat pikir tau. So, aku rasa yang ni, amik masa lagi lama kot nak lupa.

"Kau ok? Takyahlah pikir sangat ea. Jodoh Allah tu lagi baik." Hana senyum. Dah lama aku tak dengar Hana slow talk macam ni dengan aku.

Biasanya, tegur orang macam nak gaduh dia ni. Aku selalu ketawa kalau dia tegur. Tapi, semua teguran dia masuk otak. Alhamdulillah.

"Aku ok. Nanti lama-lama oklah tu. Janganlah risau."

"Kau balik bila ni, Riya?" Aku pikir.

"Sabtu nilah. Isnin nanti aku dah ada kelas." Hana angguk.

"Jom keluar esok? Aman yang ajak. Dia cakap suruh aku paksa bawak kau. So, jangan kau cakap tak nak. Kalau tak aku tidur sini." Wuish. Macam tu sekali.

Aku geleng. Entah pape diorang ni.🤦🏻

"Yelah-yelah. Jangan nak ngada tidur sini. Abang aku tu ada. Tak yah. Kalau Rizki tu kakak, lantak kaulah nak tidur sini ke, nak pindah ke tak kisah." Hana jeling aku.

"Alah, macam ibu tak biasa aku kat sini." Aku jongketkan bahu aku.

********
"Kau nak bawak aku kemana ni. MasyaAllah." Aku dah penat kena heret sana sini dengan Hana. Aku tengok Aman. Dia sengih je.

Kau memang tak nak tolong aku langsung? Kuaja.

"Ikut jelah. Kau tu dah lama tak balik. Aku nak bawak kau jalan-jalan. Banyak gila kedai baru kau tahu." Dan mulalah aku kena bawak masuk satu-satu kedai.

Menggigil kaki aku. Nasib aku pakai kasut nak ikut diorang ni. Bayanglah kalau aku pakai sandal or lain dari tu.

Putus tengah jalan aku rasa.

Sampailah satu kedai serbaneka, Hana tolak aku dari belakang. Dua-dua bahu aku dia pegang suruh aku masuk. Aku pandang Hana kat belakang aku.

"Sabarlah, Hana. Aku tahu jalan, ok?" Aku tengok depan. Langkah aku berhenti. Mata aku, terus besar siotttt.

Kat depan aku, baju smart kasual, bersandar kat dinding dengan tangan bersilang kat dada. Dia tengok aku dengan muka terkejut. Berdiri tegak dia bila nampak aku dengan Hana.

"Asal korang tak masuk lagi?" Aman yang kat belakang Hana tegur. Dia pelik, asal kitorang berhenti. Then, dia tengok tempat kitorang tengah tengok.

"Izwan." Naik bulu roma aku.

"Riyana." Aku dengar nama aku kena sebut dengan dia.

Baru je berapa hari lepas jumpa dia. Aku ingat dah tak jumpa dah. Tapi memang aku tak nak jumpa. Please.

Tak lama lepastu, ada perempuan datang tegur dia.

"Izwan. Jom? Saya dah jumpa barang tu. Asal ni?" That girl, Sarah.

Gugur jantung aku, ya Allah.

TBC

Set settt.

Crushku, Ketua Pengawas! •Completed•✔Where stories live. Discover now