15|•Aman's Love Letter📝•|😄

9.6K 606 1
                                    

"Riya? Kau ok tak ni? Dah seminggu kau jarang berbual dengan aku. Aku ada buat salah ke?" Hana tegur masa aku tengah buat latihan cikgu bagi.

Yeke? Aku jarang tegur? Tak perasan pulakkan?

"Mana ada."

"Tengok tu. Muka aku pun kau tak pandang. Asal ni?"

"Tak ada papelah. Ada sikit masalah kat rumah." Aku masih lagi menulis.

"Masalah apa? Besar sangat ke?"

"Kena bagitahu ea? Masalah ni pun aku tak berani nak cerita kat sesiapa. Termasuk kau. Sorry."

"Riya, kau tak macam ni tau. Masalah besar macam mana pun, kau akan cerita. Ceritalah kawan. Mana tahu boleh lega sikit?"

"Fine." Hana tersenyum. Benda ni senanya tak adalah penting mana. Aku takut je kang kalau aku cerita, Hana cakap aku besar-besarkan hal pulakk.

"Suka hadiah yang Zira bagi?"

"Hadiah? Masa birthday aku ke haritu? Kawan. Mesti kau ingat yang aku tak sayang kau lagikan bila kau tak bagi aku pape?" Aku ni pulak agak-agak nak angguk. Tapi aku angguk jugak.

Aduh, malu siott.

"Kan aku dah cakap kau hadiah aku? Takkanlah aku nak cakap, 'Riya, mana hadiah aku? Haritu kata nak belikan aku hadiah masa birthday aku?' Tak ke kau rasa macam meminta-minta?" Aku jongketkan bahu. Senanya aku tak tahu nak bagi respon apa. HIHI.

"Aku kalau boleh, sesiapa nak bagi hadiah tu, aku tak kisah. Asal kau ikhlas. Tak payah paksa-paksa diri belikan hadiahlah. Kalau nak bagi ya, Alhamdulillah. Kalau tak dapat belikan, tak apa. Cukup ucapan 'Happy birthday' aku ok." Hana tunjuk thumbs up kat aku.

Dengan kejanggalan yang banyak gilos, aku senyum.

"Sorrylah kalau aku marah pasal benda kecik." Aku ketawa. Hana pun ketawa.

Nasib baik kelas tengah agak bising sekarang ni. Kalau tak mesti kena aim dengan cikgu. Wow, aku dengan Hana mesti kena cop nanti.

"It's okaylah. Benda biasa jadikan?" Aku angguk laju. Yeay, best friend backkkkkkk!

"Hana, dah tahu siapa yang bagi kau teddy bear tu?" Hana terkejut. Mata dia dah pandang tempat lain. Almaklumlah. Sepatutnya aku tanya esoknya. Tapi, mood melayang. Hhahahah.

"Err, dah."

"So, apa yang Aman cakap?" Hana pandang aku. Weh, lawak siot. Muka Hana dah merah. Aduhai. Sian dia.

"Sampai hati kaukan Riya? Tak bagitahu aku?"

"Aman yang mintak tolong. Lagipun aku memang ship korang." Aku ketawa. Haih, harini ketawa jelah kerja kau ea, Riyana?

"Apa Aman cakap? Bagitahulah, Hana. Aku nak tahu jugakkkk." Aku goncang bahu Hana.

"Haish, sabo lah." Hana pukul tangan aku and dia bukak zip beg dia. Dan keluarlah satu kertas berwarna oren yang aku nampak terselit kat teddy bear tu.

"Bacalah. Sebenarnya aku malu nak bagi kau. Tapi aku kena jugak. Please, jangan bagitahu Aman?" Alahai Hana. Baik betul tak nak laki dia malu. Hahahha.

"Ye, ye. Aku tak bagitahu dia." Aku amik kertas tu bila Hana hulurkan. Nak tahu siak apa yang Aman tulis.. Hahahahahaha.

'Hana,

Happy birthday. Semoga kau panjang umur, and dimurahkan rezeki. Aku doakan kau berjaya dunia akhirat. Amin..

Teddy bear je. Aku tak dapat nak bagi kau lebih-lebih. Sebab aku dah cari macam-macam. Semua tak kena. And bila aku dah nak mengalah, aku nampak teddy bear ni, duduk kat rak paling atas tengah tunggu aku amik dia macam Repunzel tengah tunggu putera datang selamatkan dia.

Ok, aku tahu ayat hiperbola. Sorry. Hahaha.'

Apa benda Aman ni? Tetiba Repunzel? Jangan cakap yang dia tengok cerita Repunzel? Tahulah dia ada adik perempuan. Tak sangka pulak dia join sekaki tengok disney princess.😂😂😂

Ok, back to Aman letter..🌚

'Comelkan teddy bear ni? Ni pun stok akhir weh, bertuah betul aku. Kalau tak jumpa dia ni, memang aku dah mengalah. Haha.

Aku senanya malu nak bagitahu kau. Tapi kalau boleh aku nak bagitahu jugak. Tapi aku malu. Tapi aku nak bagitahu jugak. Aduh, tapi aku malu..'

Ya Allah, nak je aku luku si mamat ni. Bagitahu pun susah sangat ke? Haih, berdolak-dalih. Haih, aku pulak yang geram.

'Aku rasa kau pun tahukan apa yang aku nak bagitahu? Alah, bongoknya aku. Macam mana kau nak tahu kalau aku tak bagitahu. Haha, sorry.

Aku senanya suka kau.

Ok aku dah bagitahu. Wow, lega siot. Padahal kat kertas je. Ni kalau berdepan, jadi apa agaknya aku nanti. Terkulai kat situ aku rasa.

Tapi kau suka aku ke? Tak mungkinlah kan kau suka aku? Mesti ada lelaki yang kau suka kat sekolah ni. Tak pun kat luar dari sekolah kan?

Lakkkkk, dah mengalah. Nasib Hana tak kasik aku bagitahu dia. Kalau tak memang kasut sekolah ni aku baling kat dia awal-awal.

Kalau nak balas, kau bagilah aku simbol apa-apa kat sekolah nanti macam.

1. Kalau kau suka, kau tunjuklah nombor satu kat aku. And bolehlah aku melompat gembira.

2. Kalau kau tak suka, bagi aku nombor dua. And bolehlah aku cuba move onkan?

Hahahhahaha, aku senanya nak cakap happy birthday je kat kau. Tapi makin jauh pulak. Sorry.

So, again, Happy Birthday..  Gudluck spm tahun ni, aku doakan kau dapat keputusan yang cemerlang tahun ni. Amin..

Happy birthday... Hana.

-Aman-

Patutlah, aku nampak Aman lompat-lompat macam orang gila aritu. Aku tengah tak ada mood so, aku buat tak tahu jelah. Tak sangka pulak.

Jangan-jangan, Hana...

"Kau bagi dia nombor satu ke?" Aku senyum-senyum kerang busuk. Hana aku tengok dah gelabah gila.

HAHAHAHHA, WOI! KAWAN AKU DAH KEPAL WEH. AKU JE.

"Wow, tak sangka. So, korang dah.."

"Dah." Hana amik balik kertas dari tangan aku. Lepastu, dia simpan balik dalam beg dia.

Aku tepuk-tepuk bahu Hana. Aku bukan nak banggalah, tapi kalau aku tak terima yang Aman mintak tolong aku haritu, memang diorang takkan tahu perasaan masing-masing.

Astagfirullah, tak baik riak ni. Haihhh..

"Tahniah kawan. Jaga Aman tu baik-baik. Sebab ramai budak bawah on crush kat Aman tu. Salah satunya Laila yang Aman cerita haritu." Aku memang tak sangka gila, muka tahi macam Aman tu boleh ramai yang suka.

Kejamlah pulak aku ni bila cakap yang diorang buta. Tapi, pandangan kita lain-lain. Ntah-ntah, jebon tepi jalan pun ada yang kata hensem. Dah kalau jodoh, kita tak tahukan?

"Ramai sangat ke?"

"Setakat yang aku tahu, setiap form ada. Takziah, Hana. Jaga dia baik-baik. Kalau Aman curang, kau bagitahu aku. Nanti aku tendang dia sampai tak boleh berjalan." Aku dan Hana ketawa.

So, apa jadi dengan aku? Agaknya, apa cerita Izwan Rafiq eak? Dah lama gila aku tak nampak dia. Ke sebab aku layan perasaan sangat sampai tak nampak dia? Entah-entah lalu sebelah aku pun, aku tak nampak.

Ya Allah, siannya diaa..😭😭

TBC

Crushku, Ketua Pengawas! •Completed•✔Where stories live. Discover now