The day has come. The day of SPM.
Aku tengok fon pagi tadi, cikgu kata semua kumpul kat kantin sebab nanti nak beratur kat dataran form 3 depan kantin tu. Nak baca doa, ada taklimat sikit dari pengetua.
Nota komsas kat tangan aku sebab semalam aku tertidur masa tengah baca buku. And sekarang badan aku sakit sebab tidur kat meja.
Memang naissss.
Dari jauh aku dah boleh nampak Hana duduk kat kantin tu membelakangi aku.
"Asal makcik ni pakai jaket pulak?" Aku pun apa lagi, cepatkan langkah aku nak tengok dia.
Sampai je sebelah Hana, aku pun duduk tengok dia.
"Hana, kau kenapa pakai jaket ni? Tak panas ke? Kau ok tak ni?" Hana pandang aku. Lepastu tetiba dia nak nangis.
"Weh, janganlah nangis.. Aku tanya je kau ok ke takk."
"Aku demam.." Alahai, demam pulak member aku ni. SPM pulak tu harini.
"Kau dah makan ubat belum?" Dia geleng.
"Lah.. Kenapa tak makan. Nanti makin teruk kan susah pulak." Sambil tu aku lap air mata dia pakai lengan baju aku. Lantaklah. Air mata je pun. Bukan najis.🙄
"Aku takut nanti aku ngantuk masa exam." Aku angguk. Ada betulnya jugak eak?
"Dah-dah. Janganlah nangis. Balik nanti aku nak kau makan ubat. Ok?" Hana angguk jek.
"Perhatian kepada calon SPM, anda diminta untuk beratur di dataran Budi sekarang juga." Haaaaa tu diaaaaa. Pengumuman telah dibuat. Tanpa aku sempat menghabiskan nota aku lagi sikit. Siutttt. Aku tengok sekali pintas and simpan semua nota.
Amik barang yang perlu tuk jawab exam nanti, lepastu aku tarik Hana ke dataran bila dia dah siap.
Masa tengah baca doa tu, mata aku ni pandanglah tingkap kat block tingkatan 6. Disebabkan kelas dia paling depan, aku boleh nampak kelas dia dari sini.
And, KEBETULAN pulak, dia berdiri kat tingkap tengah tadah tangan baca doa sekali. Aku punya terkejut, jatuh botol air aku kat kaki Hamim.
Si Hamim ni, boleh pulak ada kat sebelah aku. Terangkat kaki dia bila ada impak besar kena kaki dia. Botol air tu dah lah saiz sedang. Sakit jugak kalau jatuh kat kaki.😂
Habis je baca doa, Hamim terus tunduk pegang kaki dia.
"Bapak, sakit sia. Apa ni Riya. Dengki ke dengan aku." Hamim pukul kasut aku. Ingat sakit lah tu. Hampeh.
"Otak engko. Aku tak sengaja sia. Sorrylah. Aku terkejut tadi." Aku tahan je ketawa aku weh. Ya Allah. Kalau tak, nak je aku lepaskan kat situ jugak.
Tapi disebabkan semua tengah fokus pengetua berucap, terpaksalah aku tahan. Ketawa silent je mampu. Huhuhu.
"Aduh kau ni. Lain kali hati-hatilah pegang botol tu." Aku amik botol aku.
"Sorry Hamim." Aku ketawa senget.
"Haish, senyaplah korang. Tak takut ke pengetua dengar?" Aman yang ada kat depan Hamim pandang kitorang. Aku dengan Hamim senyum je mampu.
Aku pandang atas balik. Aihhh, dia kat tingkap lagii! Buat apa bediri kat situ abang oii. Tak penat berdiri je lagi tadi? Aku pandang Hana kat sebelah aku.
Aku dengan Hana terpisah kelas.😌
"Ok, Hana?" Hana cuma mampu senyum je kat aku. Aku tengok Aman.
Eh dia ni. Macam tak tahu je si Hana ni tengah demam. Aku cucuk dia pakai pen aku.
"Benda?" Aman tengok aku. Alah dia ni. Leklah.
"Kau tak tahu ke Hana tengah demam?" Aku separuh berbisik kat dia.
"Aku tahu. Tapi dia yang tak nak makan ubat. Kata takut nanti ngantuklah. Aku siap dah paksa. Tapi dia yang tak nak. Nak aku buat macam mana?" Halah Hana... Hana...
Mengapalah dikau terlalu degil?
"Asal? Hana demam ke?"
"Sibuklah kau." Aman tepuk bahu Hamim kuat. Ouh, tahu jeles rupanya Aman ni...
"Ok semua, semoga berjaya untuk peperiksaan SPM 2018 ini." Pengetua mengakhiri ucapannya yang aku sendiri tak sedar tetiba dah habis. Apalah aku ni.🤦🏼 terokkan?
Lepastu tetiba je, entah bila entah disuruh jalan. Sepanjang jalan nak ke block form 5 tu, ibu bapa dengan cikgu-cikgu beratur. Salam terakhir sebelum masuk bilik peperangan otak.😫
Masa aku dah lepas barisan ibu bapa tu semua, aku pun menggatalkan mata aku untuk pandang block form 6.
Andddd, cubalah teka aku nampak siapa. Akak Sarah. And sebelah dia IZWAN. Omg. Like seriouslylah?
Bila je aku tereye contact dengan akak Sarah, dia senyum. Manis gila. Sampai aku rasa, keliling mata aku ada semut merayap.
Aku pun senyumlah. Aku senyum sampai nampak gigi. Like macam aku menyeringailah. Like that. Aku pandang sebelah dia.
Masatu Izwan pun tengah senyum. Sambil tu aku baca gerak bibir dia.
'Good luck.' Lepas pada tu dia ketawa. Wuish berbunga habis aku. Aku cuma mampu balas senyum pahit. Sepahit hatiku yini. Ceh. Klise habisss.
Aku tengah dedo sebab tu senyum pahit. Haish. Dia ni kan, makin buat hati aku sengsara dalam kebun bunga.
Macam manalah aku nak move on sayang oiii.
Lepas je pada tu, aku terus berjalan. Kang kalau aku berhenti lama sangat, budak belakang aku yang masih panjang lagi barisan ni marah pulokkk. Haaaa.
Sampai je dekat dataran depan surau, kitorang beratur macam tadi. Ikut bilik periksa.
"Riya." Aku pandang sebelah aku bila aku rasa macam bahu aku kena tepuk something.
"Ingatkan aku weh jap." Si Hamim ni. Lagi semalam dia ginih. Nak ingat penanda wacana punya pasal, akulah jadi tempat dia nak mengingat.
"Ya, ya. Boleh." Aku ketawa. Harap nampak iklas please. Sebab aku ketawa tak ikhlas ni. Okok.
"Ok. Mula-mula antaranya. Lepastu, selain itu. Lepastu..." And Hamim pun meneruskan dengan penghafalannya. Aku pun angguk jelah.
Dah banyak kali dah tu Hamim. Disebabkan kaulah aku mengingat. Thanks ngat.
"Riya! Betul ke tak? Kau ni kan..." Hamim silangkan tangan dia kat dada.
"Eh, betullah. Dah banyak kali kau hafal. Dahlah tu, nanti kau ingat punya. Janganlah takut." Hamim angguk. Lepastu dia ketawa.
"Dah kenapa kau." Dia ni buat aku saspen.
"Tak adalah. Masa kita tengah salam cikgu dengan parents tadi, aku nampak kau terhenti sekejap. Lepastu aku tengoklah tempat kau tengok. And tekalah aku nampak siapa." Hamim angkat-angkat kening dia.
Ah sudah. Rahsia aku terbongkar.
"Memang great timing habis masa aku tengok atas tu. Sebab Izwan tengah cakap 'good luck' kat kau." Aku tutup muka aku pakai tangan.
Apa ni!!!! Malu siotttt. Nak lari sekolahhhhh. Tapi nak amik SPM! Tapi malu! Nak lari! Tapi SPM aku!
Aku dah dengar Hamim ni gelak habis. Nasib memang semua tengah bising. Kalau tak, memang dia dah kena aim.
Aku tenangkan diri aku, aku pandang Hamim.
"So? Kau nak buat apa? Good luck je punnn." Ketawa Hamim berhenti.
Dia tengok aku. Lepastu, dia bagi senyuman manis dia. Sampai aku nampak dimple dia.
"Good luck, Riyana."
Blushing terokssss. Salah satu sebab aku suka dia dulu ialah, sebab dia suka kacau aku, and sebab lain is, senyuman manis with dimple dia.
Tak sukalah feeling ni. Aku dah move on dengan kau ok?
Pleaselah!
TBC
(●´∀`●)
YOU ARE READING
Crushku, Ketua Pengawas! •Completed•✔
FanfictionRiyana pelajar tingkatan 5 yang mahu menduduki SPM. Tingkatan 5 confermlah SPM takkan UPSR pulakkk.. Cerita ni ceritakan kisah Riyana berjumpa dengan abe crush dia kat tingkatan 6, Izwan Rafiq😳 Izwan selalu sangat jumpa dengan Riyana. Tapi tak berk...