³

660 8 0
                                        

Enjin kereta sport dimatikan sebelum pemiliknya keluar membuka pintu dengan tergopoh gapah. Beberapa ekor ikan turut terkeluar dari kereta itu dan jatuh ke lantai simen.

Dengan menahan nafasnya, Puteri Layla memandang kusyen keretanya yang basah dan ikan ikan yang terdampar di dalam kereta.

Kedua dua tangan Puteri Layla naik ke telinga sebelum menjerit sekuat hati untuk melepaskan segala rasa marah, geram dan sakit hati.

" bodoh!!!!!!"

Jeritan itu dituju kepada lelaki yang sewenang wenangnya mencurahkan ikan ke dalam keretanya.

Jeritan Puteri Layla membuatkan pembantu rumahnya terkejut beruk. Lalu pembantu rumah bernama Fifie segera bergegas keluar.

" kenape Puteri menjerit?" Tanya Fifie prihatin

Dengan wajah yang merah pendam, hidung yang kembang kempis, mata dejengil dan gigi terkacip rapat. Puteri Layla pusing menghadap Fifie

Hampir pengsan Fifie melihat wajah Puteri Layla yang bengis itu.

Tidak berkelip mata Fifie melihat pakaian Puteri Layla yang basah kuyup. Baunya bukan main lagi menyengat hidung. Fifie menutup hidungnya kerana tidak tahan dengan bau itu.

" Puteri ni pergi terjun dalam kolam najis ke ape?" Getus hatinya

Fifie terdorong untuk menjengukkan kepalanya ke arah kereta.

Mak oii! Fifie terperanjat

Banyaknya ikan. Sejak bila Puteri ni jadi peraih ikan hmmm? Bukankah Puteri tak suka ikan? Ataupun Puteri telah dibuli seseorang sehingga keretanya dipenuhi ikan dan badannya basah kuyup? Pelbagai persoalan menerjah pemikiran Fifie

Tanpa dapat menahan hati, Fifie ketawa berdekah dekah. Hatinya terhibur melihat keadaan Puteri Layla ketika itu.

Puteri Layla semakin berang dengan reaksi Fifie.

" ape yang lucunya hah gemok?!!" Tempik Puteri Layla

Fifie menikus menekur lantai

" hah tahu pon takut." Sinis hati Puteri Layla

" kau dengar sini gemuk, aku perintahkan kau bersihkan semua ikan dalam kereta aku ni. Buang kat mana mana."

Fifie mengangguk. Tapi dalam hatinya berkata, sayangnya jika ikan ini dibuang begitu saja. Puteri Layla tidak tahu betapa bernilainya ikan itu dimata orang miskin. Hanya ikan yang menjadi santapan orang miskin selain sayur sayuran kampung.

Fifie menggaru garu kepalanya.

" err Puteri, kalau saya bagi ikan ni pada jiran jiran boleh tak? Sayanglah kalau buang."

" hei gemuk! Kau takpayah nak jadi dermawan sangat la dengan harta aku. Kalau aku kata buang, kau buang. Tak faham bahasa ke? Nak kena aku cakap banyak banyak kali baru faham?"

Kata kata kesat daripada Puteri Layla itu membuat Fifie semakin sedih. Dia hampir menangis. Tapi ditahannya.

" baiklah, Puteri."

Dengan pantas Puteri Layla menapak masuk ke dalam rumah mencari Megat Kamarulzaman.

" DADDY!"

" DADDY! WHERE 'RE U?" teriaknya lagi

Tanpa mengetuk pintu bilik bacaan daddynya, Puteri Layla terus meluru masuk.

" daddy....." Puteri Layla yang sangat manja dengan Megat Kamarulzaman terus merengek

" daddy.... ada orang sakitkan Puteri. Daddy kena ajar dia daddy, dia dah malukan Puteri tau."

Megat Kamarulzaman terpinga pinga dengan kehadiran anaknya.

HADIRNYA DIA ✔Where stories live. Discover now