560 7 0
                                        

Konsentrasi atok Akil membelek majalah yang dipenuhi model model berpakaian seksi terganggu dengan kehadiran Hilman. Segera atok Akil menutup majalah itu lalu disembunyikan di bawah timbunan majalah majalah lain yang tersedia di atas meja usang itu. Atok Akil mencapai buku agama pula lalu berpura pura membacanya.

" assalamualaikum atok."

Kepala Hilman sudah terjengul di muka pintu.

" waalaikumussalam. Masuk !"

Bagaikan pengarah syarikat terkemuka atok Akil menjerit supaya Hilman masuk.

" selamat hari lahir yang ke-72 atok."

Dengan girang Hilman mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada atoknya. Sebiji kek dihulurnya.

Dengan riak wajah yang kurang senang, atok Akil mencapai kek itu. Nombor 72 yang tertera di atas kek itu membuat atok Akil berkecil hati dengan Hilman.

Hisy! Apelah budak ni letak nombor keramat ni atas kek, buat aku tak selera je nak jamah kek ni.

" hisy! Janganlah jerit 72 tu kuat sangat, dengar dek jiran jiran tak ke kecoh nanti?"

Atok Akil menaikkan jari telunjuk lalu didekatkan pada bibirnya. Memberi isyarat agar Hilman tidak lagi menyebut nombor itu.

" apesal nak kecoh pulak atok?" Dengan nada seperti berbisik Hilman bertanya

" sebab atok cakap pada jiran kita terutamanya anak anak dara yang umur atok baru 40 tahun."

Eh biar betul atok aku ni, getus hatinya.

" habistu mereka percaya ke tak?"

Atok Akil mengangguk.

" mereka percaya?!" Terpekik Hilman dengan kenyataan itu.

Gila ke ape? Samdol punya jiran tetangga. Aku sendiri pon dah masuk 26, mana mungkin atok aku berumur 40 tahun.

" atok buat ape tadi? Macam baca buku je?"

" haah, atok baca buku agama ni. Buat bekal alam kubur nanti."

Dengan sengihan lebar atok Akil menayang nayangkan buku agama ditangannya.

Buku itu bertajuk 'MENCARI ISTERI YANG SEKSI '. Eh! Betul ke tu buku agama? Hilman terpinga pinga.

Buku di tangan atoknya diambil lalu dibelek belek. Ini bukan buku agama, tetapi lebih kepada majalah. Malah di dalam buku ini terdapat gambar wanita yang pakaian bikini sahaja.

" atok, ni bukan buku agama. Tapi ni buku tak bermoral."

Atok Akil terperanjat besar.

" lah, bukan buku agama ke? Atok beli buku ni kat bandar. Penjual tu kata ni buku agama. Masya-ALLAH ."

Atok Akil menggeleng berpura pura tidak bersalah.

" mungkin penjual tu sengaja tipu atok supaya beli buku ni kut. Nanti atok pegi bandar, atok nak marah penjual tu. Berani betul dia bohong atok!"

Hilman hanya tersenyum mendengar kata kata atok Akil. Macam macamlah atok ni!

Sebaik sahaja menjamah kek hari jadi atoknya, Hilman meninggalkan orang tua itu di dapur lalu menapak ke ruang tamu. Hilman duduk di kerusi malas milik atoknya. Beberapa majalah yang tersusun di atas meja di capai semua sekali. Dibelek belek majalah itu. Tiba tiba pandangan Hilman mengesan sesuatu.

Terkebil kebil mata Hilman melihat gambar gambar yang mengisi setiap muka surat.

Wah!

Ini majalah tak senonoh. Biar betul atok tengok benda benda macam ni? Tak sangka betul. Atok aku ni nampak je alim, tapi 'zalim' rupanya. Ada ke patut simpan majalah bagus macamni tak kasi tahu aku, detik hati Hilman.

HADIRNYA DIA ✔Where stories live. Discover now