Langkah kaki Puteri Layla serta merta terhenti. Matanya terbeliak ! Dengan pantas dia menoleh ke belakang.
Hampir gugur jantungnya ketika mata hitam Puteri Layla jatuh pada seorang lelaki tua yang sedang tersengih memandangnya. Lelaki tua itu mungkin dalam lingkungan 70-an. Sudah layak digelar warga emas.
YA ALLAH !! orang tua ni raba punggung aku ke? Biar betul? Rasa tidak logik menguasai fikirannya. Takkanlah lelaki yang sudah berumur sedemikian sanggup meraba punggungnya. Siap tersengih lagi !
Mata Puteri Layla melilau mencari kalau kalau ada lelaki lain selain orang tua tu tapi takde sesiapa pon kelihatan.
Takkanlah orang perempuan pula yang sanggup meraba punggunya. Les ke ape ! Tapi tak logiklah pulak. Kemarahan mula menguasai dirinya.
" hei orang tua tak sedar diri ! "
Tidak semena mena Puteri Layla menjerkah orang tua itu. Dipandang orang tua itu dari atas sampai bawah dengan rasa jijik.
Puteri Layla memang tidak suka sama orang miskin. Penampilan orang tua itu tidak ubah seperti pengemis di jalanan.
Orang tua itu lantas berpusing, ingin segera lari daripada situ. Memang dia telah melakukan kesalahan kerana meraba punggung gadis itu. Dia mahu menyelamatkan diri dari sumpah seranah gadis yang sungguh seksi itu.
Sapa suruh pakai seksi ! Kang dah kena raba dengan aku, detik hatinya.
" hoi orang tua. Aku belum habis cakap lagi !" Jerit Puteri Layla dengan sekuat hati
Jeritan Puteri Layla itu telah menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang disitu terutamanya makcik makcik. Yelah, bukankah makcik makcik yang suka datang ke pasar? Nak diharapkan anak muda, jarang sekali.
Tanpa berlengah lagi, Puteri Layla mengejar orang tua itu. Sakit sungguh hatinya mengenangkan sengihan kemenangan orang tua itu setelah menyentuh sesuatu yang berharga miliknya. Lebih menyakitkan hati apabila orang tua itu hanya ada beberapa batang gigi saja. Ewwww !!
Sampai separuh jalan, Puteri Layla terpelecok. Tumit kasut tingginya telah patah.
Gedebuk!
Puteri Layla jatuh terduduk. Adoi, sakitnya ! Puteri Layla mengurut ngurut kakinya.
Namun demi maruah dan harga diri, Puteri Layla tidak sama sekali membiarkan orang tua keparat tu terlepas begitu sahaja. Orang tua tu telah melalukan perangai kurang sopan dengannya.
Sepatutnya orang tua tu raba punggung wanita yang sebaya dengannya. Kan berlambak warga emas di pasar ni ! Itulah namanya orang tua gatal ! Tak sedar diri !
Kubur dah kata mari, rumah dah kata pergi huh !
Dengan penuh semangat, Puteri Layla bangun semula. Kasutnya ditinggalkan dan dengan berkaki ayam dia mengejar orang tua itu sehingga dapat. Alah orang tua, selaju mana sangat dia boleh lari.
Puteri Layla berdiri tegak di hadapan orang tua yang sudah kelelahan itu. Mungkin sudah penat berlari. Silap silap boleh mati orang tua tu kerana semput.
" dasar orang tua tak sedar diri !" Tengking Puteri Layla
Orang tua tu hanya tersengih saja.
" orang tua macam kau ni, baik mati je tahu tak !" Tempiknya lagi
Tanpa disedari, perbuatan Puteri Layla yang memarahi orang tua itu telah disaksikan oleh seorang lelaki yang tidak jauh dari situ.
Terpinga pinga seketika lelaki itu. Dia yang sedang membasuh ikan di dalam baldi segera menghentikan kerjanya. Ternyata situasi itu telah menarik perhatiannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/163715119-288-k396895.jpg)
YOU ARE READING
HADIRNYA DIA ✔
Romance◆◆◆ " DIA PLAYGIRL, SOMBONG, BERLAGAK BAGUS, PERASAN CANTIK DAN SEMUA YANG BURUK ADA PADANYA. TAPI BAGI AKU, DIALAH WANITA TERBAIK YANG PERNAH AKU JUMPA " Puteri Layla merasakan kehadiran Hilman Daniel dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musi...