Puteri Layla mengeluarkan sejumlah wang dari mesin ATM. Wang itu dikira kira. Semuanya sebanyak RM2000. Selepas menyimpan duit itu di dalam beg tangannya, Puteri Layla bergegas pergi dari situ. Kerana langkahnya yang agak terburu buru, dia terlanggar nenek tua peminta sedekah. Terjelopok nenek tua itu jatuh ke tanah.
Bulat mata Puteri Layla menatap nenek tua yang terjelopok jatuh itu. Puteri Layla hanya memerhati nenek tua itu yang sedang terkial kial untuk bangun tanpa sedikit pon rasa simpati apatah lagi ingin membantu. Puteri Layla melirik pada bajunya, kalau kalau ada kotor.
" nek, lain kali jalanlah hati hati sikit. Tak pasal pasal nenek terlanggar saya."
Puteri Layla memarahi nenek itu. Sesekali tangannya menguis hidung kerana bau nenek itu yang busuk.
Tiba tiba nenek itu mengeluarkan satu cawan lalu ditunjukkan kepada Puteri Layla supaya memberinya sedekah.
" eh, kenape ni nenek?" Puteri Layla terpinga pinga
" berilah sedekah pada nenek, cu." Tanpa segan silu nenek tua itu meminta.
Apa? Sedekah?! Tolong sikit. Daddy aku penat penat kerja cari duit, macam tu je kau meminta? Huh!
" tolong lah cu, nenek lapar sangat. Nenek masih belum makan lagi sepanjang harini. Tak banyak yang nenek mintak, kalau cucu tak keberatan. Bagilah nenek seratus dua."
Di hujung ayat nenek itu tersengih sengih
Hah?! Seratus dua? Gila ke ape nenek ni? Mintak sedekah sampai seratus dua. Ni mencekik namanya. Kalau minak 20 sen ke? 50 sen ke? Seringgit ke? Boleh lah aku call daddy tanya boleh bagi ke tak. Kalau dah sampai banyak tu, jangan haraplah nenek tua oi. Ingat aku buat duit dengan tayik gigi ke? Huh!
Tanpa diduga, nenek itu menerpa memegang Puteri Layla. Kepalanya pula dilentokkan pada bahu Puteri Layla.
" tolong lah cu. Please......." nenek itu kini merayu rayu
" eh nek, ape nek buat ni?"
Puteri Layla cemas. Tentu kekotoran pada badan nenek itu melekat pada bajunya. Argh! Puteri Layla betul betul tidak sukakan situasi itu. Dia cuba menolak nenek itu, tetapi pegangan nenek itu pada lengannya sangat kuat.
" nenek dah lama tak bayar bil api, bil air and dapur nenek dah lama tak berasap cu. Kasihanilah nenek. Nenek takda anak, takda sape sape yang nak sara nenek."
Kali ini nenek itu sudah merengek rengek.
Puteri Layla mula rimas.
" hei nek, ada saya kesah kalau bil api dan bil air nenek tak bayar lagi. Saya bukan ada ape ape kaitan dengan nenek pon. Nenek pergilah mintak sedekah dengan orang lain."
Akhirnya, Puteri Layla berjaya menolak nenek itu jauh darinya.
" nenek, sedarlah diri tu sikit. Dahla kotor, bau busuk pulak tu. Kalau nak mintak sedekah, mintak jelah. Jangan sampai pegang pegang macam ni."
Seorang pemuda yang kebetulan melalui jalan itu serta merta menghentikan langkahnya. Terbeliak mata pemuda itu melihat aksi perempuan itu yang semangat mengherdik nenek tua yang berwajah simpati itu. Lalu pemuda itu menggamati muka kedua duanya.
" eh! Tu bukan ke nenek saudara aku?" Terpacul kata kata itu dari mulut Hilman
Bertambah panas hatinya apabila menggamati perempuan yang memakai dress paras lutut itu adalah perempuan yang sama bergaduh dengannya. Perempuan yang meraba dan menghina atok aku!
Dan harini, perempuan itu memarahi nenek saudaranya pula. Memang dasar perempuan takda akal ! Takda belas kasihan langsung kepada orang tua. Sudahlah atok aku diraba, kini nenek saudaranya pula dikasari.
Dengan memandang perempuan itu atas bawah, Hilman menghampiri. Dia bercekak pinggang.
" nenek ni dah berape lama tak mandi hah? Eiii busuk lah!" Kutuk Puteri Layla
" woi!!" Jerkah Hilman pada perempuan yang tidak diketahui namanya itu.
Puteri Layla segera memegang telinga kanannya. Sakit telinganya kerana dijerkah begitu kuat. Segera dia menoleh ke sisi, bukan main terperanjat lagi Puteri Layla apabila mendapati pemuda yang telah mendajalnya haritu betul betul berada di hadapan matanya.
" kau lagi?!" Dia begitu fobia dengan jejaka itu
" ye, aku! Kenape?" Dengan wajah garang Hilman mengangkat keningnya
" eh, boleh tak kau jangan masuk campur urusan aku dengan nenek ni? Kau buat jelah hal kau!"
" macam mana aku tak masuk campur kalau orang yang kau marah marah ni nenek saudara aku! Aku takkan biarkan saudara mara aku dihina dan diherdik!"
Puteri Layla mengalihkan pandangannya kepada nenek tua itu. Nenek peminta sedekah ni, nenek saudara dia? Hei, apalah malang nasib aku. Haritu diraba atoknya, harini pulak diganggu nenek saudaranya.
" nenek saudara kau yang bersalah tau. Dia pegang pegang aku sedangkan pakaian dia kotor." Beritahu Puteri Layla mempertahankan dirinya
Tidak semena mena Hilman menolaknya ke dalam longkang yang agak besar. Oleh kerana wanita itu tidak menjangkakan tindakan Hilman, dalam sekelip mata dia berada di dalam longkang itu yang mengandungi air yang busuk.
Habis satu badan Puteri Layla kotor.
" aaaaaa!!!!!" Puteri Layla menjerit nyaring.
Hilman ketawa terbahak bahak.
" padan muka kau." Ujar Hilman dengan sisa tawanya
" kau jahat! Nanti aku adu pada daddy aku!"
Air mata mula bertakung di kelopak mata. Akhirnya jatuh juga bercucuran bagaikan air paip. Kedalaman longkang itu pula hampir ke paras dada Puteri Layla. Puteri Layla betul betul bengang.
Tak habis habis dengan daddy dia. Muka Hilman terus mencemik. Perempuan ni anak manja agaknya
" ni bayaran di atas perbuatan kau terhadap atok dan nenek saudara aku. Lain kali kalau aku tengok kau buli sesiapa lagi, siap kau." Hilman memberi amaran
" aku tak bersalah! Atok dan nenek saudara kau yang bersalah! Satu hari nanti, kau akan terima balasan dari tuhan!"
" hei, kau tak payah nak buat aku geli hati lah. Dengan perangai kau yang macam ni, kau tu yang akan terima balasan di atas perbuatan kau. Mentang mentanglah kau anak orang kaya, kau ingat kau boleh suka suka caci maki orang miskin? Satu hari nanti, daddy kau akan bankrap dan kau akan hidup merempat. Tengoklah nanti!"
Hilman sudah mendoakan yang bukan bukan.
" Iman, dahla tu. Jom kita pergi. Nenek rasa perbuatan Iman tolak dia dalam longkang tu memang berpatutan dengan ape yang dia buat dekat nenek. Dah dah, jangan marah dia lagi."
Nenek saudara Hilman menarik lengan Hilman supaya pergi dari situ.
Kurang asam punya nenek, ade ke patut dia cakap macam tu. Sedangkan dia yang mulakan dulu. Nenek saudara dengan cucu saudara sama je. Agaknya memang family diorang macam tu.
Setelah mereka pergi, Puteri Layla berusaha keluar dari longkang itu. Bersusah payah dia memanjat untuk keluar dan akhirnya berjaya. Mujurlah takde sesiapa yang lalu ketika itu. Jika tidak, malu lah dia.
1020 words ✨
![](https://img.wattpad.com/cover/163715119-288-k396895.jpg)
YOU ARE READING
HADIRNYA DIA ✔
Lãng mạn◆◆◆ " DIA PLAYGIRL, SOMBONG, BERLAGAK BAGUS, PERASAN CANTIK DAN SEMUA YANG BURUK ADA PADANYA. TAPI BAGI AKU, DIALAH WANITA TERBAIK YANG PERNAH AKU JUMPA " Puteri Layla merasakan kehadiran Hilman Daniel dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musi...