Hilman tercari cari kediaman Puteri Layla seperti yang tercatat pada kad pengenalan gadis itu. Hisy, mana pulak rumah daddy minah ni. Susahnya nak jumpa. Hilman bersungut sungut di dalam hati.
Setelah puas berpusing pusing di sekitar kawasan itu, Hilman akhirnya memberhentikan motosikalnya di hadapan sebuah kediaman yang tersergam indah. Hilman berasa kagum melihat keindahan kediaman itu.
Entah bilalah aku dapat tinggal dalam rumah secantik ini. Mungkin sampai bila bila pun takkan terjadi. Aku cuma mampu menyimpan impian ini di dalam hati tanpa dapat menjadikannya satu kenyataan.
Tak apalah. Meskipun rumah aku buruk bagaikan pondok, tetapi aku bahagia dan senang hati tinggal di situ.
Aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. Yang penting aku jangan sesekali tinggal solat dan lupakan Allah. Hilman memujuk hatinya.
"Assalamualaikum." Ucap Hilman memberi salam
Hilman menunggu beberapa ketika kalau kalau ada sesiapa yang menjawab salamnya.
"Assalamualaikum." Sekali lagi salam diberi
Tak lama selepas itu kedengaran suara gemersik bagaikan buluh perindu menjawab salam
"Waalaikumussalam."
Dup! Dap! Dup! Dap!
Jantung Hilman sudah bergendang sakan. Dengan mendengar suara sahaja dada Hilman sudah berdebar debar, ini belum lagi pemilik suara menonjolkan diri.
"Siapa tu?" Suara gemersik itu berbunyi lagi
Hilman berasa tidak sabar untuk melihat pemilik suara itu. Dia tercari cari , namun kelibat suara gemersik itu tidak kelihatan. Mungkinkah dengan mendengar suara sahaja seseorang itu bisa jatuh cinta?
Serta merta Hilman teringatkan kawannya yang bernama Rusdi. Lelaki itu bercinta dengan seorang gadis melalui telefon. Tidak pernah bersua muka. Hanya dengar suara dan berbalas SMS. Ah! Betapa peliknya cinta. Tanpa melihat wajah seseorang pun hati boleh terpaut.
Dan sekarang....apakah dia juga mengalami situasi itu? Tidak melihat tapi telah jatuh hati. Waduh! Dadanya berdegup lagi
Lagu nyanyian kumpulan dewa yang bertajuk Sedang Ingin Bercinta bagaikan terngiang ngiang di cuping telinga Hilman.
Wahai pemilik suara yang lunak, cepatlah keluar. Aku sudah tak sabar sabar ingin melihat wajahmu yang semestinya seindah suaramu. Hasrul sudah bermadah kata di dalam hati.
Tidak lama selepas itu, Hilman nampak pintu utama rumah banglo besar itu terbuka. Keluar seorang anak gadis yang cukup memukau pandangan Hilman. Dirinya bagaikan berada diawang-awangan. Terbang melayang di udara bersama keindahan yang sukar ditafsirkan. Bunga bunga cinta mekar mewangi di hatinya.
Siapakah gadis montel ini? Oh! Betapa manisnya dia. Agaknya berapa berat badannya ek?
"Hello?!" Fifie melayang layangkan tangannya di hadapan wajah Hilman
"Abang ni nak jumpa sape?"
Hilman tersedar dari dunia ciptaannya. Gadis ini sungguh menawan pada pandangan matanya. Kini betul

YOU ARE READING
HADIRNYA DIA ✔
Romance◆◆◆ " DIA PLAYGIRL, SOMBONG, BERLAGAK BAGUS, PERASAN CANTIK DAN SEMUA YANG BURUK ADA PADANYA. TAPI BAGI AKU, DIALAH WANITA TERBAIK YANG PERNAH AKU JUMPA " Puteri Layla merasakan kehadiran Hilman Daniel dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musi...