Hilman ketawa mengekek ngekek. Alamat rumah Puteri Layla dibaca. Yes! Aku akan pergi ke alamat rumah ni. Aku akan bawak daddy nya kemari. Dan lepastu, pernikahan yang gilang gemilang akan berlangsung.
Hilman melirik ke arah Datuk Akil yang sedari tadi tersengih sengih seorang diri. Buruk nau wajah tua itu. Memang Puteri Layla ni buta agaknya . Hmm nak mengurat tak bertempat. Macamlah takde lelaki yang lebih muda dekat bumi Malaysia ni. Datuk dia jugak yang jadi mangsa tak senonohnya itu.
"Atuk ni kenapa dari tadi tersengih sengih?"
Serta merta Datuk Akil berhenti tersengih. Tanpa menunggu Datuk Akil menjawab pertanyaannya Hilman bingkas bangun.
"Atuk, Iman nak pergi ke rumah bapak mentua atuk. Jadi atuk tolong jaga perempuan tu supaya dia jangan lari. "
Puteri Layla sudah dikurung di dalam sebuah bilik. Itu saja cara yang Hilman Ada agar Puteri Layla tidak cabut lari.
"Dan satu lagi, atuk pakai cantik cantik tau. Sebab malam nanti atuk akan bergelar raja sehari. "
Selepas itu Hilman dan Datuk Akil ketawa terbahak bahak.
Tidak berapa lama selepas itu, Hilman menuju ke bilik yang menempatkan Puteri Layla. Mangga sebesar penumbuk dibuka. Dia sengaja mengunci pintu itu menggunakan mangga kerana bimbang Puteri Layla bisa meloloskan diri.
Sebaik saja pintu dibuka. Hilman terus berbicara.
"Hai Cik Ikan. Malam nanti kau akan kahwin. Maka bergembiralah."
Sejurus selepas itu, Hilman mencampakkan dompet Puteri Layla ke dalam bilik itu. Lalu pintu ditutup sebelum sempat Puteri Layla menerpa keluar.
Sebaik saja Hilman keluar daripada rumah itu, Datuk Akil menggosok dagunya sambil tersengih sengih. Dia mencapai kunci lalu melangkah ke bilik kurungan Puteri Layla. Perlahan lahan dia membuka mangga itu. Dia ingin menatap wajah bakal isterinya sepuas hati.
Sebaik saja pintu dapat dibuka, Datuk Akil melangkah masuk. Terbeliak biji mata Puteri Layla melihat Datuk Akil yang tiba tiba saja ada di dalam bilik itu.
Eh kenapa pulak orang tua ni masuk? Dia ada niat jahat dekat aku ke? Detik hatinya
"Sayangg, menungkan ape tu?" Tanya Datuk Akil
Hampir tercekik Puteri Layla mendengar Datuk Akil memanggilnya sayang. Kalau Puteri Layla tidak kuat semangat , boleh pengsan jadinya.
"Sekejap lagi kita akan jadi suami isteri. Sayang gembira tak?"
Gembira kepala hotak hang! Aku rasa nak pecah kepala memikirkan betapa malangnya nasib aku bila bergelar isteri kau.
Datuk Akil duduk bersebelahan Puteri Layla. Dengan sengaja, tangan Datuk Akil menyentuk tangan Puteri Layla.
Puteri Layla tersentak. Sebiji penumbuk betul betul naik ke wajah Datuk Akil.
"Aduii!"
Datuk Akil memegang mulutnya. Lah! Sampai patah gigi aku dikerjakan budak ni. Datuk Akil membelek belek gigi yang berada di tangannya.
Puteri Layla sudah berasa mahu muntah melihat gigi yang berada di tangan Datuk Akil. Gigi itu sebijik menyerupai besi karat eww !
Jangan lupa tekan vote ye . Thankyouu 💋

YOU ARE READING
HADIRNYA DIA ✔
Romance◆◆◆ " DIA PLAYGIRL, SOMBONG, BERLAGAK BAGUS, PERASAN CANTIK DAN SEMUA YANG BURUK ADA PADANYA. TAPI BAGI AKU, DIALAH WANITA TERBAIK YANG PERNAH AKU JUMPA " Puteri Layla merasakan kehadiran Hilman Daniel dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musi...