" Apa yang berlaku sebenarnya nek? " tanya Hilman dengan dahi yang berkerut
" Entah entah nenek yang cari pasal dengan dia. "
" Eh! Mana ada cu. Dia yang marah-marah nenek. " Nenek Uda enggan mengaku kesalahannya
"Yelah, tu Iman tahu. Tapi takkan dia nak cari pasal tanpa sebab ."
Nenek Uda adalah adik kepada Datuk Akil. Lalu Nenek Uda menceritakan apa yang berlaku dimana keseluruhan cerita itu banyak berpihak kepadanya. Malah sebahagian daripada ceritanya tidak benar.
"Dia tampar nenek cu." Tekan Nenek Uda pada hujung ceritanya
"Dia tampar nenek?! Takguna punya perempuan." Hilman sudah berkira-kira untuk berpatah balik ke tempat kejadian.
"Eh! Nak kemana tu? " Tanya Nenek Uda apabila Hilman ingin berlalu dari situ
"Nak pergi marah perempuan tu la. "
"Dahla cu. " Nenek Uda menarik lengan Hilman ke arah sebuah bangku.
"Teman nenek duduk sini jap. Nenek penatlah cu. " Pinta Nenek Uda termengah-mengah
"Nenek, betul ke nenek mintak sedekah lagi?Datuk Akil cakap" Soal Hilman tanpa bertangguh
Nenek Uda sudah terbatuk-batuk mendengar soalan itu. Hisy si Akil ni tak boleh simpan rahsia betul . Ada ke patut dia bagitau Hilman
"Betul ke nek? "
Nenek Uda buat tak tahu saja dengan soalan itu.
"Nek, kan Iman selalu bagi duit dekat nenek. Tak cukup ke untuk menampung hidup nenek ? Bil api dan air pun Iman dah bereskan. Nenek bukannya terdesak sampai kena mintak sedekah. Iman malulah dekat kawan-kawan iman nek. Apa mereka cakap kat Iman nanti kalau nenek buat perangai macam tu. Nanti mereka fikir Iman dah tak endahkan nenek sedangkan hakikatnya tak begitu. "
"Alah, cu ni. Mintak sedekah tu hobi nenek di waktu lapang. Apa salahnya kan. Boleh menambahkan pendapatan. " Ujar Nenek Uda sambil membetulkan gelang emas di tangannya
Eii, geramnya dengan Nenek Uda ni. Macam dah takde benda lain nak buat.
"Tolonglah nek, jangan buat lagi. "
"Yelah. " Nenek Uda mengangguk. Janji yang hanya bertahan satu hari
◆◆◆◆◆
Puteri Layla menapak laju ke keretanya. Walaupun malu, tetapi Puteri Layla terpaksa mendedahkan dirinya di hadapan masyarakat umum. Ini kerana kawasan letak kereta disitu kebetulan ramai orang disebabkan terdapat gerai makan berhampiran.
Banyak mata memandang aneh kepadanya. Puteri Layla faham, sudah tentu keadaan dirinya yang hitam berlumut dan dihurung lalat menjadi perhatian sesiapa sahaja.
Puteri Layla menekan satu butang sebelum cepat cepat masuk ke dalam kereta milik daddynya. Kereta sport Puteri Layla masih lagi di car wash. Puteri Layla dapat membayangkan betapa teruknya reaksi daddy setelah mendapati kusyen keretanya kotor, basah dan berbau kurang enak. Mesti daddy basuh aku kawkaw punyalah
Sejak akhir ni masalah datang bertimpa timpa. Lepas satu, satu. Sakit kepala jadinya.
Kedengaran cermin keretanya diketuk dari luar. Puteri Layla tidak nampak wajah yang mengetuk. Dia bimbang kalau lelaki itu datang kembali untuk melakukan sesuatu kepadanya. Puteri Layla sudah tidak sanggup dicurahkan berpuluh puluh ikan lagi.
Akhirnya, Puteri Layla membuka sedikit cermin kereta. Namun dia masih gagal melihat wajah orang itu. Puteri Layla terhendap hendap dari dalam kereta yang bercermin gelap itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/163715119-288-k396895.jpg)
YOU ARE READING
HADIRNYA DIA ✔
Romance◆◆◆ " DIA PLAYGIRL, SOMBONG, BERLAGAK BAGUS, PERASAN CANTIK DAN SEMUA YANG BURUK ADA PADANYA. TAPI BAGI AKU, DIALAH WANITA TERBAIK YANG PERNAH AKU JUMPA " Puteri Layla merasakan kehadiran Hilman Daniel dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musi...