Dengan berkaki ayam dan berjalan terhincut hincut, Puteri Layla menapak ke arah keretanya. Bibirnya terkumat kamit.
" apalah malang nasib aku harini, jumpa manusia macam tu!"
Puteri Layla mencampakkan kasut ke dalam kereta. Dia jadi serba salah untuk memasuki keretanya. Dicium bau badannya yang berbau busuk dan basah kuyup.
YA ALLAH, tak ada perkataan yang dapat menggambarkan betapa busuknya bau yang terpaksa dihidu. Dia hampir muntah. Seumur hidupnya, inilah kali pertama murtabatnya dijatuhkan sedemikian rupa. Tambah tambah lagi dia langsung tak bersalah dalam hal ni.
Orang tua tu yang telah mengambil kesempatan padanya. Salahkah dia memaki hamun orang tua tak sedar diri tu? Tak salah kan?
Sebab tulah dia tak suka orang miskin. Kerana orang miskin berkelakuan menjelikkan ! Huh !
Siaplah kau lelaki, aku akan adu pada daddy aku. Kau tengok la macam mana nasib kau lepasni. Kau ingat daddy aku akan berdiam diri setelah ape yang kau buat untuk anak dia macam ni? Huh ! Jangan harap !
Dengan rasa bengang, Puteri Layla masuk kedalam kereta. Dia terpaksa kerana tidak mempunyai pilihan. Dia tidak boleh berlama lama disitu. Keadaannya yang teruk itu hanya memalukannya. Dia perlu segera pulang untuk bersihkan diri.
Bumbung kereta dibuka. Puteri Layla menghidupkan enjin keretanya.
" hai, cik ikan?" Tiba tiba Puteri Layla disapa oleh satu suara yang menyakitkan hati, suara milik Hilman
Dengan hati yang membara, Puteri Layla menoleh ke sisi.
" hah! Apa kau nak lagi? Nak penampar ke? Ingat ada ubi ada batas, ada hari aku balas. Harini aku terkena, esok kau pulak!"
Panas hati Puteri Layla apabila lelaki itu menggelarkan dia 'cik ikan'
Hilman tersengih lebar
" saya ada habuan untuk cik ikan yang sungguh seksi."
Hilman mengangkat baldi di tangan lalu mencurah berpuluh puluh ekor ikan ke arah Puteri Layla sehingga habis satu baldi.
Kau rase?
Puteri Layla menjerit tidak cukup suara. Segala galanya bagaikan satu mimpi. Berlaku dalam sekelip mata.
" okeylah cik ikan, aku pergi dulu. Oh ya, aku nak bagi amaran kat kau. Kalau kau berani menengking nengking atok aku lagi, aku akan buat lebih teruk daripada ni. Dan satu lagi, jangan pernah terfikir di kepala otak kau tu untuk meraba atok aku lagi. Ingat dua perkara yang aku cakapkan ni baik baik!"
Selepas memberi amaran Hilman terus pergi dari situ dengan rasa bangga diatas perbuatannya.
" DADDY!!!!!!!"
Puteri Layla menjerit sekuat hati memanggil nama daddynya. Sudah tidak sabar sabar mahu pulang untuk mengadu tentang apa yang terjadi.
Tanpa sempat mencampakkan ikan yang memenuhi keretanya itu keluar, Puteri Layla terus memecut laju. Dia sungguh bengang!
Bau busuk yang mencucuk hidung menambahkan lagi bara di hati.
" busuk!!!"
Sebelah tangan Puteri Layla menggosok gosok hidungnya. Tentu wajahnya akan dinaiki jerawat kerana terkena air kotor ni.
Sepanjang memandu, Puteri Layla tidak habis habis menyumpah seranah. Tidak sabar untuk segera sampai ke rumah menyebabkan Puteri Layla memandu kereta mewahnya dengan agak laju.
Dia mengeluh apabila ternampak traffic light. Kelajuan keretanya dikurangkan. Lalu dia menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
" wah, banyaknya ikan! Cik adik jual ikan ke?"
Kedengaran suara mengusik singgah di cuping telinga Puteri Layla.
Muka Puteri Layla serta merta berubah merah pendam. Dia meneliti tempat duduknya yang dipenuhi ikan.
" berapa sekilo ikan tu, cik adik?" Tanya suara itu lagi.
Selepas itu kedengaran ketawa bergema kuat dari rakan rakan lelaki itu. Mungkin geli hati melihat wanita berkereta mewah dan bercermin mata hitam seperti itu sanggup menjual ikan.
Oleh kerana tidak dapat menahan hati, dia segera menoleh ke sisi. Dia mahu menghamburkan kata kata kesat untuk mereka. Tapi lidahnya kelu apabila sebuah Pajero berada di sebelah keretanya. Pajero itu dipenuhi kaum lelaki.
Seraup wajah yang cukup dikenalinya tertayang dihadapan biji mata.
Eh biar betul?!
Alamak!! Mana nak letak muka aku ni?!" oh, Puteri Layla rupanya." Ejek Zackry
Serentak itu ketawa rakan rakannya bergema lagi.
Puteri Layla sememangnya glamour di kalangan para lelaki. Puteri Layla adalah seorang playgirl . Gemar memainkan perasaan lelaki. Selepas dia berjaya menakluki hati mangsanya, dia akan tinggalkan mangsanya itu tanpa belas kasihan.
Dan untuk pertama kalinya dalam sejarah, Zackry telah berjaya mempermainkan hati Puteri Layla sebelum sempat Puteri Layla mempermainkan hatinya.
" eh playgirl jual ikan la!" Tempik satu suara
Puteri Layla sungguh marah dan rasa sungguh tercabar. Bagaikan dirasuk, dia mengambil beberapa ekor ikan yang berada di dalam keretanya lalu dibalingkan ke arah mereka.
" woi! Ape kau buat ni?!" Kedengaran jerit pekik lelaki lelaki itu
Untuk seketika, suasana dalam Pajero itu riuh rendah. Ikan ikan yang berada di dalam Pajero itu dilambung lambung dan masing masing menepis. Tidak sanggup dikotori oleh bau ikan itu.
Puteri Layla menekan satu butang, lalu bumbung keretanya tertutup kembali. Pemanduan diteruskan setelah lampu isyarat bertukar warna. Terasa mahu pecah lubang hidungnya bila seluruh ruang tidak lagi terdedah pada udara.
Hanya aircond saja yang membolehkan dia bernafas.
" malu aku macam ni ! Mana aku nak sorok muka aku kalau jumpa dorang lagi? Arghhh !" Ujar Puteri Layla sambil memukul mukul stereng kereta. Marah benar dirinya ketika itu
801 words ✨
im sorry. its kinda hambar. idea tak masuk gais. tunggu next chapter ye teman teman ✨

YOU ARE READING
HADIRNYA DIA ✔
Romansa◆◆◆ " DIA PLAYGIRL, SOMBONG, BERLAGAK BAGUS, PERASAN CANTIK DAN SEMUA YANG BURUK ADA PADANYA. TAPI BAGI AKU, DIALAH WANITA TERBAIK YANG PERNAH AKU JUMPA " Puteri Layla merasakan kehadiran Hilman Daniel dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musi...