Jam menunjukkan 5:11 petang. Jimin berserta eomma appa dan juga eomma appa Jira sedang menunggu sesuatu dengan berasa gelisah.
" Awak? Macam mana ni? " soal Puan Jeon kepada Tuan Jeon. Kenapa dengan mereka? Muka seperti cemas sahaja. Apatah lagi Jimin, mukanya pucat tambahan pula bibirnya yang begitu kering.
" Kita kena sabar dan tunggu respon dari doktor " jawab Tuan Jeon ringkas.
Beberapa orang datang menghampiri mereka.
" Jimin? " panggil seseorang dari mereka.
" Na Young? Hyung? " melihat di situ ada BTS dan juga Na Young.
Na Young adalah kawan baik mereka sejak sekolah rendah lagi. Na Young juga adalah kawan baik Jira tetapi mereka berpisah akibat perbuatan kejam yang dilakukan oleh JiA dan juga ChungNa.
" Jira macam mana? " soal Na Young risau dan berasa gelisah.
" Doktor tidak ada bagi khabar apa-apa lagi " jawab Jimin sayu. Dia takut kehilangan gadis itu. Dia tidak ingin jika Jira pergi terlebih awal.
" Jimin? Hyung nak cakap sekejap " kata Jin lalu keluar dari bilik menunggu.
Jimin membuka langkah lalu mengikut Jin dari belakang. Setelah Jin berhenti, Jimin juga berhenti. Jin memusingkan badannya dan menghadap Jimin.
" Hyung rasa hyung nak cancelkan plan kedua tu " kata Jin perlahan.
" Tapi kenapa ? "
" Sebab Jira dah semakin tenat. Kalau bukan disebabkan kehadiran JiA dan ChungNa, plan tu akan berhasil dan berjalan dengan lancar tapi " Jin mengeluh berat.
Dia tahu bukan mudah untuk membuat Jira keluar dari masalah ini semua.
" Hyung, trust me. Jimin akan buat semuanya kembali seperti dulu tapi bagi Jimin masa " kata Jimin bersungguh-sungguh.
Setelah lama berbual, mereka mengambil keputusan untuk kembali ke bilik menunggu .
Jimin melihat ke arah bucu bilik itu. Terlihat JiA yang sedang ketawa-ketawa melihat telefonnya bersama ChungNa.
ChungNa baru sahaja datang ke hospital sejam yang lalu. Itupun kerana JiA menelefonnya tadi. Tidak tahu lah apa lagi yang mereka ingin lakukan.
Jimin menggenggam penumbuk. Mahu sahaja dia membunuh kedua-dua yeoja itu. Dengan keadaan Jira yang sebegini, mereka still tersenyum and ketawa. Aishh hati tak memperikemanusiaan betul.
Jimin duduk di sebelah eommanya. Lalu diletakkan kepalanya di atas bahu eommanya.
" Eomma~ Chim takut " kata Jimin dengan sayu. Air matanya mahu sahaja terjatuh tetapi dia tidak mahu orang yang ada di dalam biliknya itu melihatnya.
" Chim kena sabar. Trust eomma, Jira akan selamat semasa pembedahan berlangsung "
Selepas mendengar kata-kata eommanya, dia teringat akan perkataan yang doktor sampaikan kepada mereka.
Flashback
" Penyakit yang dihadapinya telah mencecah tahap maksimum. Oleh itu, saya sarankan supaya dia perlu menjalankan sesi pembedahan otak untuk membuang darah beku dan juga tumor " jelas doktor Seo kepada mereka semua.
YOU ARE READING
HER - Pjm [SU]
RomanceStart; 7 oktober 2018 (Sunday) Just read. First FF yang Author Park buat kat akaun baru Author. Harap korang semua suka.. 😅