Hari ini adalah hari ke-3 Jira berada di hospital dengan keaadan tidak sedarkan diri lagi. Jimin pula sudah 3 hari tidak pergi ke sekolah kerana menemani Jira di hospital.
Eomma Jira menyuruhnya untuk pulang ke rumah tetapi dia masih berdegil sehinggakan semua orang tidak mahu menyuruhnya.
Dia berharap agar Jira sedar dan dia nak dia lah orang yang pertama Jira lihat ketika sedar nanti.
" Jira please lah bangun. Dah 3 hari kau tak sedar sedar " kata Jimin perlahan. Dia sangat merindui gadis itu. Tidak lama kemudian, air matanya jatuh apabila mengenangkan kisah-kisahnya bersama Jira.
'Kalau lah Jira ingat semua tu, aku tak nak kehilangan dia lagi' gumam hati Jimin.
Dia rasa yang Jira adalah seorang gadis yang unik. Ingat lagi semasa 3 tahun yang lepas, Jira selalu berusaha untuk membuatnya tersenyum.
Semasa Jimin dan Jira di primary school, Jimin adalah seorang lelaki yang sombong dan angkuh. Dia juga tidak suka bergaul di depan orang ramai.
Oleh itu, Jira berusaha membuatnya tersenyum dan bercakap di sekolah. Dan pada suatu hari, Jimin mengungkapkan perasaannya kepada Jira. Jira menerimanya dengan hati yang terbuka.
Tapi tidak lama kemudian, kakaknya, JiA yang baru sahaja keluar dari hospital sakit jiwa merosakkan segalanya.
JiA mengupah beberapa orang untuk membunuh Jira. Memandangkan keluarga mereka adalah dari keluarga yang berada, JiA menggunakan duit yang dimilikinya untuk menghancurkan hidup adiknya.
Kenapa JiA memperlakukan sebegitu? soalan yang sering Jimin menanyakan masih tidak dapat dijawab lagi.
" Ji--jimin? " suara yang serak itu mematikan lamunan Jimin. Jimin tersedar lalu dipandangnya susuk tubuh diatas katil.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Jira yang sudah tersedar selepas pembedahan yang dijalankan ke atas Jira itu berakhir.
" Jira? Kau dah sedar! kejap aku panggil doktor " kata Jimin lalu keluar dari wad Jira.
Setelah itu, doktor berserta jururawat datang memasuki wad Jira.
Jimin yang berada di belakang doktor itu berasa bersyukur kepada Tuhan kerana menyedari gadis yang dicintai dari koma ? pengsan ? k author tak tahu.
" Syukurlah dia sedar dengan keadaan yang stabil. Esok dia dah boleh keluar dari hospital " jelas doktor Seo kepada Jimin.
" Terima kasih Doktor! " kata Jimin kemudian menunduk hormat ke arah Doktor Seo
_______________________________________
Jimin melangkah masuk ke dalam wad Jira dengan membawa plastik yang berisi roti dan juga susu strawberry kesukaan Jira.
" Jira? makan ni. kau mesti lapar en " kata Jimin lalu menghulurkan roti dan susu tersebut kepada Jira.
Jira dengan perlahan mengambilnya tanpa mengeluarkan satu perkataan dari mulutnya.
" kenapa ? " soal Jira perlahan
" maksud kau? " soal Jimin pelik
" Kenapa kau rahsiakan semua ni dari aku? " soal Jira sambil menundukkan kepalanya ke bawah.
Jimin mengeluh dan terdiam seketika. Dia tidak tahu ingin bercakap apa? Dia tahu semua ni adalah salahnya kerana tidak memberitahu kepada Jira mengenai perkara sebenar.
Jira merasakan dirinya seperti dikhianati oleh semua orang. Dia juga ditipu bahawa bekas kekasihnya itu adalah Cha Eun Woo tapi sebenarnya bukan!
" Jimin, kalau kau just nak sakitkan aku lebih baik kau pergi je " kata Jira tanpa memandang ke arah Jimin.
" No! Aku tak nak kehilangan kau lagi " kata Jimin lalu memeluk tubuh Jira perlahan.
Dengan perlahan airmata Jira mengalir tanpa disedar.
" Lepaskan aku " kata Jira dengan suara yang serak
" Ji--jira? " Jimin tidak tahu mahu cakap apa lagi. Dia tahu jika Jira cakap apa yang diinginnya ataupun diarahnya, dia akan buat.
" Please lepaskan aku dan-- " Air mata Jira mula mengalir deras. Bahu nya terhinjut-hinjut akibat menangis.
" Lu--lupakan aku " Jimin yang mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut Jira itu memejamkan matanya lama. Hatinya seperti dipanah sebanyak seribu kali.
Dengan perlahan Jimin meleraikan pelukannya kemudian mengalihkan pandangannya dari melihat Jira.
Suasana sepi selama 10 minit. Tiba tiba pintu dibuka dan menampakan ahli BTS yang baru sahaja datang.
" Hey yow whatsup? " kata Jhope yang baru sahaja masuk ke dalam wad Jira.
Dia mula mendekati Jimin dan dilihatnya mata Jira yang bengkak akibat menangis.
" Kenapa? " soal Jhope pelik.
Jin yang tersedar dengan keadaan Jira dan Jimin, menarik tangan Jhope kebelakang.
" Tak payah banyak tanya. Tak perasan ke yang mereka tu macam ada something wrong " bisik Jin kepada Jhope.
Jhope yang mendengarnya mula menutup mulutnya. Dia tahu akan kesalahannya.
" Hyung? Aku nak balik dulu. Korang jaga Jira ea " kata Jimin lalu beredar dari wad Jira.
Jira yang masih lagi diam itu menggenggam selimutnya dengan kuat. Dia juga rasa dirinya tersakiti apabila bercakap sebegitu kepada Jimin.
___________________________________________
Jimin dengan perlahan menuju ke keretanya. Dirinya seperti tidak bermaya sahaja apabila Jira bercakap sebegitu kepadanya.
Melupakan seseorang yang kita sayang memang susah dan rasa kehilangan itu sakit.
Jimin tidak mahu kehilangan Jira. Dia sayang sangat dengan Jira. Jira adalah cinta pertamanya. Mana mungkin mudah dia melupakan cinta pertamanya.
_______________________________________
HAAA?! aigooo. apa yang terjadi ni? aishh sakit kepala aku. sorry lambat publish guys. busy sgt.
jgn lupa -:
+vote
+comment
+share
YOU ARE READING
HER - Pjm [SU]
Lãng mạnStart; 7 oktober 2018 (Sunday) Just read. First FF yang Author Park buat kat akaun baru Author. Harap korang semua suka.. 😅