How To Explain? - Nine

25 2 0
                                    

Jimin menuju ke kelas 2A-1. Dia memasuki kelas itu tanpa dipelawa. Dilihatnya satu tempat kosong yang berada di tepi tingkap.

" Jira eodi? " Tanya Jimin kepada salah satu pelajar di dalam kelas.

" Saya nampak dia ada kat rooftop dengan Chungna tadi " celah salah satu pelajar yang baru sahaja masuk ke dalam kelas.

Jimin tanpa bercakap banyak, dia menuju ke atas rooftop.

Setelah dia naik atas rooftop, dia terlihat Jira yang telah terlantar di lantai rooftop itu.

" Jira!! " jerit Jimin dan mendekat Jira.

" Ji-jimin? " panggil Jira lemah.

Jimin dengan segera mengangkat Jira gaya bridal style dan menuju ke bilik UKS.

Jimin meletakkan Jira di atas katil lalu dipanggilnya doktor yang menjaga bilik tersebut.

Doktor Seo pun masuk dan memeriksa keadaan Jira

" Dia kenapa? " soal Doktor itu pelik apabila melihat keadaan Jira yang lemah dan dilihatnya bibir Jira yang pecah. Mungkin akibat tamparan atau tumbukkan dari orang lain.

Jimin mengangkat bahunya. " Saya tidak tahu doktor, saya nampak Jira dah baring kat lantai rooftop tadi " jelas Jimin.

________________________________________

Otak Jimin masih memikirkan tentang Jira yang sekarang masih tidak sedarkan diri di bilik UKS. Pelajaran yang Cg. Song ajarkan diendahnya. Dalam otak dia hanya satu fikiran sahaja iaitu JEON JI RA.

Banyak persoalan yang membuat otak Jimin bercelaru.

' Dia dah sedarka? '

' Siapa yang buat dia sampai macam ni? '

' ChungNa?! JiA?! EunWoo?! '

Otak dia tiba-tiba terfikir sesuatu yang TIDAK MUSTAHIL. Mungkin Chungna, JiA atau EunWoo yang lakukan itu.

" Saem? " Jimin mengangkat tangan supaya dapat dilihat oleh cg. Song

" Nae? " sahut Cg. Song

" May I go to the toilet ? " soal Jimin kepada Cg. Song merangkap guru mata pelajaran English.

" Sure you can "

Tanpa bercakap banyak, Jimin menuju keluar dan pergi ke lorong di mana bilik UKS terletak.

Dia masuk perlahan-lahan lalu menuju ke katil dimana Jira baring. Tetapi dia terhenti seketika apabila dia terlihat JIA?! yang duduk di sebelah JiRa.

" Kenapa kau tak pandai mati-mati ha?! " soal JiA kepada JiRa yang masih tidak sedarkan diri.

" Kau tahu tak? Aku kumpul-kumpul plan ni untuk tengok kau MATI. Tapi kau TAK PANDAI NAK MATI! " Geram JiA dibuatnya. Tangan dia mula berkeliaran ke leher JiRa lalu dicengkamnya leher JiRa sekuatnya.

Jimin yang melihat kejadian itu mula menuju ke arah mereka lalu memegang lengan JiA yang ingin sahaja membunuh JiRa.

" Kau?! " Muka Jimin dah merah apabila dilihatnya perbuatan JiA yang begitu kejam dengan JiRa.

" Ji-Jimin?! " JiA terkejut lalu dia meronta-ronta ingin melepaskan dirinya dari Jimin.

" Kau kenapa ea selalu buat Jira terseksa? HAA?! "Soal Jimin amarah. Digenggam kuatnya lengan JiA sehinggakan...

HER - Pjm [SU]Where stories live. Discover now