Prolog

1.9K 133 30
                                    

A date which will live in infamy. ~ Franklin D Roosevelt

Beberapa hari sebelum 8 Disember 1941...

TINJAUAN udara oleh pesawat peninjau Lockheed Hudson, milik Tentera Udara Diraja Australia sekitar Teluk Siam berjaya mengesan satu pergerakan besar-besaran konvoi tentera Jepun dari Indo-China dan Saigon menuju Nakhon Sri Thamarat, Patani dan Sanggora. Pergerakan dari darat dan laut tersebut cuba memasuki Tanah Melayu melalui Siam. Isyarat jelas bahawa perang bila-bila masa bakal meletus. Inggeris menjangkakan jangka masa yang lebih lama diambil pihak Jepun untuk bertempur dengan Siam. Malangnya andaian itu tersilap, apabila Siam bersetuju memberikan laluan kepada Jepun setelah beberapa jam bertempur sahaja.

Lewat tengah malam tanggal 7 Disember 1941, beberapa orang pengawal pantai berketurunan Punjabi yang dirantai kakinya di kubu-kubu di pinggir perairan Pantai Sabak ternampak beberapa bayangan besar dalam anggaran jarak tiga kilometer dari Pantai Sabak. Kapal-kapal pengangkut Tentera Laut Imperialis Jepun (IJN) iaitu Awazisan Maru, Ayatosan Maru, dan Sakura Maru bersama beberapa lagi kapal termasuk kapal penjajap Sendai, kapal pembinasa (Ayanami, Isonami, Shikinami, dan Uranami), kapal penyapu periuk api serta kapal pengesan kapal selam yang membawa ribuan tentera Jepun yang berpengalaman - sudah siap siaga untuk melancarkan serangan. Beberapa minit kemudian, peluru-peluru meriam kedengaran berterbangan di atas kepala mereka. Isyarat Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik bermula pada tarikh 8 Disember 1941.

Operasi Matador akhirnya dilancarkan oleh Jeneral Heath pada tarikh tersebut yang sebelum itu beberapa kali tertangguh. Operasi itu dilancarkan sebaik mengetahui khabar tentang betapa sengitnya pertempuran yang sedang meletus di perairan Pantai Sabak. Daripada operasi itu, Lapangan Terbang Pengkalan Chepa yang dikuasai Jepun berjaya dibakar oleh pihak Inggeris menyebabkan ramai tentera Jepun terbunuh. Malah bukan hanya itu, dua butir bom seberat 250 paun juga berjaya digugurkan ke atas kapal pengangkut MS Awazisan Maru yang berada beberapa kilometer dari perairan Pantai Sabak. Satu-satunya kapal pengangkut Jepun yang berjaya ditenggelamkan oleh pihak Inggeris.

Beberapa hari kemudian, pihak Jepun membalas balik kekecewaan mereka apabila sepuluh kapal terbang tentera udara Jepun berjaya menenggelamkan dua buah kapal laut kebanggaan Inggeris; HMS Prince of Wales dan HMS Repulse di Laut China Selatan berhampiran Kuantan. Kedua-dua kapal itu cuba menyekat kemaraan konvoi Jepun yang sedang menuju ke arah Selatan. Kedua-duanya musnah dalam serangan pasukan kamikaze tentera udara Jepun. Dengan tenggelamnya dua buah kapal perang tersebut, Tanah Melayu benar-benar telah terdedah kepada serangan laut oleh pihak Jepun. Dan situasi ini sekali gus memudahkan Jepun melancarkan serangan demi serangan.

Dan hari-hari berikutnya, Inggeris ternyata tidak mampu lagi bertahan setelah satu demi satu lapangan terbang di beberapa tempat berjaya dikuasai Jepun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dan hari-hari berikutnya, Inggeris ternyata tidak mampu lagi bertahan setelah satu demi satu lapangan terbang di beberapa tempat berjaya dikuasai Jepun. Seterusnya merancakkan lagi serangan Jepun daripada udara. Ramalan Inggeris yang mengatakan Jepun bakal melancarkan perang ke atas Singapura terlebih dahulu, tersasar sama sekali. Sebaliknya kedudukan negeri-negeri bersempadan dengan Siam terlebih dulu menjadi sasaran pihak Jepun.

Serangan serentak pada hari sama ke atas Pulau Pearl Harbour, Hawaii serta negara-negara rantau Asia Pasifik ialah strategi luar jangka yang memeranjatkan negara-negara kuasa besar dunia termasuk Amerika Syarikat.

××× ❇🌺❇ ×××

21.10.2018

Secara jujur author agak berdebar nak tulis cerita ni.

Pertama : Latar sejarah Tanah Melayu ini ramai yang arif berbanding sejarah tentang tamadun Mesir. Jika ada mana-mana fakta tersilap, segeralah tegur ye.

Kedua : Author bukan major dalam Sejarah (ramai yang dah salah faham). Author belajar Sejarah pun zaman sekolah saja tau.

Ketiga : Cerita ini mungkin ada sesetengah partnya sedih. Jadi author sudah ingatkan awal-awal ni ye.

SURAT-SURAT DARI NAGASAKI (Terbit)Where stories live. Discover now