GENAP LIMA tahun Aralyn Naqiba berada di bumi matahari terbit iaitu Jepun. Lima tahun berada di sana mengajar Aralyn erti berdikari walaupun sejak dari kecil lagi dia hidup sendiri. Melarikan diri ke Jepun setelah dihalau dan juga mengubati hati yang dilukai tidak mudah bagi Aralyn untuk bangkit kembali. Mengambil masa dua tahun untuknya teguh berdiri seperti hari ini.
Aralyn bersyukur kerana keputusannya yang cemerlang membolehkan dia untuk menyambung masternya di situ dan juga bekerja di sana untuk menampung hidupnya di sana. Hari ini, seperti biasa Aralyn akan masuk ke pejabat tepat pada waktunya. Masyarakat di Jepun sangat menepati masa bukan seperti di Malaysia.
"Miss Ara... Mr Shin wants to meet you." Beritahu setiausaha Mr Shin kepada Aralyn.
"Okay. Thank you." Angguk Aralyn dan berlalu ke pejabat bosnya. Aralyn mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Setelah mendapat kebenaran barulah dia melangkah masuk.
"Yes, Mr Shin." Ujar Aralyn sambil tersenyum kepada bosnya yang sepet itu.
"Have a seat Ara. I have something to discuss with you," suruh Mr Shin yang berumur dalam lingkungan 30-an. Sangat fasih berbahasa Inggeris dan senang untuk Aralyn berkomunikasi.
Keluar saja dari pejabat Mr Shin, Aralyn melepaskan keluhannya. Mr Shin memintanya untuk pulang ke Malaysia? Uruskan anak syarikat di sana. Mr Shin ingin dia menjadi CEO di sana. Tapi kenapa dia? Banyak lagi calon lain dan dia juga menjadi pilihan Mr Shin.
Mahu tolak tetapi tidak sampai hati kerana Mr Shin meletakkan sepenuh kepercayaan padanya. Dan terpaksa Aralyn bersetuju kerana dia sudah banyak terhutang budi pada Mr Shin.
Aralyn melangkah ke tempat kerjanya. Memikirkan kata-kata Mr Shin padanya.
"I believe you Aralyn. I know you can be a great leader and manage my company in Malaysia very well."
Kata-kata itu menujukkan betapa Mr Shin sangat yakin akan kebolehannya untuk menguruskan syarikat di sana tetapi sudah bersediakah dia untuk pulang ke Malaysia?
NOTA KAKI : Hi, semua. this is my new story. Do vote and comment if you want next entry ;) Dan untuk cerita ni Cik AH masih lagi belum buat keputusan untuk stay dengan tajuk ni atau tukar tajuk lain. Dan juga nak buat cerpen or zine?
Tulusly,
WinterLove (AH).
YOU ARE READING
HURT SERIES 2 : AKU, KAU LUKAI [EBOOK]
Romance[STATUS: COMPLETED-EBOOK] Mahligai yang diimpikan berkekalan hingga ke akhirnya, tidak menjadi kenyataan. Aralyn dicurangi oleh suami sendiri malah dijatuhkan talak. Perginya Aralyn membawa diri dan hati yang terluka jauh dari yang lain. Lima tahun...