BAB 2

1.8K 80 15
                                    

SETIBANYA di rumah Farah, Aralyn mengangkat Adib yang sudah lena. Letih barangkali anak lelakinya itu sampai tertidur. Dan selepas itu membawa keluar bagasi-bagasinya yang berada di dalam boot kereta milik Farah.

"Beb! Kau buat macam rumah sendiri ya. Kalau lapar, bahan mentah ada dalam peti ais. Tak pun, kau order pizza ke. Aku nak naik mandi. Lepas maghrib nanti aku nak kena gerak dah."

Pesan Farah. Tidak sempat hendak memasak untuk Aralyn memandangkan dia ada dinner meeting dengan clientnya.

"Yalah. Kau jangan risaukan aku. Pandailah aku bawa diri nanti." Balas Aralyn. Merebahkan diri di atas sofa, di sebelah anak lelakinya yang sedang lena.

"Oh, bilik kau yang kedua dari tangga." Beritahu Farah sebelum berlalu ke tingkat atas.

Aralyn melepaskan lelahnya buat seketika sebelum membuat keputusan untuk mengangkat bagasi-bagasinya ke tingkat atas. Hampir masuk waktu maghrib, jadi lebih baik dia bersihkan diri terlebih dahulu. Dia mengangkat Adib menuju ke tingkat atas. Ingin ditinggalkan di ruang tamu, bimbang anaknya akan menangis nanti.

Ciuman dilabuhkan pada ubun-ubun Adib sebelum Aralyn melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai menunaikan solat, Aralyn membaca al-quran sementara menunggu waktu isyak. Sejak Allah mengujinya, dia sedar akan sesuatu, dahulu dia jauh dari Allah dan sekarang di kembali mendekati sang Pencipta kembali.

"Ibu." Suara anak kecil yang memanggilnya, membuatkan Aralyn berpaling ke belakang dan melangkah ke katil. Sejadah diletakkan di birai katil.

"Ya sayang. Sayang ibu dah bangun. Lapar ke?" kepala Adib diusap.

"Hmmm... Adib lapar. Nak makan nasi goreng cina." Angguk Adib sambil mengusap perutnya.

"Boleh tapi Adib kena mandi dulu. Masam bau anak ibu ni." Usik Aralyn.

"Baik ibu." Adib turun dari katil. Aralyn menghulurkan tuala kepada anak lelakinya. Adib sudah biasa mandi sendiri, jadi dia tidak perlu risau atau mandikannya anaknya.

"Ibu turun bawah dulu ya. Nanti Adib cari ibu di dapur." Pesan Aralyn kepada Adib.

"Baik, ibu."

Setibanya di dapur, Aralyn memerhati keadaan dapur Farah. Barang-barang tersusun elok dan kemas. Jadi tidak susah untuknya mencari barang nanti. Peti sejuk di buka. Ingin melihat apa yang ada di dalamnya.

Ayam dan udang dikeluarkan dan diletakkan di atas kabinet berdekatan dengan sinki. Aralyn mula menyediakan bahan-bahan untuk membuat nasi goreng cina kepada anak lelakinya.

"So, sampai di sini saja perbincangan kita. Thank you Mr Aidan because wants to cooperate with us." Ucap Farah pada Aidan sambil menghadiahkan senyuman kepada lelaki itu.

Perkara yang dia tidak sangka ialah Aidan merupakan client syarikatnya. Terkejut juga tetapi memikirkan melibatkan kerja, dia harus bersikap profesional.

"Welcome Miss Farah." Balas Aidan.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, I minta diri dulu." Farah memandang jam tangannya yang sudah menunjukkan angka 11 malam.

"Errr... Farah. Can I ask you something." Farah tidak jadi hendak bangun apabila Aidan menyeru namanya kembali.

"Yes. Apa dia?" soal Farah. Beg tangannya di letak kembali.

"Aralyn dah balik Malaysia ke?"

Soalan dari Aidan membuatkan Farah membisu seketika. Tidak sangka yang Aidan akan bertanya tentang Aralyn.

"Errr... yes." Teragak-agak Farah hendak menjawab. Hendak menipu, itu bukan dia. Dia tidak suka menipu.

"Jadi, betullah apa yang I nampak petang tadi di KLIA." Ujar Aidan.

HURT SERIES 2 : AKU, KAU LUKAI [EBOOK]Where stories live. Discover now