NOTE: Ini adalah versi baru. Ada penambahan dan perubahan. Selamat membaca.
HARI INI genap setahun Aidan dan Aralyn berkahwin. Aralyn bercadang hendak menyambutnya di rumah dengan memasak makanan kegemaran suaminya. Dan Aidan tidak tahu bahawa dia sudah balik dari outstation hari ini. Aralyn memandu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Ah! Biarlah orang yang memandang hendak mengatakan dia gila. Ini kerana ada khabar gembira dia ingin sampaikan kepada suaminya.
Pagi tadi, dia membawa dirinya ke klinik sebelum bertolak pulang ke rumah mereka yang terletak di Damansara. Tidak sangka bahawa doktor mengkhabarkan bahawa dia mengandung lima minggu. Tidak sabar hendak memberitahu suaminya. Keretanya diletakkan di sebelah kereta Aidan. Dia keluar kereta dengan wajah yang tidak lekang dengan senyuman tetapi senyumannya mati sebaik saja melihat selipar wanita yang pastinya bukan milik dia.
Pintu rumah dibuka dengan perlahan. Dia masuk ke dalam rumah tanpa menghasilkan sebarang bunyi. Ruang tamu kosong. Kaki Aralyn melangkah ke ruang atas dengan menuju ke bilik tidur utama penuh dengan debar. Entah mengapa hatinya berdebar dan rasa tidak sedap. Seperti perkara buruk bakal berlaku.
Pintu bilik master bedroom dibuka dan matanya terbuntang melihat ada wanita lain di sebelah suaminya.
"Aidan!" jerit Aralyn lantang. Terbuntang matanya ketika itu. Kaku berdiri menatap sang suami bersama dengan perempuan lain di atas katil mereka. Saat itu air matanya sudah keluar. Sakit hati apabila dicurangi suaminya di depan matanya.
"Aralyn!" Aidan bingkas bangun dari tidurnya. Nampak gelabah kerana perbuatannya sudah terbongkar barangkali. Perempuan di sebelah suaminya juga turut bangun. Tidak sangka ini kegiatan Aidan sepanjang dia tiada di sini. Hancur luluh hati dia saat ini.
"I can explain this." Aidan cuba menggapai tangan Aralyn tetapi Aralyn menjauh. Tidak rela di sentuh. Terasa jijik.
Air mata dikesat dengan kasar. Kenapa dia perlu menangis? Lelaki tak guna macam ini, sia-sia saja dia keluarkan air mata.
"I don't need explanation from you but we need to talk!" Laju kaki Aralyn turun ke bawah kerana sudah tidak betah melihat keadaan suami dan wanita itu tanpa sebarang pakaian. Hatinya sangat sakit ketika itu. Terluka.
Dapur tempat yang dia tuju sebaik saja kakinya menjejaki lantai yang berkilat itu. Air putih diteguk dengan rakus sekali. Cuba menenangkan hatinya yang sedang panas.
Ketika Aralyn keluar dari situ, kelihatan Aidan sudah berada di ruang tamu. Lengkap berpakaian. Wanita tadi sudah tiada. Sudah angkat kaki barangkali. Ah! Biarlah, dia tidak mahu ambil kisah lagi.
"Aralyn." Aidan cuba menyentuhnya tetapi pantas Aralyn menepis tangannya. Cukup benci Aralyn rasakan ketika ini. Jijik dengan Aidan.
"I hate you!" jerit Aralyn penuh emosi. "Kau curang dengan aku!" sudah tiada lagi panggilan 'abang' untuk Aidan. Tangan Aralyn yang cuba untuk menampar dada Aidan dihalang oleh lelaki itu. Lantas Aidan menolak Aralyn sehingga wanita itu beranjak ke belakang.
"Baguslah kalau kau dah tahu semua ini. Tak perlu untuk aku sorok lagi." Tiba-tiba Aidan lantang bersuara tanpa memikirkan perasaan Aralyn yang sememangnya sangat sakit ketika itu.
Terkejut Aralyn dengan pengakuan Aidan. Oh! Jadi selama ini dia ditipu hidup-hidup la? Tak guna punya jantan!
"Kau! Lelaki tak guna!" jerit Aralyn. Cuba untuk menampar Aidan tetapi lelaki itu menolaknya sehingga terjatuh di atas sofa.
"Suka hati kaulah nak panggil aku lelaki tak guna ke apa. Yang penting, aku tak cintakan kau lagi. Kau hanya tempat pemuas nafsu aku. Tak ubah seperti pelacur."
Pang!
Menggigil tangan Aralyn selepas menampar pipi kanan Aidan. Hatinya sakit dengan hinaan Aidan. Sinis sekali kata-kata lelaki itu.
"Aku bencikan kau!" tekan Aralyn menentang mata Aidan dengan tajam. Betapa bencinya dia pada lelaki yang berdiri di depannya saat ini.
"Ceraikan aku!" pinta Aralyn dengan air mata yang mengalir semakin laju. Hatinya tidak kuat lagi untuk bertahan. Walaupun dia tahu yang ketika ini dia sedang mengandung namun dia sudah tidak punya hati untuk menyampaikan berita gembira itu kepada Aidan.
Lebih baik Aidan tidak tahu yang dia sendang mengandung ketika ini.
"Baik! Aku akan tunaikan permintaan kau!" Rasa tercabar dengan permintaan isterinya, akhirnya Aidan melafazkan talak kepada wanita yang pernah bertakhta di hatinya.
"Aralyn Naqiba Binti Ahmad, aku ceraikan kau dengan talak satu! Berambus kau dari sini! Jangan muncul lagi depan aku!"
Halau Aidan selepas melafazkan cerai pada Aralyn. Aidan melangkah keluar dari situ dan menutup pintu rumah dengan kasar sehingga terangkat bahu Aralyn. Tidak lama kemudian, kedengaran kereta Aidan meninggalkan halaman rumah.
Air mata Aralyn keluar tanpa segan silu sebaik saja Aidan menceraikan dia. Ternyata lelaki itu tidak mencintai dia lagi. Ternyata cinta saja tidak cukup jika tiada kesetiaan. Kenapa suaminya berubah? Sedangkan sebelum dia outstation, hubungan mereka masih baik. Ya, masih baik tapi dia ditipu hidup-hidup oleh lelaki tak guna seperti Aidan Syauqi.
"Abang, sanggup buat Lyn macam ni!"
"Lyn bencikan abang!"
Aralyn mengesat air matanya. Dia perlu beredar dari sini. Cepat-cepat dia bangun dari situ dan menuju ke biliknya. Dikemas barang-barang miliknya dan barang-barang yang diberikan oleh Aidan, dia tinggalkan di situ. Dia tidak ingin membawa pergi harta lelaki itu sekali.
Bagasi dimasukkan ke dalam keretanya. Lama Aralyn memandang rumah itu. Banyak kenangan manis di rumah ini. Ah! Dia perlu lupakan semua itu. Sudah tiada makna lagi untuknya!
Cepat-cepat Aralyn masuk ke dalam kereta dan meninggalkan rumah itu. Walaupun dia terluka tetapi dia perlu teruskan hidupnya untuk anak yang dikandungnya sekarang. Biarlah Aidan tidak tahu akan kewujudan anaknya. Itu lebih baik.
Dia perlu kuat! Lupakan lelaki tidak guna itu dan mulakan hidup baru. Walaupun susah tetapi dia perlu cuba.
p/s: Don't forget to vote and comment.
Tulusly,
HezyRose.
YOU ARE READING
HURT SERIES 2 : AKU, KAU LUKAI [EBOOK]
Romance[STATUS: COMPLETED-EBOOK] Mahligai yang diimpikan berkekalan hingga ke akhirnya, tidak menjadi kenyataan. Aralyn dicurangi oleh suami sendiri malah dijatuhkan talak. Perginya Aralyn membawa diri dan hati yang terluka jauh dari yang lain. Lima tahun...