ARALYN turun ke bawah untuk membantu ibu mentuanya memasak. Tadi, Aralyn sudah berjanji hendak memasak bersama dengan Puan Sri Maria. Ketika Aralyn melangkah masuk ke ruangan dapur, Puan Sri Maria dan adik bongsu Tan Sri Kamil sedang menyediakan bahan-bahan masakan. Memandangkan dua orang lagi adik Tan Sri Kamil akan pulang petang nanti, jadi hari itu mereka memasak bersama-sama.
"Ha! Dah turun pun Lyn. Come here, dear." Panggil Puan Sri Maria sebaik saja melihat Aralyn melangkah masuk ke ruangan dapur.
"Maaf mami Lyn turun lambat. Tertidur tadi." Beritahu Aralyn. Dia menarik kerusi untuk duduk di sebelah ibu mentuanya.
"Tak mengapalah. Mami pun baru nak sediakan bahan-bahan ni. Masih awal lagi." Balas Puan Sri Maria. Tadi, Aralyn ada berjanji hendak memasak lauk kampung hari ini. Dia sudah tidak sabar hendak merasa air tangan menantunya lagi.
"Lyn kerja dengan Aidan ke nanti?" tanya adik bongsu Tan Sri Kamil, Khatijah atau lebih mesra dengan panggilan mak su.
"Tak. Lyn kena uruskan syarikat yang bos Lyn amanahkan." Beritahu Aralyn. Nasib baik mak su Khatijah menerimanya dengan baik. Layanan adik-beradik Tan Sri Kamil ke atasnya sangat mesra. Tidak kurang daripada sebelum ini walaupun sudah lama mereka tidak bertemu mata.
"Oh! Mak su suka dengan semangat Lyn. Bangkit dan tidak bergantung pada suami sendiri. Lagi-lagi lepas mak su dengar cerita Lyn selama Lyn menghilang lima tahun. Semoga Lyn sentiasa kuat ya, nak. Dunia ini terlalu kejam dan Lyn kena sentiasa berhati-hati. Mak su doakan rumah tangga Lyn dan Aidan berkekalan hingga ke akhirnya."
Kata-kata positif mak su Khatijah membuatkan Aralyn tersenyum.
"Amin." Balas Aralyn. Sambil berbual, sambil menyediakan bahan-bahan masakan. Hari itu, riuh dapur dengan gelak tawa mereka.
Pada tengah hari itu, mereka menjamu selera beramai-ramai. Tan Sri Kamil tersenyum gembira kerana dapat berkumpul beramai-ramai. Jarang sekali mereka dapat berkumpul bersama-sama memandangkan masing-masing sibuk bekerja.
"Sayang, abang nak sayur kailan tu." Sengaja Aidan mengada-ngada dengan Aralyn walaupun sayur kailan berada tidak jauh darinya.
Aralyn memandang Aidan sekilas sebelum mengambil sayur itu dan meletakkan ke dalam pinggan Aidan. Ikutkan saja permintaan Aidan demi menjaga air muka suaminya. Aralyn tidak mahu Aidan mendapat malu dan yang lain tahu akan masalah mereka.
Tan Sri Kamil dan Puan Sri Maria serta yang lain tersenyum melihat kemesraan Aidan dan Aralyn walaupun pada hakikatnya mereka berdua masih lagi berperang dingin.
"So, Aidan nak pergi honeymoon di mana?"
Soalan dari Tan Sri Kamil turut menarik minat yang lain. Mereka menunggu jawapan dari Aidan.
"Belum tahu lagi walid. Kami belum berbincang lagi. Lagipun, Aidan sibuk sekarang ni. Projek baru masuk." Balas Aidan. Dia ada terfikir untuk pergi berbulan madu tetapi biarlah hubungan dia dan Aralyn baik terlebih dahulu. Tidak mahu berbulan madu dalam keadaan Aralyn dingin dengan dia.
YOU ARE READING
HURT SERIES 2 : AKU, KAU LUKAI [EBOOK]
Romance[STATUS: COMPLETED-EBOOK] Mahligai yang diimpikan berkekalan hingga ke akhirnya, tidak menjadi kenyataan. Aralyn dicurangi oleh suami sendiri malah dijatuhkan talak. Perginya Aralyn membawa diri dan hati yang terluka jauh dari yang lain. Lima tahun...