SUDAH masuk dua bulan Aralyn mengalas tugas sebagai pengurus dan semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun masih banyak yang dia perlu pelajari untuk menguruskan sebuah syarikat tetapi dengan ilmu dan pengalaman yang dia miliki, meringankan sedikit bebannya.
"Miss Ara, today we have meeting with Diamond Holding. And it's a lunch meeting." Seperti biasa, Diana menjalankan tugasnya sebagai PA kepada Aralyn.
"Itu saja untuk hari ini." Ujar Diana.
Aralyn menarik nafas lega kerana hari ini dia perlu menghadiri satu mesyuarat sahaja. Dan dia telah pun berjanji dengan Adib untuk menyambut hari lahir anak terunanya itu.
"Okay. Hari ini saya ambil half day." Beritahu Aralyn kepada Diana.
"Baik Miss Ara." Angguk Diana dan berlalu keluar setelah Aralyn mengizinkannya untuk keluar.
Tepat jam 11.30 pagi, Aralyn keluar dari ofisnya. Dia menuju ke keretanya. Nasib baik Farah mendesaknya untuk membeli kereta. Kalau ikutkan hatinya, lebih selesa naik pengangkutan awam tetapi fikirkan kerap kali keluar meeting di luar, terpaksa juga dia beli kereta.
Kereta dipandu menuju ke restoran lima bintang. Aralyn bertolak awal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya memandangkan sebentar lagi masuk waktu makan tengah hari.
Pelayan menunjukkan tempat kepada Aralyn. Tempat yang sudah ditempah khas oleh clientnya. Dia hanya perlu sebut nama syarikat sahaja. Curious pula siapalah pemilik Diamond Holding itu?
Aidan dan Aimi melangkah masuk ke restoran lima bintang itu. Dan ketika itu Aralyn duduk membelakanginya.
"Sorry Miss. We are late." Suara garau Aidan menyapa gegendang telinga Aralyn.
Suara itu! Tetapi tidak mungkin dia. Aralyn berpaling ke sisi kirinya dan saat itu matanya jelas menunjukkan dia terkejut. Kenapa sekarang dia perlu bertemu dengan lelaki itu?
Aidan!
"Aralyn." Panggilan Aidan mengembalikan Aralyn dari rasa terkejutnya.
"Errr... have a seat Mr Aidan and Miss Aimi." Pelawa Aralyn. Dia bersalaman dengan Aimi. Dia perlu bersikap profesional. Tidak mencampur-aduk masalah peribadi dengan kerja.
Aidan mengambil tempat bertentangan dengan Aralyn manakala Aimi duduk di sebelah Aidan.
Cuba berlagak tenang dan dia berasa sedikit kekok ketika itu. Tetapi demi kerja, Aralyn kuatkan juga hatinya. Mereka memulakan perbincangan. Aralyn kelihatan sangat serius dengan kerjanya.
Dari tadi Aidan merenung Aralyn. Dan kata-kata Aralyn tentang kerja ibarat angin yang lalu saja. Matanya lebih fokus pada Aralyn. Dia sangat rindukan wajah itu. Ingin disentuh tetapi mereka sudah tiada ikatan. Betapa bodohnya dia kerana menceraikan isteri sebaik Aralyn.
"Along!" Aimi menepuk lengan Aidan. Boleh pula abangnya berangan. Dah la tenung wajah Aralyn macam nak tembus.
"Apa?" Aidan berpaling ke arah Aimi.
"Setuju tak dengan cadangan kak long?" soal Aimi. Dia sudah terbiasa memanggil Aralyn dengan panggilan kak long. Jadi, sedikit kekok untuknya menukar panggilan itu.
"Setuju apa?" soal Aidan bingung. Itulah lain kali berangan lagi.
"Tentang konsep ini, Encik Aidan." Aralyn menghulurkan kertas kepada Aidan supaya lelaki itu boleh teliti dengan baik cadangannya.
Kertas yang dihulurkan oleh Aralyn disambut. Aidan mula fokus kembali pada kerjanya.
"Setuju." Aidan memberi kata putus.
"Baik. Kalau macam tu, esok saya akan hantar wakil ke Diamond Holding untuk Encik Aidan sign kontrak." Ujar Aralyn dalam nada formal.
"Okay." Aidan dan Aimi mengangguk serentak.
"Kalau macam tu saya minta diri dulu." Aralyn sudah berura-ura untuk pergi dari situ kerana dia tidak betah dengan pandangan Aidan padanya. Dan dia juga berasa tidak selesa. Dia ingin cepat-cepat angkat kaki dari situ.
"Makanan belum sampai lagi. Kita makan dulu." Aidan menahan Aralyn bangun dari duduknya itu.
"It's okay. I can eat later." Balas Aralyn.
"No. I dah tempah makanan untuk kita. I dan Aimi tak mampu nak habiskan semaunya," ujar Aidan. Dia tidak mahu Aralyn pergi dari situ. Belum puas dia menatap wajah bekas isterinya.
"Betul tu kak long. Aimi ni bukannya makan banyak sangat." Sampuk Aimi yang diam sejak tadi. Sengaja memberi ruang pada abangnya dan bekas kakak iparnya untuk berbual. Mana tahu, mereka boleh berbaik semula.
"Errr... baiklah." Akur Aralyn. Terpaksa mengalah.
"Five years you dissapear. Where you have been, Lyn?" soalan dari Aidan membuatkan Aralyn mengangkat kepalanya dari melihat iPhone ditangannya.
"It's not your matter. Mind your own business, Mr Aidan." Balas Aralyn. Dia tidak mahu Aidan bercakap tentang perkara lepas. Dan dia sudah lupakan lelaki itu.
"I miss you, Lyn." Tanpa segan silu Aidan mengaku dia rindukan bekas isterinya. Dan dia tidak malu untuk mengaku itu walaupun di depan adiknya sendiri.
Terkaku Aralyn dengan pengakuan Aidan. Sudah gila agaknya lelaki di depannya ini.
"Pardon me. I rasa you salah orang. I bukan sesiapa pada you." Ujar Aralyn tanpa perasaan. Agak terkesan dengan pengakuan Aidan tetapi cepat-cepat dia membuang rasa itu.
"No. I really miss you. Lima tahun I cari you sayang tapi tidak dapat dijejaki. You hilang tanpa jejak." Luah Aidan. Dipandang wajah Aralyn. Sungguh, dia rindukan bekas isterinya itu.
"Untuk apa you cari I? Bukankah you sendiri yang minta I berambus dari pandangan you dan you tak nak tengok I lagi. No need to find me, Mr Aidan." Cuba dikawal emosinya. Dia tidak mahu membuat kecoh di restoran itu.
"I'm sorry for what I've done to you, sayang. My mistake that I can't change but I really regret it. Kita rujuk balik." Pinta Aidan. Selepas lima tahun, baru dia mempunyai peluang untuk memohon maaf pada Aralyn.
Aralyn terkesan dengan kata-kata maaf dari Aidan. Ikhlas bunyinya.
"I maafkan tetapi untuk rujuk balik dengan you, itu tidak akan berlaku Aidan. You can choose other woman instead of me to make you happy. Sebab sebelum ini pun you dah pilih wanita lain berbanding isteri you sendiri."
Kata-kata Aralyn sangat sinis sekali. Ya, dia maafkan Aidan tetapi untuk melupakan apa yang lelaki itu lakukan padanya amat payah.
"I minta diri dulu." Beg tangan dan failnya di ambil dan dia berlalu dari situ tanpa menghiraukan panggilan dari Aidan lagi.
"Along! Biarkan kak long sendirian dulu. Biarkan kak long tenangkan diri dia. Dia sangat terluka along." Pujuk Aimi. Dari tadi dia menjadi pemerhati dan pendengar kepada perbualan abangnya dan bekas kakak iparnya.
"Tapi Aimi..." Aidan melepaskan keluhannya.
"Jangan risau. Kalau memang jodoh along dengan kak long, kak long akan kembali kepada along."
Ujar Aimi. Kalau ikutkan dia, dia juga ingin abangnya berbaik semula dengan bekas kakak iparnya tetapi dia tidak punyai hak untuk memaksa bekas kakak iparnya itu. Biarlah abang dan bekas kakak iparnya yang buat keputusan sendiri.
NOTE: Seperti yg dijanjikan. sebab cukup 10 vote, so Hezy bg bab 4. btw, thank you pada yg komen. suka baca komen2 korang. jgn segan2 nak komen. Hezy akan layan :D
Happy reading semua. Dan untuk next update, hari jumaat depan. 15 vote okay ;)
Do vote and comment ;)
Tulusly,
HezyRose.
YOU ARE READING
HURT SERIES 2 : AKU, KAU LUKAI [EBOOK]
Romance[STATUS: COMPLETED-EBOOK] Mahligai yang diimpikan berkekalan hingga ke akhirnya, tidak menjadi kenyataan. Aralyn dicurangi oleh suami sendiri malah dijatuhkan talak. Perginya Aralyn membawa diri dan hati yang terluka jauh dari yang lain. Lima tahun...