BAB 12

1.1K 80 8
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


PADA hujung minggu itu, Aralyn membawa Adib keluar ke IOI City Mall kerana Aidan hendak berjumpa dengan Adib. Pada mulanya, Aidan ingin mengambil mereka tetapi lelaki itu ada kerja yang perlu diselesaikan dengan kadar segera. Jadi, Aralyn memandu menuju ke sana.

"Mana papa ni, ibu?" tanya Adib. Sudah masuk 10 minit mereka menuggu Aidan di Mc Donalds tetapi batang hidung lelaki itu tidak nampak. Sudah diberitahu, jika tidak dapat, hari lain boleh tetapi Aidan berdegil juga.

"Sabar ya, sayang. Kejap lagi papa sampai." Aralyn menggosok kepala Adib yang duduk di sebelahnya.

"Sorry, sayang. Papa lambat." Ujar Aidan sebaik saja duduk di atas kerusi, berhadapan dengan Adib.

"Adib ingatkan papa tak datang dah." Muncung Adib. Merajuk dengan Aidan.

"Alaaa...sorry okay. Papa ada kerja tadi. Okay, Adib cakap saja nak apa. Papa belanja." Aidan memujuk Adib. Biasanya taktiknya yang ini menjadi.

"Adib nak toys." Beritahu Adib dengan gembira.

"Okay. Kejap lagi kita beli toys ya. Makan dulu." Angguk Aidan. Selesai memujuk anaknya. Tidak susah. Tetapi memujuk ibu kepada anaknya agak susah.

Aralyn menggelengkan kepalanya. Itu saja yang Aidan tahu. Belikan mainan untuk Adib.

"You ni, manjakan sangat Adib." Aralyn kurang berkenan apabila Aidan terlalu manjakan Adib. Kalau dengan dia, memang dia tidak akan ikut apa yang anak lelakinya minta.

"Biarlah. I manjakan dia puas-puas. Dah you jual mahal sangat."

Kata-kata Aidan mendiamkan Aralyn. Tidak tahu hendak membalas apa.

"I tak cemburu pun. Manjalah kalau you nak manjakan Adib." Ujar Aralyn sebelum memasukkan fries ke dalam mulutnya.

"Eh! Bila masa pula I cakap you cemburu. I tak cakap pun. Ke you memang cemburu dengan Adib?" Aidan senyum mengusik. Dan Aralyn malu-malu apabila terkantoi.

"Dahlah. Makan." Ditolak makanan ke arah Aidan untuk menutup malunya.

"Aralyn...kita rujuk kembali. Please..." pinta Aidan tiba-tiba. Separuh merayu.

"Aidan... jawapan I tetap sama. I tak nak! Itu pun you tak faham ke?" sedikit kasar suara Aralyn.

Tergamam Aidan.

"Kalau you tak nak, cakap elok-elok tak boleh ke? Tak perlulah kasar macam ni."

Suara Aidan seperti terasa hati dengannya. Aduhai! Aralyn. Apa kau dah buat ni.

"Dah siap makan sayang? Jom, kita pergi beli toys." Tanya Aidan apabila melihat makanan Adib sudah habis.

"Dah, papa." Angguk Adib gembira. Tidak sabar hendak memilih mainan.

HURT SERIES 2 : AKU, KAU LUKAI [EBOOK]Where stories live. Discover now