BAB 3

1.6K 61 12
                                    

AIMI menghantar Aralyn dan Adib pulang. Pada mulanya Aralyn tidak mahu tetapi setelah dipujuk oleh bekas adik iparnya itu, akhirnya dia mengalah. Aralyn membawa masuk barang-barang yang dibeli olehnya tadi. Malah Aimi turut membelikan baju untuk Adib dan menghadiahkan mainan walaupun sudah di halang oleh Aralyn.

Adib sudah tidur kerana keletihan. Aralyn meletakan barang yang dibelinya di atas sofa dan dia menjatuhkan badan di atas sofa berangkai dua. Dia memandang Adib lama.

Berfikir tentang masa depan anak terunanya. Sekarang, bekas adik iparnya sudah tahu kewujudan Adib. Dan dia berharap Aimi berpegang pada janjinya itu. Belum tiba masanya untuk memperkenalkan Adib dengan Aidan. Apabila tiba masa yang sesuai, dia sendiri akan membawa Adib berjumpa dengan lelaki itu.

Aralyn mengangkat Adib ke bilik. Dan dia pun hendak solat asar. Selesai menunaikan solat, Aralyn turun ke bawah. Dia sudah berjanji dengan Farah untuk memasak patin tempoyak.

"Kau ada masalah ke?" soalan yang keluar dari mulut Farah menghentikan Aralyn dari mengangkat pinggan-mangkuk.

"Kenapa? Aku okay saja." Balas Aralyn. Cuba untuk mengelak dari menjawab pertanyaan dari temannya itu.

"Beb! Kau jangan nak tipu aku. Kau senyap saja dari tadi. Dan setiap kali kau ada masalah, mesti kau akan diam." Ujar Farah. Dia kenal dengan Aralyn bukan hari ini tetapi sudah lama. Sejak dari zaman universiti lagi sehinggalah sekarang.

Aralyn melepaskan keluhan. Dengan Farah memang dia tidak dapat simpan apa-apa rahsia kerana temannya itu pasti dapat menebak dengan betul.

Kerusi di hadapan Farah di tarik dan dia melabuhkan duduknya di situ. "Tadi, aku terjumpa dengan bekas adik ipar aku, Aimi. Dan dia sudah tahu pasal Adib. Sekarang ni aku risau yang Aidan akan tahu kewujudan Adib." Luah Aralyn.

"Bila kau jumpa Aimi?" soal Farah dengan terkejut.

"Masa aku keluar." Jawab Aralyn.

"Habis tu Aimi cakap apa?" soal Farah lagi.

"Dia minta untuk jumpa Adib lagi dan dia janji takkan beritahu tentang Adib pada Aidan tapi hati aku tetap risau," jelas Aralyn dengan muka yang resah.

"Kalau Aimi sudah berjanji, tidak mungkin dia akan mungkiri. Kau pun kenalkan dengan bekas adik ipar kau tu." Farah cuba untuk menyedapkan hati Aralyn yang resah itu. Jadi, sebab itulah Aralyn diam dari tadi.

"Tapi..." kata-kata Aralyn dipotong oleh Farah.

"Dah! Kau jangan nak fikir lagi. Aku yakin yang Aimi jenis berpegang pada janji." Ujar Farah. Tangan Aralyn digosok dengan lembut. Dia menghadiahkan senyuman pada temannya itu.

"Kau pergi rehat. Biar aku yang kemaskan semua ni." Suruh Farah.

"Tak mengapalah. Aku boleh kemaskan." Tolak Aralyn. Dia bangun semula dan menuju ke singki.

"Pergi rehat. Lagipun kau dah masakkan tadi. Jadi, biar aku yang kemaskan. Pergi cepat!" badan Aralyn ditolak keluar dari dapur. Kalau tidak, jangan harap temannya itu akan keluar dari situ.

"Yalah." Akhirnya Aralyn mengalah.

Setelah dua hari bercuti, hari ini Aralyn mula bekerja di anak syarikat dari negara Jepun. Tempat di mana dia bekerja sewaktu di Jepun ketika dahulu. Dia memegang jawatan sebagai manager dan dipantau oleh bosnya dari Jepun.

Adib di hantar ke tadika little caliphs yang terletak tidak jauh dari tempat kediaman Farah. Nasib baik ada Farah yang tolong carikan tadika untuk anaknya itu.

"Morning Miss. Aralyn." Sapa penyambut tetamu itu dengan ramah. Semua sudah tahu bahawa hari ini general manager baru akan melapor diri bagi menggantikan general manager yang lama.

HURT SERIES 2 : AKU, KAU LUKAI [EBOOK]Where stories live. Discover now