BAB 20

1K 64 13
                                    

WARNING!!! Aidan being naughty and a bit 'gatal' in this chapter

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

WARNING!!! Aidan being naughty and a bit 'gatal' in this chapter. hehehe. Read on your own risk okay ;)

🤭🤭🤭🤭🤭🤭

PULANG saja dari mengambil Adib, Aidan terus memecut pulang ke penthouse. Rasa kurang sihat dan hendak demam memaksa Aidan untuk mengambil half day. Kalau ikutkan, Aidan tidak mahu ke pejabat pagi tadi tetapi memikirkan banyak dokumen yang perlukan tanda tangannya, terpaksalah dia turun.

"Adib, kalau nak makan nanti, Adib ambil atas meja ni ya. Papa dah belikan nasi goreng cina untuk Adib. Apa-apa, cari papa dalam bilik ya. Papa nak rehat." Pesan Aidan kepada Adib yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Nanti jangan lupa mandi." Pesanan terakhir Aidan sebelum berlalu ke bilik tidur.

"Baik, papa." Jawab Adib sebelum fokus kepada rancangan kartun di hadapannya.

"Assalamualaikum. Adib dah makan?" Aralyn memberikan salam sebaik saja melangkah masuk ke dalam penthouse.

"Waalaikumussalam. Yes, ibu. I already eat fried rice." Beritahu Adib selepas menjawab salami bunya.

"Did papa cook?" soal Aralyn. Sejak bila Aidan pandai memasak nasi goreng. Setahunya Aidan hanya pandai memasak western saja. Masakan melayu fail. Eh! Sempat pula mengutuk suami sendiri.

"No. Papa buy it." Petah Adib berkata-kata.

"So, where is papa?" Aralyn tidak nampak baying Aidan lagi sejak dia pulang. Biasanya, Aidan akan menemani Adib untuk menonton televisyen di ruang tamu.

"Sleep. He said, he wants to rest." Beritahu Adib. Tadi Adib ada menjenguk papanya dan papanya sedang tidur.

"Errr... ibu, Adib thinks papa has a fever because his body so hot."

"Papa demam? Bila lagi papa berehat?"

"After we are back from my school." Kata-kata Adib membuat Aralyn risau. Aidan demam. Dan kenapa suaminya tidak menelefon dia.

"Adib duduk sini ya. Ibu naik tengok papa kejap." Beritahu Aralyn sebelum melangkah naik ke bilik tidur.

Sebaik saja melangkah ke dalam bilik tidur, kelihatan sekujur tubuh sedang berselimut-litup. Aidan sedang tidur membelakangi Aralyn. Perlahan-lahan Aralyn menghampiri Aidan. Aralyn duduk di birai katil. Belakang tangan di letakkan di atas dahi Aidan.

Panas!

"Ya Allah, Aidan! You demam panas ni. Bangun kita pergi klinik sekarang." Kejut Aralyn lembut. Tidak kasar seperti pagi tadi.

"Hmmm..." hanya itu yang Aidan balas. Tidak larat hendak membuka mata.

"Bangunlah. Kita pergi klinik." Kejut Aralyn lagi. Perasaan risau mula menerpa di hatinya. Tiba-tiba saja Aidan demam sedangkan pagi tadi sihat saja.

HURT SERIES 2 : AKU, KAU LUKAI [EBOOK]Where stories live. Discover now