HUJUNG minggu yang sibuk. Biasalah, waktu hujung merupakan waktu bersama keluarga dan pastinya ramai yang mengambil peluang untuk keluar bersama ahli keluarga. Aralyn juga tidak ketinggalan. Hari ini dia membawa Adib ke Mid Valley memandangkan dia sudah berjanji dengan Aimi. Sudah lama Aimi tidak berjumpa dengan Adib.
"Mana Aunty Aimi, ibu?" soal Adib yang tidak sabar hendak berjumpa dengan ibu saudaranya.
"Kejap lagi aunty Aimi sampai." Beritahu Aralyn sambil menggosok kepala anaknya.
"Sorry handsome boy. I'm late. Aunty stuck in the traffic jam just now." Aimi memohon maaf kepada Adib.
"It's okay aunty Aimi but you need to treat me a baskin robbin." Pinta Adib. Dibuat-buat muka puppy face.
"Adib, apa minta macam tu dengan aunty Aimi." Marah Aralyn. Dia tidak suka Adib meminta dengan orang walaupun ibu saudara sendiri.
"It's okay kak long." Ujar Aimi. "Dah, jom. Kita pergi beli baskin robbin."
Aimi memimpin tangan Adib. Aralyn hanya mampu menggelengkan kepalanya dan mengekori dari belakang. Manjakan sangat si Adib tu.
"Aimi!" panggil satu suara yang tidak asing di pendengaran Aimi.
"Eh, mami! Buat apa di sini?" soal Aimi. Ketika itu Adib ada bersamanya. Menunggu Aralyn yang ke tandas. Tidak jauh dari situ.
"Mami shoppinglah. Apa lagi. Patutnya mami tanya Aimi buat apa di sini. Dating ya?" soal Puan Sri Maria. Mengusik si anak bongsu. Patutlah sewaktu dia mengajak anak bongsu temankan dia, Aimi menolak. Rupa-rupanya melencong ke sini.
"Taklah, mami." Geleng Aimi.
"Ni anak siapa?" soalan dari Puan Sri Maria membuatkan Aimi mati kutu hendak menjawab. Dia sudah berjanji dengan Aralyn untuk merahsiakan tentang Adib.
"Errr..."
"Sorry, ramai pula orang kat tandas."
Aralyn datang menyapa tanpa melihat gerangan yang sedang bercakap dengan Aralyn.
"Aralyn!"panggil Puan Sri Maria.
"Errr... mami!" terkejut Aralyn dengan kehadiran Puan Sri Maria di situ. Dia memandang Aimi meminta penjelasan. Dan Aimi menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.
"Ya Allah, Lyn. Rindunya mami pada Lyn." Lantas Puan Sri Maria memeluk tubuh Aralyn erat. Sangat rindukan bekas menantunya.
"Lyn pun rindukan mami." Luah Aralyn. Sungguh dia rindukan pelukan seorang ibu. Dia sudah tiada ibu bapa dan dia sangat rapat dengan bekas ibu mentuanya suatu ketika dahulu.
"Ini anak Lyn ke?" Puan Sri Maria menyoal Aralyn selepas meleraikan pelukan mereka.
"Ya. Anak Lyn. Cucu mami." Tidak mampu untuk Aralyn menipu bekas ibu mentuanya yang dia anggap seperti ibu kandung. Dan wajah Adib yang seiras Aidan, tidak mungkin bekas ibu mentuanya tidak perasan.
"Ya Allah, dah besar cucu tok mi." Ujar Puan Sri Maria. Wajah cucunya tidak tumpah seperti Aidan.
"Salam dengan tok mi, sayang. Your grandma." Beritahu Aralyn kepada Adib.
"My grandma, ibu?" bersinar mata Adib sebaik saja mendengar kata-kata ibunya.
"Yes, dear." Angguk Aralyn bersama dengan senyumannya.
Gembira Puan Sri Maria kerana dapat bertemu dengan cucunya
"Jom, kita pergi makan. Mami belanja." Pelawa Puan Sri Maria.
YOU ARE READING
HURT SERIES 2 : AKU, KAU LUKAI [EBOOK]
Romance[STATUS: COMPLETED-EBOOK] Mahligai yang diimpikan berkekalan hingga ke akhirnya, tidak menjadi kenyataan. Aralyn dicurangi oleh suami sendiri malah dijatuhkan talak. Perginya Aralyn membawa diri dan hati yang terluka jauh dari yang lain. Lima tahun...