BAB 21

1K 61 11
                                    

Happy reading and enjoy!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Happy reading and enjoy!

SUBUH pagi itu, Aralyn bangun terlebih dahulu dari Aidan. Perkara pertama yang Aralyn lakukan adalah memeriksa suhu badan Aidan. Masih lagi panas tetapi tidak panas seperti semalam. Nampaknya hari ini dia perlu memaksa Aidan untuk ke klinik. Nak bawa semalam, Aidan tidak larat hendak bangun lagipun sudah lewat malam. Dan tidak tahu hendak tinggalkan Adib kepada siapa.

"Aidan, bangun! Dah subuh ni." Kejut Aralyn. Bahu Aidan dicuit lembut.

"Hmmm..." Aidan bangun dan bersandar di kepala katil. "Dah masuk waktu subuh ke?" soal Aidan menghilangkan rasa kantuknya yang masih menguasai dirinya. Pagi ini dia rasa sedikit bertenaga berbanding semalam.

"Ya. Dah pukul 6.20 pagi ni." Beritahu Aralyn. "You larat tak nak pergi bilik air tu?" soal Aralyn sebaik saja melihat Aidan turun dari katil.

"Abang masih ada tenaga. Nak angkat sayang pun mampu." Sempat lagi Aidan bergurau sewaktu mengambil tualanya.

Aralyn mencebik dengan gurauan Aidan di pagi hari. Ada tenaga konon, kalau tak, tak adalah jatuh semalam. Oh! Teringatkan kejadian semalam, tiba-tiba pipi Aralyn terasa kebas.

"Jangan nak kutuk abang dalam hati tu. Tunggu abang. Kita solat sama-sama." Pesan Aidan sebelum hilang disebalik pintu bilik air.

Eh! Tahu-tahu saja Aralyn sedang mengutuknya.

Selesai menunaikan solat subuh, Aidan merebahkan badannya kembali di atas katil. Suhu badannya masih lagi tinggi sewaktu Aralyn periksa tadi. Manakala Aralyn sudah menghilang ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi kepada Aidan sebelum membawa Aidan ke klinik.

Hari ini terpaksalah Aralyn mengambil emergency leave memandangkan Aidan masih lagi demam. Risau hendak meninggalkan Aidan sendirian di rumah.

"Aidan, bangun sarapan." Aralyn mencuit bahu Aidan yang masih lagi lena di atas katil.

"Tak ada seleralah sayang." Jawab Aidan dengan mata yang terpejam.

"Tak boleh. You kena makan. Sekejap lagi nak makan ubat dan I nak bawa you ke klinik." Aralyn memulakan bebelannya pagi itu.

"Sayang makan sajalah dengan Adib. Abang nak tidur. Tak larat."

Aidan masih berkeras tidak mahu bangun. Tiba-tiba saja badannya terasa lemah. Subuh tadi, elok saja dia solat.

"I bawa breakfast you ke sini ya." Beritahu Aralyn.

"Suka hati youlah, sayang." Aidan sambung tidur kembali selepas Aralyn keluar dari bilik tidur.

"Where is papa, ibu?" soal Adib kerana pelik papanya tiada di meja makan seperti selalu.

"Papa in the bedroom. Papa masih demam lagi, dear." Beritahu Aralyn. Sejujurnya hati Aralyn runsing akan Aidan. Entah kenapa. Sedangkan perasaan cinta pada Aidan sudah hilang.

HURT SERIES 2 : AKU, KAU LUKAI [EBOOK]Where stories live. Discover now