BAB 3: Mentari

279 4 1
                                    

Jauh merenung melayani perasaan menikmati suasana pantai, melihat laut membasuh pantai tatkala Camar laut mengalunkan irama berlagu rentak bahasa alam. Jiwa yang tiada bersuara sedang asyik dibelai manja angin bayu membuaikan rasa disayang oleh Pencipta seluruh alam. Dahan bergeseran menggugurkan dedaun kering yang menari di atas angin lalu jatuh menyapu lantai bumi. Gelora air berirama sama bagai seni dilakar pada kanvas bilamana sang mentari bersinar riang tidak terlalu terik seperti permaisuri bersarung emas yang menyerikan pandangan. Oh, indahnya dunia!

Dari jauh kelihatan seorang lelaki sedang duduk bersendirian di atas batu besar dan seorang lagi sedang berusaha memanjat untuk mencapai kedudukan lelaki itu. Dia menghampiri lelaki yang sedang asyik menikmati pemandangan dan suasana sesekali terdetik di hatinya rasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati satu sudut dunia yang indah ini.­­ Suasana indah dan nyaman ini menyebabkan dia dibuai mimpi keselesaan jauh dari segala masalah dan terasa bagaikan ombak pantai telah pun membasuh luka di hatinya. Namun, entah kenapa terdetik rindu di hati pada seseorang yang pernah menjadi insan paling bermakna dalam hidupnya. 'Abah kat mana? Hakim rindu abah...sangat...sangat', bisik hati kecilnya tatkala titisan jernih itu mula jatuh berlinangan menitis ke pipi.

"Hakim. Ooo, Ridhwan Hakim bin Ahmad Rozi", panggil Mael sambil menggoyangkan kedua tapak tangannya untuk menyedarkan Hakim dari lamunan. Mael melabuhkan punggung duduk di sebelahnya.

"Sorry...sorry. Aku khayal tadi", jawabnya.

"Ko teringat kat sape ni? Awek eah?", ejek Mael sambil tergelak sendiri. Dia kenal benar dengan sikap sahabatnya yang pantang dibiarkan bersendirian pasti hanyut dalam igauan sendiri.

"Aku lupa nak bagitau. Sewa bilik nanti, boleh tak aku bayar bila duit dah masuk?", ujar Hakim dengan wajah yang secara tiba-tiba menjadi serius.

"Tu hal kecik je bro! Aku tempah online kat Agoda je,lagi murah dari walk-in. Mama dah tau ke?", soal Mael ingin tahu kerana dia faham dengan sikap tegas mama Hakim. Walaupun mereka tidak pernah bersua muka namun, dari apa yang diceritakan Hakim sebelum ini mamanya seorang yang garang dan tegas.

"Belum...aku tak rasa aku akan bagitau dia, kot. Kalu mama tanya aku pergi mana, aku cakap la...yang aku teman ko pergi shoot untuk assignment", panjang lebar penjelasan Hakim.

Dia tahu mamanya pasti tidak akan mengizinkan dia untuk bermalam di luar tanpa pengetahuan. Sebagai seorang ibu, wanita separuh abad itu pastinya akan risau keadaan anak lelaki tunggal yang tinggal jauh dari pandangan mata. Kedua-dua anak lelaki dan perempuan adalah nyawa baginya malahan, mereka adalah semangat untuk dia meneruskan hidup dan menjadi sebab utama dia mahu terus menjadi seorang usahawanita yang berjaya. Semua itu demi menjamin masa depan mereka sekeluarga.

Mael mengeluarkan DSLR hitam berjenama Canon miliknya untuk merakam momen matahari terbenam. Mael terus melaraskan tetapan lensa-nya sambil diperhatikan oleh rakannya itu. Dia cuba menangkap beberapa keping pemandangan ketika itu. Terdetik di hatinya bahwa alangkah indahnya, jika detik itu berpanjangan tanpa dia perlu berasa gundah akan hal dunia dan apa yang bakal mendatang. Lagi bagus kalau dia dapat tinggal di situ buat selamanya tapi, itu bukan syurga. Hanya salah satu keindahan kecil dunia.

Langit sudah mula berwarna jingga.

"Kejap lagi matahari jatuh", ujar Hakim selepas melihat waktu pada skrin telefon pintarnya yang beberapa minit lagi akan menunjukkan jam tujuh petang.

Langit semakin merah dan matahari mula berubah menjadi seperti telur walaupun cahayanya tidak lagi menusuk mata. Perlahan-lahan bola jingga itu turun ke bawah tenggelam ke lautan dan akhirnya, sang mentari tampak masuk seluruhnya ke dalam lautan.

Bukan Milikku (Hiatus)Where stories live. Discover now