Bab 2: Kawan

444 7 0
                                    

Bunyi enjin kereta dari depan rumah memecahkan keheningan pagi itu. Mael terjaga dari tidurnya sambil menggosokkan mata. Dia hampir terlupa hari penting itu sudah tiba. Teman serumahnya bakal bertolak dengan bakal isteri ke negeri jiran untuk melangsungkan perkahwinan. Dia bangkit dari katilnya dan berjalan ke ruang tamu. Kelihatan Jessi sedang memeriksa barang di dalam bagasi mungkin takut ada yang tertinggal. Tanpa menghiraukan Jessi, Mael ke dapur untuk mendapatkan segelas air kosong.

"Mael, mung bangun doh?", soal Emang yang menjenguknya di dapur.

"Ya, ada pape yang nak aku tolong ke?", soal Mael sambil menaikkan kedua keningnya serentak.

"Tak dok nape. Cuma nok pesang, jaga diri molek-molek deh. Ajok ah, Hakim duk sekali wak temang mung malang-malang", pesan Emang supaya Mael mengajak Hakim untuk tinggal bersama semasa ketiadaannya.

"Aku plan nak overnight kat luar. Tu pun kalu kau tak kisah", ujar Mael.

"Nok wak nape? Mung berahi sungguh perhabis pitih. Duk dumoh jela, assignment mung kan banyok lagi dok siap", soal Emang mempertikaikan pilihan kawannya itu.

"Iye, tapi aku nak kena shoot something. So, takutla tak sempat...well...camni, kalu aku sempat balik...aku tak jadi stay sana", katanya lagi bagi mengukuhkan kenyataan tadi.

Mael tahu Emang memang tidak suka benar dia menghabiskan duit untuk perkara yang tidak berfaedah atau melabur untuk perkara yang tidak menguntungkan. Mael terpaksa berbohong akan tujuan sebenar dia mahu menetap di luar pada hujung minggu itu. Dia cuba mengambil kesempatan yang ada sementara ketiadaan Emang untuk melakukan aktiviti yang diingini. Dia juga berasa lebih bebas bila bersama Hakim.

"Okaylah, lagipun aku balik Ahad ni kan?", balas Emang.

Emang menarik bagasi milik Jessi untuk dimasukkan ke dalam bonet belakang kereta dan dibantu oleh Mael. Kelihatan Jessi sudah sedia di kerusi penumpang hadapan sambil tersenyum sendirian. Teruja untuk melangsungkan hari bahagia bersama jejaka pilihan hatinya. Sebelum Emang masuk ke dalam kereta, mereka berdua sempat bersalaman.

"Jaga diri leklok bro", pesan Mael ringkas.

Cermin tingkap kereta diturunkan sambil Emang mengundurkan kereta Mael yang dipinjamnya.

"Lu pun jaga diri bro!", jerit Emang sambil membunyikan hon kereta.

"Eh, bom meletup!", jiran sebelah yang sedang menjemur pakaian melatah. Terkejut agaknya.

"Aih, budak ni! Apa duk terjerit-jerit...", sambungnya lagi.

Mael terus masuk ke dalam rumah dengan segera. Malas dia mahu mendengar leteran jirannya itu. Silap haribulan, dia juga yang terkena tempiasnya nanti panjang pula ceritanya. Maklumlah, spesies makcik bawang ada saja yang tak kena. Tidak mahu membuang masa, Mael terus masuk untuk mengejutkan Hakim dengan segera agar lelaki itu bangkit dari alam mimpi kerana sang mentari sudah bersinar terang.

* * *

Seraya sedang Hakim sibuk membaca beberapa post di laman aplikasi burung biru, telefon pintarnya menghasilkan getaran dan mengeluarkan notifikasi ada mesej masuk melalui aplikasi perbualan berwarna hijau itu.

+60175******: Hi

You: Hey

+60175******: Nak kenal boleh?

Hakim: Ni sape?

+60175******: I dah lame minat dekat u

Bukan Milikku (Hiatus)Where stories live. Discover now