Jantung berdegup semakin kecang dan getarnya dirasakan sehingga ke seluruh tubuh badan. Nafas mulai sesak dek kekurangan oksigen. Kepala mula diasak dengan tekanan yang berat. Dirinya terasa sesak meronta untuk naik ke permukaan namun, dipaksa jua agar menolak permintaan jasadnya. Kedua tangannya mula mencekik leher sendiri pabila rongga hidungnya dimasuki air yang menyebabkan otaknya terasa pedih dan pening secara mengejut. Matanya hampir terbeliak dan terasa pedih. Dia mula tersedak. Rasa payau dan masin. Air laut itu mengambil peluang untuk memasuki rongga mulutnya.
Perlahan mata Hakim menutup rapat. Badannya terasa amat berat dan perlahan dia mulai tenggelam ditarik ombak laut untuk pergi bersama arus malam itu. Tangannya yang mulai berasa ringan bagai meminta dakapan pada sang langit yang tidak pernah kisah akan dirinya. Alam ini bagaikan tidak pernah kisah tentang dia yang kecewa. Siapalah dia hanya sebutir pasir di pantai jika mahu dibandingkan manusia lain yang jauh lebih menderita hidup mereka. Dia harus akur.
Awalnya, terasa ada cahaya yang kabur menembusi sebalik kelopak matanya yang tertutup dan kini semakin pudar bertukar gelap. Badannya semakin jauh hanyut dari pantai. Rasa dingin air laut di waktu malam bagai menusuk hingga ke tulang. Fikirannya mulai kosong dan rasa yang terbeban di jiwa semakin menghilang. Tekanan dari dalam tubuhnya pula semakin berkurangan. Jantungnya yang laju menghentak dada juga berdenyut semakin perlahan.
Tiba-tiba, terasa seperti ada sesuatu yang menyentuh hujung jarinya yang dibiarkan. Hakim sudah hampir mahu pergi ke alam separuh sedar sebelum pergi ke dimensi lain sepenuhnya. Pergelangan tangan kanan Hakim digenggam secara mengejut dan kemas. Hakim tersentak membuatkan dia terkejut dari lenanya. Dia lihat ada satu susuk tubuh yang sangat gelap di hadapannya seperti bayang manusia kerana badannya membelakangi cahaya bulan. Di saat dia merapati, bayangnya terlihat seperti sedang terbang turun ke bumi bagai malaikat yang tidak bersayap.
'Malaikat maut...dah...datang', getus hati Hakim sebelum kembali menutup mata.
Hakim ditarik ke permukaan air dan dibawa kembali ke pantai.
Badan Hakim digoncang beberapa kali tetapi tiada sebarang tindak balas. Tapak tangan yang mendarat di dadanya ditekan beberapa kali dan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut disalurkan. Deria rasa beransur pulih dan terasa bagaikan ada tali yang ditarik keluar dari perut keluar melalui kerongkong. Hakim memuntahkan air masin yang yang ditelannya ketika lemas tadi. Rasanya sungguh tidak menyenangkan dan perit!
Hakim terbatuk beberapa kali. Dia dapat merasakan ada tangan yang menggosok belakangnya dan membantu dia untuk duduk. Hakim cuba untuk membuka matanya. Walaupun, pandangan agak kabur tapi dia dapat melihat ada susuk tubuh sama seperti yang dia lihat sebentar tadi. Sesekali wajahnya dapat dilihat pabila sinaran purnama menyuluh disebalik kegelapan malam tapi sayangnya, pandangan mata Hakim agak kabur. Badannya sangat lemah ketika ini. Dia berasa sangat lemah untuk menggerakkan anggota badannya.
Angin yang sesekali bertiup menyentuh kulitnya membuatkan dia berasa amat sejuk namun, dakapan itu membuatkan dia sedikit hangat. Sekali lagi Hakim dapat merasakan tangan itu mula mengusap wajahnya. Entah mengapa, dirinya berasa aman dan dikasihi. Mungkin, rintihannya sudah didengari Tuhan dan doanya sudah dimakbulkan. Difikirnya tadi malaikat maut rupanya malaikat penjaga. Dia yang selalu mengeluh kerana tidak punya sesiapa yang dapat dikongsi segala masalah dan kesedihan kini sudah didatangi satu malaikat. Adakah dia yang akan menjadi malaikat yang akan melindunginya seperti dalam filem-filem fantasi?
Hakim terlena dalam dakapannya.
***
"Astarghfirullahalzim...mimpi rupanya", ujar Mael sendiri sambil menggosok matanya.
YOU ARE READING
Bukan Milikku (Hiatus)
أدب الهواة[BL] Orang Perancis bunuh diri kerana cinta, orang Inggeris bunuh diri kerana malu dan orang Rusia bunuh diri untuk menjelaskan kenyataan. Aku pula cuba untuk bunuh diri ala-ala gaya orang Perancis kerana cinta manusia yang menjanjikan bahagia namun...