Dua minggu telah berlalu selepas aku dan Mael pulang dari percutian singkat kami di Pulau Pangkor. Urusan Emang dan Jessi di tanah jajahan Siam juga berlangsung dengan baik dan kami berempat baru sahaja selesai dari sesi Review atau lebih mudah diterangkan sebagai sesi pemarkahan atau penilaian lanjutan bagi segala tugasan secara berperingkat. Disebabkan terlalu sibuk, kami jarang dapat meluangkan masa bersama melainkan Jessi dan Emang yang tinggal bersama. Walaupun, Mael tinggal sebumbung dengan mereka tapi, dia lebih banyak menghabiskan masa di studio fotografi terletak di fakulti mereka. Aku pula sibuk melakukan tugasan sendiri di studio grafik bersama rakan-rakan sekelas yang lain. Setelah sesi permakahan yang diadakan serentak pada hari yang sama selesai, mereka bercadang untuk makan di restoran makanan segera McDonald yang terletak tidak jauh dari kampus lewat petang itu.
Aku berjalan menghampiri meja yang diduduki mereka bertiga di luar sambil menatang dulang berisi Double Cheese Burger dengan segelas McCafe Mocha lengkap dengan 'whip cream' yang kelihatan sungguh menyelerakan. Aku melabuhkan punggung di sebelah Mael dan menghadap Emang.
"Apa citer review korang?", soal ku terus menghirup minumannya.
"Mestilah proceed dengan jayanya", jawab Emang dengan nada bangga.
"Bapak kerek siaa", ujar Mael dengan mulutnya penuh dengan Spicy McChicken.
"Eh, mung ni. Makan molek gok", tegur Emang diikuti dengan gelak tawa kami berdua.
Jessi tidak menghiraukan perbualan kami bertiga. Dia sibuk menikmati hidangan ayam goreng McD-nya. Kelihatan dia sungguh lapar ketika itu. Sudah seperti lama tidak menjamah makanan yang sedap. Mana tidaknya, tidur tak menentu dengan jadual makan entah ke mana kerana sibuk mengejar dateline Review.
"Weh, apa citer korang dua nikah aritu?", soal ku teruja walhal sebenarnya, aku berpura ingin tahu.
"Haa...ni nok citer ke mung ni", balas Emang.
Maka, Emang mulalah bercerita tentang perjalanannya dari rumah sewa mereka pada hari Jumaat itu sehingga ke sempadan negeri. Dia dan Jessi menginap di sebuah hotel sebelum menjemput seorang ejen perkahwinan untuk gerak bersama ke Jabatan Agama di Songkhla. Tiada apa yang nak dihairankan kerana setahun sebelum menikah mereka berdua sudah tinggal bersama seperti suami isteri walaupun dengan susah payah disorokkan hubungan itu dari masyarakat sekeliling terutamanya di kawasan perumahan tempat mereka menyewa itu. Setakat menginap di hotel hanya semalaman bersama bukanlah susah bagi mereka. Pada hari kedua, Emang dan Jessi siap berdandan untuk bergerak ke Songkhla bersama ejen tersebut. Jessi lengkap dengan mekap dihias sendiri dan nasib baiklah inai dijari juga hiasan di tangannya sudah dipakai sehari lebih awal.
"Kalu you all nak tau, masa kitorang tengah beratur nak tunggu giliran tu kan...", pintas Jessi.
"Eh, kena beratur ke?", soal ku membuntangkan mata tanda terkejut.
Tidak pernah didengarku sebelum ini mahu akad nikah sampai beratur.
"Yup, takdelah kena berdiri ramai-ramai...setakat menunggu di ruangan menunggu la maksud aku", jelas Jessi membuatkan kami semua tergelak.
"Oh, pastu?", soal ku makin teruja.
Jessi menyambung cerita Emang di mana semasa sedang menunggu giliran, dia sempat berkenalan dengan seorang gadis bersama pasangannya. Kedua-duanya dari Kelantan tapi belajar di kampus yang sama di Shah Alam. Mereka berkenalan beberapa bulan dan terus bercadang untuk menikah walaupun, hakikatnya gadis itu yang mendesak untuk melangsungkan perkahwinan segera dengan cara begitu. Ditanyakan kenapa, malah tidak dijawabnya. Tambahan pula, segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh gadis tersebut.
YOU ARE READING
Bukan Milikku (Hiatus)
Fanfiction[BL] Orang Perancis bunuh diri kerana cinta, orang Inggeris bunuh diri kerana malu dan orang Rusia bunuh diri untuk menjelaskan kenyataan. Aku pula cuba untuk bunuh diri ala-ala gaya orang Perancis kerana cinta manusia yang menjanjikan bahagia namun...