Aku tak faham.
Tak pernah mengerti.
Salahkah apa yang dirasakan hati aku?
Aku tak faham kenapa jantung aku berdegup kencang.
Aku rasa berdebar...rasa tak tentu arah.
Otak bagai mau gila, sakit di dada bagai gong yang diketuk berpalu-palu.
Bukankah ini adalah suatu yang normal bagi seorang manusia yang jatuh cinta?
Apakah manusia tidak lagi mengenal erti cinta dan hanya bertuah pabila mereka mencuba nasib dalam meluah rasa pada seorang insan yang hanya indah di mata mereka?
Atau adakah kerana cinta ini adalah cinta terlarang dan tidak pantas buatku?
Bagaimana dengan mereka yang bercinta dan bukan mahram?
Apakah itu tidak dikira berdosa di saat mereka berhubungan?
Bukankah kami semua sama?
Mengapa dunia tidak pernah adil hanya kerana ada manusia seperti aku?
Aku tidak sama seperti kebanyakan anak-anak di luar sana.
Sedangkan manusia dicipta sememangnya berbeza-beza dan mereka lahir dengan kelebihan dan kekurangan.
Kejadian manusia seperti ini adalah untuk mereka belajar mengenali dan menerima satu sama lain.
Tapi, di sini berlaku pernindasan dan penolakan.
Kenapa Tuhan?
Kenapa aku yang terpilih untuk ujian seperti ini?
***
Banyak orang menyatakan bahawa adalah fitrah seorang lelaki untuk mempunyai keinginan pada perempuan kerana itulah wujudnya kejadian manusia. Namun, pada masa yang sama juga adalah fitrah seorang manusia untuk rasa suka, kasih dan rindu pada manusia lain. Seperti mana yang dirasakan oleh Hakim juga sama seperti manusia-manusia lain. Apa yang membezakan adalah rasa itu terlahir dan wujud untuk seorang lelaki.
Semua yang telah terjadi antara dia dan Amir bukanlah pengakhiran bagi segalanya sekalipun kejadian sebulan yang lepas masih menghantui dirinya. Hari demi hari yang berlalu telah mengubah dirinya menjadi sesuatu yang tidak pernah terfikirkan olehnya. Bermula dari saat itu, dia mula sedar bahwa dirinya bukan lagi Hakim yang sebelum ini. Menyedari akan hal itu membuatkan dia berasa lebih tersakiti kerana dia sedar dia tidak boleh kembali ke masa itu dan perbaiki segalanya.
Hakim menekup wajahnya sendiri sambil menangis. Sampai ke hari ini, dia tidak pernah boleh memaafkan dirinya walaupun, dia tidak benarkan rasa menyesal itu hadir di hatinya kerana semua itu berlaku berpunca dari dia sendiri. Sepanjang sebulan dia berhubungan dengan lelaki yang dia kenali sebagai Amir itu hanya melalui Whatsapp, tidak pernah dia terfikir bahwa lelaki itu akan menolak cintanya. Tidak boleh dipersalahkan juga kerana Amir tidak pernah menyatakan perasaannya dengan jelas sebelum ini. Dia juga tidak sewajarnya menyembunyikan kebenaran bahwa Hakim hanya sandaran isterinya.
Jikalau dia sememangnya tidak mempunyai sebarang perasaan mahupun kasih pada Hakim, tiada perlu dia permainkan perasaan orang lain. Menyakiti demi kepentingan diri. Mempergunakan demi kepuasan diri. Manusia sememangnya mahir dalam mengambil kesempatan apabila mereka sendiri berada dalam kesempitan dan terdesak. Bisikan syaitan menjadi irama paling merdu di saat nafsu sedang bergoncang mendesak tuannya agar dapat dipenuhi segala kemahuan mengikut caranya sendiri.
Peristiwa yang berlaku pada malam itu antara dia dan Amir membuatkan Hakim sedar bahawa dia terlalu naif dalam hal cinta. Dia terlalu mengikut rasa dari hati sehingga dia tidak dapat berfikiran waras. Jantungnya pasti berdegup laju setiap kali memikirkan lelaki itu membuatkan dia serasa penasaran dengan perasaannya sendiri. Adakalanya, terlintas di benak fikiran bahwa dia tidak patut memuat turun aplikasi Tinder di mana pertama kali dia melihat wajah lelaki itu hanya pada sekeping gambar.
YOU ARE READING
Bukan Milikku (Hiatus)
Fanfiction[BL] Orang Perancis bunuh diri kerana cinta, orang Inggeris bunuh diri kerana malu dan orang Rusia bunuh diri untuk menjelaskan kenyataan. Aku pula cuba untuk bunuh diri ala-ala gaya orang Perancis kerana cinta manusia yang menjanjikan bahagia namun...