Bab 149-Syaitan Jadi Dampingan

1.7K 30 0
                                    

  Setiap kali bahu saya bergesel dengan bahu Nurul Hayat timbul rasa cemas. Bila rasa cemas itu berakhir, timbul rasa ghairah yang tidak menentu, hati saya berdebar. Pada ketika masa itu juga saya terus menatap kulit muka Nurul Hayat yang kemerah-merahan.

Di saat anak mata tertacap ke kulit mukanya, diam-diamsaya melayani perasaan, saya khayalkan yang saya sedang membelai rambut hitamnya dengan penuh mesra. Bintik-bintik peluh yang membasahi pipinya saya kesat dengan hujung jari kelingking. Nurul Hayat ketawa dengan penuh mesra merestui apa yang saya lakukannya terhadapnya.

Saya bayangkan, bila dia ketawa wajahnya bertambah jelita. Lekuk lesung pipitnya kian jelas dan nampak mendalam. Bibirnya yang nipis amat mendebarkan. Pendek kata apa yang ada pada diri Nurul Hayat tetap indah dan menarik. Kemudian, saya bayangkan hujung hidung saya terbenam ke kulit pipinya. Nurul Hayat ketawa dan mengeliat kegelian. Dia terus memeluk dan merangkum tubuh saya.

Heeiii.. "

Serentak dengan jeritan kecil itu, terasa rusuk kiri saya di siku dengan kuatnya hingga perutnya terasa senak dan saya hampir tersungkur ke depan. Nasib baik saya sempat berpaut pada bibir bot.

"Kenapa kamu rebahkan badan kamu kedada aku," tutur Nurl Hayat dengan wajah yang masam. Saya mula menyedari apa yang telah saya lakukan. Khayalan membuat saya terlupa keadaan keliling.

Saya rasa malu yang amat sangat. Rasanya sudah tidak sanggup untuk berdepan dengan Nurul Hayat. Harga diri dan maruah bagaikan sudah hancur berderai. Bila Nurul Hayat merenung saya tepat-tepat, saya tersipu-sipu. Saya buat muka tebal dan cuba tersengih macam kerang busuk. Cuma itu saja yang berdaya saya lakukan untuk menutup malu.

Inilah akibatnya kalau suka berkhayal, tunggul disangkakan manusia. Budi bahasa, sopan santun semuanya hilang dan tenggelam dalam dunia angan-angan yang tidak bertepi, memang tidak salah kata orang tua-tua, kalau perasaan ghairah dilayan, akan membaca bencana, menjadikan taraf manusia kepada taraf binatang.

"Kenapa dengan kamu Tamar, tiba lembik macam ayam mabuk tahi. Apa dah jadi Tamar," muka Nurul Hayat nampak merah padam, dia marah sangat.

"Aku terasa nak pening, perut rasa mual. Bot yang aku naiki ni, terasa tunggang balik,' itu saja dalih yang mampu saya luahkan. Semoga dengan pembohongan itu, Nutul Hayat akan bersimpati dengan saya.

"Kamu jangan bohong dengan aku, Tamar."

"Kenapa aku mesti bohong, aku bercakap perkara yang benar," kata saya sambil membuat muka sedih.

Nurul Hayat termenung sejenak. Saya terus buat pura-pura sakit dan cara kebetulan rasa senak akibat disiku oleh Nurul Hayat masih terasa, jadi mudahlah saya berlakon.

"Sekarang apa rasanya?"

"Dah beransur kurang,"

"Sekarang sandarkan badan kamu, luruskan kaki. Tenangkan fikiran kamu dan jangan ingat apa-apa," lanjut Nurul Hayat. Saya segera melakukan apa yang disuruhnya. Nurul Hayat gembira kerana saya patuh dengan perintahnya.

Dengan perlahan-lahan Nurul Hayat mengesut ke kanan hingga jarak antara kami terpisah agak jauh. Jarak lutut saya dengannya terpisah kira-kira sekaki.

"Kenapa mengesut jauh," kata saya.

"Bukan apa apa bias senang kamu beehat nanti kalau kamu terasa pening, kamu tak merebahkan kepala kamu ke arah dadaku,' katanya dengan senyum.

Tidak dapat saya takrifkan erti senyum itu sama ada ikhlas atau sekadar untk senyum saja. Apa yang pasti saya terasa seperti disindir. Kami terus membisu, Cuma bunyi deru enjin bot saja yang mengasak lubang telinga kami.

REDUP

Sinar matahari kian tunduk, suasana terasa redup dan menyenangkan. Bot yang bergerak menghasilkan angin lembut membuatkan badan terasa segar sekali.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 11 )(COMPLETE)Where stories live. Discover now