Pintu utama dibuka sebaik sahaja Cadence mendekati. Cadence masuk ke dalam bilik perbincangan kumpulan mereka. Sebagai seorang ketua kumpulan, Cadence amat ditakuti oleh orang-orangnya.
Cadence duduk disalah sebuah kerusi yang sudah tersedia untuk dirinya. Masing-masing senyap seribu bahasa menanti ucapan daripada Cadence.
"I have a bad news."
"Aku tak tahu nak bagitahu korang macam mana tapi, aku terpaksa bagitahu juga." Cadence berhenti seketika sebelum menyambung ayat seterusnya.
Kedengaran sedikit keluhan daripada mulut Cadence.
"Aku terpaksa bersekolah."
Mereka terkelu mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Cadence.
"Kenapa pula bos perlu pergi itu sekolah?" Soal Ben dengan pelat cinanya.
Mereka yang lainnya hanya mengangguk menyetujui persoalan Ben.
"Kalau bukan sebab ayahanda, tak ada aku nak terhegeh-hegeh masuk sekolah!" Kata Cadence beremosi.
"Takkan lah bos nak lepas tangan je?" Soal Flick pula.
"Lepas tangan? Maksud kau Flick?"
"Haiya, bos. Itu Flick kata, takkan la bos mau biarkan kita macam ini saja maa." Ben menyampuk.
Cadence tersenyum mendengar kata-kata orang bawahannya. Cadence tidak sangka bahawa mereka begitu sayangkan Cadence sehingga tak sanggup untuk melepaskan Cadence.
"Kalau aku lepas tangan macam tu je tak pe kan?" Soal Cadence mengusik mereka.
Wajah mereka sudah berubah. Ada yang kelihatan tidak senang duduk mendengar kata-kata Cadence, ada pula yang entahlah bagaimana hendak menyatakan reaksi muka mereka.
Cadence ketawa terkekeh-kekeh. Dia bukannya serious. Bos mana yang sanggup tinggalkan orang-orangnya begitu sahaja.
"Aku main-main je lah. Korang ambil serius kenapa? Tak adalah aku nak lepas tangan macam tu je. Banyak lagi benda aku belum settlekan."
Wajah mereka masih juga seperti sebelumnya. Cadence sudah tidak senang duduk apabila dipandang sebegitu. Bukannya dia takut tapi dia takut mereka tidak percaya akan kata-kata Cadence.
"Oh, come on. Aku main-main je lah."
"Wa cium baru tau." Kata Ben mengusik.
Nak cium pun tak apa, muka Ben ni boleh dikatakan hensem jugalah. Mata Ben yang berwarna hitam gelap dan jelingannya yang boleh membuatkan wanita jatuh hati padanya membuatkan Ben seorang yang sangat diminati ramai wanita. Tambahan lagi dia penjaga kelab malam. Memang beribu wanita yang menawarkan badan mereka untuk Ben. Wanita mana boleh tahan dengan daya tarikan Ben.
"Ben kau nampak tak buku lima aku?" Soal Cadence.
"Kau cium buku lima aku baru sedap." Sambung Cadence lagi.
Mereka semua tergelak termasuk Ben sekali. Hubungan Cadence dengan orang-orangnya amat akrab walaupun bergurau kasar mereka langsung tidak mengambil hati.
"Wa punya bos manyak jual mahal lo. Tapi wa masih sayang sama lu." Kata Ben sambil mengenyit mata.
"Macam-macamlah korang ni. Aku nak tanya satu soalan. Kalaulah aku pergi ke sekolah, dalam masa yang sama korang kena serang dengan musuh korang dapat tak settle benda tu tanpa aku?"
Mereka diam.
"Kita tak tahu nak buat apa tanpa arahan daripada bos." Jawab Caven jujur.
Mereka yang lainnya hanya mengangguk. Mereka menunduk. Takut-takut sekiranya Cadence marah mendengar jawapan daripada mereka.
YOU ARE READING
Don't Mess Up With Demon
ActionNymph dan Cadence, dua orang gadis licik yang dikenali ramai di dunia gelap. Latar belakang kehidupan yang amat misteri mendorong mereka menjadi pengganas. Tetapi perwatakan gelap mereka berdua terlindung. Ramai manusia sangkakan mereka berdua adala...