four♣️

69 13 8
                                    

"Cade balik sekarang!"

"Kenapa?"

"Balik!"

"Ok."

Talian terus dimatikan. Nymph ketika itu berasa risau terhadap Cadence. Anak buahnya sebentar tadi ada menelefonnya, memberitahu bahawa Cadence diserang hendap musuh dan mengalami kecederaan.

Nymph berlegar-legar di ruang tamu menanti Cadence pulang. Ayahanda keluar daripada bilik bacaannya dan melihat Nymph sedang berulang-alik diruang tamu.

"Kenapa dengan kau Nymph?"

"Oh, ayahanda. Nymph tak ada apa-apa, cuma tunggu Cadence balik."

Kerisauannya cuba untuk ditutup daripada penglihatan ayahandanya.

"Oh, tolong ye bagitahu Cadence yang ayahanda minta maaf."

"Baiklah ayahanda."

Ayahanda terus masuk ke dalam bilik tidurnya.

Tidak lama selepas itu kereta Lamborghini milik Cadence diparkir dihadapan rumah. Cadence keluar dari perut kereta diperhati.

Gadis itu berjalan terhincut-hincut masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja pintu dibuka wajah Nymph kelihatan.

"Kenapa terdesak sangat suruh aku balik?"

"Kenapa dengan kaki kau?"

"Kalau nak tanya benda tak berfaedah tu, bagus tak payah paksa aku balik."

Tak berfaedah?

Deyy kita prihatin kot tanya kenapa dengan kaki dia.

"Kau kena serang kan?"

"Aku nak masuk, penat. Nak tidur." Cadence cuba untuk berdalih.

Cadence melangkah masuk. Langkahnya cuba untuk dikawal supaya tidak terlalu kelihatan dia sedang tercedera.

Sampai satu tahap gadis itu hampir sahaja terjatuh tapi sempat ditahan Nymph. Cadence dipapah ke sofa.

"Lepas lah. Tak perlu bantuan kau pun."

"Ego betul." Kata Nymph kepada Cadence.

Cadence dilepaskan sebaik sahaja punggung gadis itu mencium permukaan sofa.

Nymph duduk berhadapan dengan gadis itu.

"Sekarang bagitahu aku kenapa dengan kaki kau."

Cadence merengus malas kemudian menggeleng.

"Aku tak apa-apa. Kau tengok aku sihat je kan.

"Kaki kau tak sihat."

"Err, tu kebetulan je aku hampir jatuh silap langkah apa."

"Yelah tu. Tak payah tipu. Kau kena serang hendap tadi kan?"

Mata Cadence sudah memerhati Nymph tajam.

"Mana kau tahu?" Soalan Nymph dijawab soalan.

Nymph hanya buat muka bodoh. Malas menjawab soalan Cadence. Jujur je, tu pun susah ke?

"K, fine. Aku tak tahu siapa serang hendap aku. Tapi dua mati, lebih kepada tak sengaja."

"Tipu."

Cadence tercengang. Wajahnya diraup.

"Kau bunuh semua buka dua. Masa kau serang mereka kau sempat kena tembak. Betul tak?"

Nymph menyoal Cadence seperti seorang inspektor yang sedang menyoal penjenayah.

Don't Mess Up With DemonWhere stories live. Discover now