Cadence melangkah tenang masuk ke dalam kelas selepas selesainya waktu rehat. Nymph hanya membontoti Cadence dari belakang.
Sekelompok pelajar terus menoleh ke arah mereka berdua sebaik sahaja Nymph melangkah masuk. Diantara mereka terdapat tiga orang lelaki.
Cadence menoleh sejenak kemudian membiarkan pandangan tajam yang asyik memandang mereka berdua.
"Tu, perempuan tu yang cederakan Ed!" Seru salah seorang pelajar perempuan sambil menunding jari ke arah Nymph.
Nymph tidak mengendahkan mereka. Dia meneruskan langkah kakinya menuju ke meja belajar mereka berdua.
Salah seorang daripada mereka berdiri, mendapatkan Nymph. Tangan Nymph direntap kasar, membuatkan Nymph berhenti menapak.
"Apa kau nak?" Soal Nymph malas.
"Apa kau dah buat kat Ed aku?!" Soal gadis dihadapannya.
Nymph melihat pada nama yang tertera pada baju gadis itu.
Nill.
Nymph kembali melihat wajah gadis itu. Kedua-dua belah bahu dijongketkan menandakan dia tidak tahu.
Nymph melangkah semula mendapatkan Cadence yang meletakkan kepalanya di atas meja.
Baru beberapa langkah Nymph menjauhi Nill, Nill menarik rambut Nymph kuat.
Nymph menoleh laju lalu menampar wajah Nill tanpa sebarang amaran.
"Kau sama je dengan mamat sial tak guna tu. Suka main rambut. Jangan jadi manusia yang tak sayangkan nyawa!"
"Bodoh!" Tengking Nymph.
Cadence yang meletakkan kepalanya di atas meja, mengangkatkan kepalanya sebaik sahaja mendengar Nymph menengking seseorang.
"Jangan layan orang bodoh macam tu. Membazir masa, membazir tenaga kau."
Cadence meletakkan semula kepalanya ke atas meja.
Edward, Jondri dan Alex mendekati Nymph. Mereka bertiga tersenyum sumbing. Bahagian kiri pipi Alex kelihatan lebam.
"Hey perempuan. Kau banyak buat hal hari pertama kau sekolah kat sini. Jangan menyesal selepas buat hal dengan kitaorang." Ugut Edward.
Nymph memerhati wajah mereka satu persatu.
"Aku tak akan pernah menyesal. Mungkin kau akan menyesal." Balas Nymph.
Nymph membiarkan mereka disitu. Nymph mendapatkan Cadence yang sudah lena tertidur dimeja gadis itu.
Telefon bimbit dikeluarkan. Kekunci pada skrin telefon bimbitnya ditekan, membuka pengunci kawalan telefon.
37 missed call.
"Aihh? Banyak juga panggilan aku tak jawab."
Nymph berasa pelik melihat terlalu banyak panggilan yang masuk. Sudahlah dia meletakkan deringan telefonnya dalam mode silent.
Cadence yang lena diulit mimpi dimeja gadis itu digerak.
"Apa kau nak?..." Soal Cadence dalam keadaan mamai.
Kepala Cadence masih diletakkan ke meja.
"Telefon kau." Pinta Nymph.
Cadence menyelok poket seluarnya dan menghulurkan telefon dengan malas.
" password? " Soal Nymph.
"Kau sendiri tahu...dah...jangan kacau. Aku penat ni..." Kata Cadence.
YOU ARE READING
Don't Mess Up With Demon
AksiNymph dan Cadence, dua orang gadis licik yang dikenali ramai di dunia gelap. Latar belakang kehidupan yang amat misteri mendorong mereka menjadi pengganas. Tetapi perwatakan gelap mereka berdua terlindung. Ramai manusia sangkakan mereka berdua adala...