Motorsikal milik Edward dan Jondri memasuki kawasan sekolah dan diparkir di tempat yang telah disediakan.
Helmet dikepala dibuka dan diletakkan di atas tempat duduk.
"Hai Edward." Sapa beberapa orang gadis.
Edward hanya menghadiahkan senyuman. Jondri menyiku Edward.
"Apa?" Soal Edward.
"Ada awek baru tak bagitahu." Jondri tersenyum senget.
Kedua-dua orang jejaka itu tergelak sendiri.
Loceng berbunyi menandakan waktu pelajaran sudah bermula.
"Jomlah, kita masuk kelas. Tak pasal-pasal Pak Lut tu bising." Kata Edward.
Pak Lut yang dimaksudkan Edward adalah Cikgu Luth. Edward amat benci kepada Pak Lut kerana sering menghukum Edward dan Jondri apabila tertangkap keluar daripada kawasan sekolah tanpa kebenaran.
Tangan dimasukkan kedalam poket seluar. Jondri dan Edward berjalan menuju ke kelas.
Apabila tiba di kelas Edward dan Jondri disapa oleh rakan-rakannya. Beg galas Edward dilempar ke atas dan disambut kemas oleh rakannya.
Para gadis didalam kelas hanya memerhati Edward dengan penuh minat.
"Wei, bro lepak lepas kelas jom." Alan mengajak Jondri dan Edward.
"On!" Sahut Alex.
Jondri dan Edward memandang satu sama lain. Kemudian Jondri menyoal Edward dengan pergerakan kepala keatas menandakan 'amacam?'
"Bukan selalu dude." Kata Alex pula.
Kepala Alex diketuk Jondri kuat.
"Bukan selalu kepala otak kau. Tiap petang kita main basketball tu bukan lepaklah namanya?" Soal Jondri.
Alex tersengih kambing. Kepala diusap kerana sakit diketuk oleh Jondri.
Pintu kelas diketuk secara tiba-tiba.
"May I meet Edward?"
Edward masih leka berbual dengan kawan-kawannya tiba-tiba diganggu oleh Amelia.
"Sorry sebab ganggu korang, tapi Cikgu Luth nak jumpa." Kata Amelia.
"Oh, ok."
Edward bangun daripada kerusi kemudian menuju ke arah pintu kelas.
"Apa kau nak Pak Lut?"
"Pengetua Difen arahkan kau ke bilik dia sekarang."
Edward tidak banyak soal. Lelaki itu terus menuju ke bilik pengetua.
Setiba Edward dihadapan pintu pengetua, pintu itu diketuk.
"Come in!"
Setelah mendapat kebenaran masuk Edward masuk ke dalam bilik. Kerusi ditarik dan Edward terus duduk.
"Why do you want to meet me?" Soal Edward.
"Listen Edward, I decide you to candidate to be a supervisor."
Riak wajah Edward berubah. Perkara itu amat ngeri, dengan tanggungjawab bagai.
"No! I don't want to be a supervisor."
"No excuse Edward, you need to be."
Edward hanya memerhati Pengetua Difen tajam. Penumbuk digenggam erat.
"I say no, it means no!"
Edward terus keluar daripada bilik Pengetua Difen. Perasaan marah didalam dirinya membuak. Langkah diperaturkan menuju ke kawasan parkir motosikal.
Helmet dikenakan ke kepala dan enjin motosikal dihidupkan. Motorsikal milik Edward meluncur laju keluar dari kawasan sekolah.
Motosikal dipandu menuju ke salah satu kafe kegemarannya. Setelah memarkirkan motosikal miliknya dan membuka helmet, Edward melangkah masuk ke dalam kafe itu.
Secawan Capuccino dipesan di kaunter pesanan. Edward mengambil tempat di meja bersebelahan dua orang gadis yang sedang rancak berbual.
' tak pernah tengok muka dua orang ni dekat kawasan sini.'
Edward hanya diam sambil bermain telefon. Suara dua orang gadis itu berbual sedikit mengganggu tetapi tidak diendahkan. Biasalah keadaan di kafe akan bising dengan suara pelanggan.
"Weyy, hari tu aku jumpa Ben kat kelab."
"And then?" Sahut rakannya.
"Ini aku malas kalau nak cerita kat kau. Layan nak tak nak je."
"Yelah... Lepas tu!?" Balas rakannya yang berambut blonde.
Kawannya membuat gaya teruja dalam paksaan.
Mereka berdua ketawa kerana lucu tanpa mempedulikan pelanggan yang lainnya.
Edward yang bersebelahan dengan dua orang gadis itu berasa tidak selesa.
"Boleh senyap sikit tak? Hormat pelanggan lain." Kata Edward kepada dua gadis itu.
"No!" Balas gadis berambut hitam itu.
"Jangan kau fikir kau perempuan aku takut nak herdik kau!" Balas Edward mula hilang sabar.
Gadis yang berambut blonde sejak dari tadi membelakanginya Edward hanya duduk diam. Layaknya dia malas untuk masuk pergaduhan antara lelaki itu dan rakannya.
"Weyy Cade, tolonglah aku hentam Mamat tak guna ni!"
"Kau hentamlah sendiri malas nak campur urusan kau dengan mamat tu." Balas gadis yang bernama Cade itu.
Lelaki itu tergelak kerana gadis berambut hitam itu tidak dilayan oleh kawannya.
"Ada hati nak minta tolong kawan." Kata Edward sinis.
"Kau!!"
Gadis berambut hitam itu mendekati Edward dan satu tamparan dihadiahkan ke muka Edward.
Edward hilang sabar diperlakukan sebegitu. Rambut gadis hitam direntap kasar. Cade yang menyedari perbuatan itu hanay melihat dengan penuh minat di tempat duduknya tanpa membantu kawannya.
Pelanggan yang berada di situ tidak berani untuk memasuki urusan pergaduhan antara Edward dan gadis berambut hitam itu.
"Ni dah melebih kalau tarik rambut aku bagai ni!"
Tangan lelaki itu di pegang dan di kunci oleh gadis berambut hitam itu kemas. Apabila sudah bersedia, tangan lelaki itu dipulas sekuat hati sehingga rambutnya terlepas daripada genggaman lelaki itu.
Tangan lelaki itu masih dipegang erat oleh gadis berambut hitam itu lalu perut lelaki itu dihentak dengan kepala lututnya sehingga lelaki itu terjatuh menahan sakit.
Bukan setakat itu sahaja gadis itu memperlakukan lelaki itu, gadis itu menyepak lelaki itu beberapa kali.
Menyedari perkara itu terlalu keterlaluan Cade mengambil tindakan memberhentikan tindakan rakannya.
"Nymph stop it. It over!"
"Puas hati aku. Lagi kau main rambut?!"
Tangan Nymph ditarik Cade menjauh daripada lelaki yang sudah terbaring itu.
"Kau tunggu aku kat tempat kita parkir motosikal tadi."
Nymph hanya mengangguk mendapat arahan daripada Cadence. Gadis yang bernama Nymph itu melangkah pergi.
Cade mendekati lelaki yang telah dibelasah rakannya tadi, bukan untuk membantu tapi hanya memerhati.
"Hey dude, lain kali jangan suka hati tegur kalau kau sendiri belum dapat nak lawan balik kalau dah kena bencana. Faham?"
Cadence meninggalkan lelaki itu tanpa meminta maaf ataupun sebagainya.
Lelaki itu layak diperlakukan sebegitu.
YOU ARE READING
Don't Mess Up With Demon
ActionNymph dan Cadence, dua orang gadis licik yang dikenali ramai di dunia gelap. Latar belakang kehidupan yang amat misteri mendorong mereka menjadi pengganas. Tetapi perwatakan gelap mereka berdua terlindung. Ramai manusia sangkakan mereka berdua adala...