Suasana kelas SST1 kedengaran amat riuh-rendah kerana ketiadaan guru yang masuk ke dalam kelas.
Jondri, Alex, Alan dan Edward seperti biasa duduk bersembng sakan adalah kebiasaan bagi mereka apabila ketiadaan guru di dalam kelas.
Pelajar yang lainnya sedang sibuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru matapelajaran yang lainnya.
"Mana cikgu Luth ni?" Keluh salah seorang pelajar perempuan kelas SST1 itu.
"Baguslah dia tak masuk, dapat kita main." Balas rakannya.
"Tapi..."
"Selamat pagi kelas! Maaf saya terlambat sedikit untuk masuk ke kelas awak semua pagi ini, sebab kita akan menerima dua orang pelajar baru di dalam kelas ini."
Semua pelajar di dalam kelas itu mula mengeluarkan bunyi bising. Mereka bertanya antara satu sama lain mengenai pelajar baru itu.
"Diam, diam. Cikgu akan perkenalkan mereka berdua kepada kamu semua hari ini."
"Awak berdua boleh masuk!" Arah Cikgu Luth.
Dua orang gadis melangkah masuk ke dalam kelas. Gadis berambut hitam kemas menggunakan baju uniform sekolah manakala gadis berambut blonde menggenakan pakaian biasa.
"Kenalkan diri awak berdua kepada kelas SST1." Pinta Cikgu Luth.
Nymph dan Cadence mengeluh. Wajah Cikgu Luth dipandang malas.
"Aku Cadence st. Fletcher. Panggil aku Cade." Cadence memperkenalkan dirinya ringkas.
"Aku Nymph."
Ok Nymph lebih ringkas, dan ianya seringkas ringkas nama yang telah diberikan oleh keluarga.
"Awak berdua boleh duduk di kerusi kosong di belakang kelas." Arah Cikgu itu.
Sebaik sahaja Nymph dan Cadence duduk di tempat duduk yang trlah disediakan, Cikgu Luth memulakan pembelajaran.
Semua pelajar fokus kepada Cikgu Luth yang sedang mengajar dihadapan kecuali empat orang pelajar lelaki. Mereka sedang rancak berbual.
Walaupun sudah ditegur berkali-kali, mereka tetap memekakkan telinga. Sehingga sahaja tamat masa Cikgu Luth mereka tetap berbual.
"Kau biar betul Ed?" Suara Alex memecah keheningan kelas.
Cikgu Luth sudah keluar daripada kelas. Matapelajaran seterusnya adalah sains. Kemudian adalah waktu rehat.
"Betul! Kawan dia yang rambut blonde tu yang halang kawan dia rambut hitam dari sepak aku terus-menerus."
Alex dan Jondri menoleh kebelakang. Alan hanya mendiamkan diri di tempat duduknya sambil menyiapkan tugasan yang baru diberi oleh Cikgu Luth.
"Lawa tho muka kawan dia rambut blonde tu. Kenapa kau tak usha je?" Puji Alex.
Alan menoleh melihat gerangan yang dipuji oleh Alex lawa itu. Ketika Alan masih meneliti wajah gadis berambut blonde itu, tidak semena-mena gadis berambut blonde itu menoleh.
Alan terus mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
"Cuba kau tegur Lex." Cabar Jondri.
"Kau lah." Balas Alex.
"Kalau aku, aku nak tegur kawan dia rambut hitam tu."
Alex dan Edward mentertawakan Jondri. Sudah terpampang dihadapan mereka, gadis berambut hitam itu mencari masalah dengan mereka berempat. Sudahlah mencari masalah dengan Edward.
"Otak kau masih berfungsi ke J.D?" Soal Alex sambil mengetuk kepala Jondri beberapa kali.
Jondri menepis tangan Alex kasar.
YOU ARE READING
Don't Mess Up With Demon
AksiNymph dan Cadence, dua orang gadis licik yang dikenali ramai di dunia gelap. Latar belakang kehidupan yang amat misteri mendorong mereka menjadi pengganas. Tetapi perwatakan gelap mereka berdua terlindung. Ramai manusia sangkakan mereka berdua adala...