Awal pagi lagi Nymph sudah terbangun daripada tidur. Mata dikesat untuk menghilangkan rasa mamainya. Tangan beralih mengusap kepalanya yang berbalut itu.
"Dah ok rasanya." Kata Nymph seorang diri.
Sudah tiga hari Nymph terperap di dalam rumah semenjak gadis itu diserang musuh dan tercedera. Manakala Cadence pula seperti biasa keluar masuk rumah. Boleh dikira berapa jam sahaja gadis itu dirumah.
Mungkin gadis itu masih marah kepada ayahandanya.
Balutan dikepala dibuka kemudian kain balutan itu dibuang ke dalam tong sampah. Belakang kepala cuba untuk disentuh.
"Aduh!" Nymph mengaduh sakit apabila gadis itu tersentuh bahagian yang bengkak dibelakang kepalanya.
Secara tiba-tiba pintu biliknya diketuk.
"Masuk. Pintu tu tak berkunci." Arah Nymph.
Rasa malasnya untuk bangun daripada katil itu menguasai dirinya. Pintu dibuka. Wajah Cadence terpampang di hadapan pintu berlengkap pakaian kemeja biru gelap melapisi t-shirt hitam.
Air liur ditelan. Cadence tersenyum sumbing dihadapan pintu.
" Kau kata pintu tak kunci tadi kan?" Soal Cadence.
"Ala malam tadi aku terlupa." Kata Nymph cuba beriak biasa.
" Senanglah nak bongkar privasi kau, kan?" Kata Cadence nakal.
Bantal diraih cuba untuk dibaling ke arah Cadence. Tetapi ditangkap Cadence dengan kemas. Cadence melangkah masuk ke dalam bilik dan menarik kerusi kerja Nymph.
"Dah ok kepala kau?" Soal Cadence prihatin.
"Ada rasa bengkak. Sakit pula tu."
Sebelah kening dijongketkan keatas.
"Sini aku periksa."
Cadence bangun daripada kerusi menuju ke arah Nymph yang berada diatas katil. Nymph berpusing membelakangi Cadence bagi memudahkan Cadence untuk melihat bengkak yang dikatakan oleh Nymph.
"Masih sakit ka?" Bengkak itu ditekan Cadence kuat.
"Ahhhhhhh! Sakit sial!" Nymph mengaduh seraya itu gadis itu berpusing.
Cadence tergelak. Ada masanya Cadence kelihatan amat lurus bendul, ada masa juga gadis itu terlalu menjengkelkan.
"Aku dah kata sakit tadi kan, kau pergi tekan apasal bodoh?!"
Nymph sudah mula terpekik terlolong seperti ayam kehilangan telur.
Cadence hanya mampu tergelak.
"Kau keluar dari bilik aku sekarang!" Arah Nymph keras.
"Kalau aku tak nak?"
"Keluarlah bodoh!"
"Hey, hey apa bising-bising awal pagi ni?" Soal ayahanda secara tiba-tiba.
Tiada angin tiada ribut orang tua itu tiba-tiba memunculkan diri.
"Ayahanda, Cadence budak sial tu tekan bengkak Nymph!" Adu Nymph seperti tercekik tulang.
"Nymph kecilkan suara kau tu. Tak payahlah nak menjerit." Kata ayahanda.
"Cadence kenapa kau tekan bengkak Nymph?!" Soal ayahanda kepala Cadence pula.
"Entah, aku rasa nak tekan. Aku tekanlah. Dah lah aku nak keluar rasa panas pula dalam bilik ni." Kata Cadence.
Gadis itu keluar dan dengan sengaja melanggar bahu ayahandanya dengan kasar.
Nymph terdiam melihat sikap Cadence sebegitu teruk memperlakukan ayahanda. Tak pernah lagi gadis itu marah tahap melanggar bahu ayahanda tanpa rasa bersalah.
'sudah tahap kritikal marah budak ni.' monolog Nymph.
"Nymph, sini ayahanda tengok bengkak kau." Kata ayahanda prihatin.
"Jangan tekan tau. Sakit lagi tu." Kata Nymph memberi amaran.
"Ye, ayahanda tahu lah."
Bengkak dibelakang kepala Nymph diperiksa. Bengkak itu mungkin akan hilang dalam beberapa hari lagi. Mungkin lebih. Berdasarkan tahap kesakitan bengkak tulah.
" Tak lama lagi tu." Kata ayahanda.
Wajah Nymph dipandang dalam. Nafas berat dilepaskan. Ayahanda menunduk.
Nymph dapat rasakan sesuatu yang tidak baik. Mungkin ayahanda terasa dengan kelakuan Cadence.
"Nymph, boleh tolong ayahanda?" Soal ayahanda kemudian memandang tepat ke dalam anak mata gadis itu.
"Tolong apa?"
"Bagitahu Cade yang ayahanda minta maaf."
"Kenapa ayahanda sendiri tak cuba untuk minta maaf kat Cade?"
"Cade selalu mengelak daripada bertembung ayahanda. Setiap kali ayahanda terserempak Cade sedang duduk di dapur berehat mesti Cade cepat-cepat minum air dia dan keluar daripada rumah ni." Ayahandanya benar-benar mengadu ketika itu.
"Nymph cuba yang terbaik." Kata Nymph.
Ayahanda tersenyum paksa. Bawah mata lelaki itu sudah berair. Ayahanda mengelap air mata itu dan terus keluar daripada bilik.
Nymph melepaskan keluhan berat. Otak sedang ligat memikirkan bagaimana caranya untuk menyampaikan maaf ayahandanya kepada Cade yang sedang menyinga itu.
"Hishh, daripada aku fikir benda tu bagus aku mandi dulu."
Kaki diatur menuju ke bilik mandi. Bayangan Nymph hilang disebalik pintu bilik mandi.
YOU ARE READING
Don't Mess Up With Demon
AzioneNymph dan Cadence, dua orang gadis licik yang dikenali ramai di dunia gelap. Latar belakang kehidupan yang amat misteri mendorong mereka menjadi pengganas. Tetapi perwatakan gelap mereka berdua terlindung. Ramai manusia sangkakan mereka berdua adala...