Bab 4

149 17 0
                                    

Stereng kereta dipusingkan. Audi TT itu dibelok menuju ke arah satu kedai muzik yang terletak ditepi jalan raya ini. Sampai sahaja di hadapan kedai itu, kereta aku parkirkan di tempat parking yang disediakan.

Pintu kereta dikunci. Lalu, aku keluar dari Audi TT tersebut.

Buka sahaja pintu kaca tersebut, terus bau kedai itu menusuk hidung. Bau yang aneh dari alatan muzik. Namun sangat menyenangkqn.

Aku menoleh saat terdengar petikan gitar. Di penjuru kedai itu, seorang budak perempuan dalam usia 17 tahun memetik gitar tanpa mempedulikan sesiapa.

Wajahnya ditundukkan tanpa diangkat. Terus dia memetik gitar di dalam dunianya sendiri. Rambutnya menutupi sebahagian wajahnya.

Kaki aku gerakkan mengelilingi kedai ini. Banyak alatan yang aku sendiri tidak tahu namanya. Kedai ini sangat antik dan pada yang sama lebih moden dari yang lain.

Aku terhenti pada sebuah gitar yang bewarna coklat. Cantik. Tangan aku naik mengusap gitar yang tergantung di dinding ini.

"Kau suka?"

Tubuh aku pusingkan spontan. Terkejut dengan sapaan secara tiba tiba.

Adrian yang memerhatikanku mengukir senyuman manis. Aku urut dada pelahan. Sama ada aku terkejut dengan sergahannya atau memang aku akan berdebar setiap kali wajahnya menyapa pandangan.

"Kalau kau suka, kau boleh ambil." Ujar lelaki itu tenang.

"Apa awak buat kat sini?" Aku menyoal. Dia tersengih.

"Bukan aku ada bagitahu yang aku ada kedai muzik ke?" Bibirnya mengukir senyuman senget. Disebabkan faktor ketinggian yang berbeza, dia menunduk memandang aku. Dan aku, perlu mendongak. Itulah, masa kecik dulu tak minum susu.

"Jadi ni kedai awak?"

Wafiy tidak menjawab. Kakinya melangkah menuju ke satu piano yang terletak ditengah kedai. Lantas dia duduk di atas kerusi piano tersebut.

Jarinya dilarikan di atas papan kekunci piano tersebut menghasilkan satu alunan indah. Tanpa aku sedar, mulut aku menggumam mendengar alunanya.

Ralit aku memerhatikan lelaki ini dari tepi. Terserlah karismanya. Sehinggalah ke akhir notnya, aku mendengar dengan tekun. Langsung tak mahu tertinggal not yang lelaki ini mainkan.

Tepukan gemuruh dihadiahkan buat Wafiy saat piano itu ditutup. Jelas lelaki itu terkedu. Dia bersalaman dengan beberapa pelanggan kedai itu.

"Hebatlah abang main piano tadi tu! Nanti saya pun nak belajar jadi pro macam abang jugaklah!" Teruja seorang jejaka berkata padanya.

Wafiy tersenyum. Dia hanya menepuk bahu lelaki tersebut dan bersalaman. Seraya lelaki itu mempamit diri, terus matanya bertembung dengan mataku yang galak memerhati dari tadi.

"Awak, lagu apa ya tadi tu?"

Wafiy menguak rambutnya. "Cant take my eyes off you."

Aku mengangguk mendengar jawapannya. Not lagu tersebut terlalu sweet. Walaupun Wafiy tak bernyanyi, aku dapat teka lagu tersebut mempunyai makna yang ingin disampaikan.

"Saya tak sangka yang ni kedai awak. Kebetulan betul." Ujarku kepadanya. Wafiy menjongket sebelah kening.

"Ya ke tak sangka. Padahal kau stalk aku kan? Aku kan hensem."

Aku ternganga. "Hei, tak ada maknanya saya nak stalk awak. Awak bukan Kim K pun sampai saya nak jadi paparazi." Balasku terhadap tuduhan tak berasasnya itu.

Aku? Jadi stalker. Memang tidaklah. Stalker instagram? Mungkin ya tapi memang taklah aku akan menjejak lelaki ini sampai sini.

Lagipun aku sendiri tak sangka ini kedai dia. Dari minggu lepas lagi aku perhatikan. Baru sekarang aku ada peluang nak meninjau kedai ini.

Pabila Takdir Kata DiaWhere stories live. Discover now