"NAMA kau apa?" soal Adrian kepada gadis yang baru dikenalinya lima minit yang lepas. Tadi, dia mendapat panggilan supaya pulang. Fikirnya ada hal yang mustahak, rupanya dia cuma dikenalkan dengan gadis berusia 15 tahun disebelahnya ini.
Gadis itu mengangkat mukanya. Bawal hitam yang diselempang idibetulkan agar menutup dada. "Nur Hawa Ariana."
Adrian mengangguk. "Aku Adrian Wafiy." huluran tangannya dibuar sepi sebelum gadis itu membalasnya dengan senyuman.
"Bukan muhrim." lembut gadis itu membalas. Adrian menggosok tengkuknya. Suasana janggal itu membuat dia rasa tidak selesa.
Rambutnya yang ditiup angin dibiarkan saja. Sesekali matanya memandang gadis yang leka mencabut rumput di taman itu, mungkin bosan.
"Awak, tengok tu!" Adrian mengangkat wajah. Hawa yang bangun lantas berlari anak menuju ke arah bunga ros yang ditanam dipandangnya sepi.
"Adrian, ikut dia!"
Adrian menggulingkan mata. Memang mama fikir dia ni budak- budak umur lima tahun ke apa? Dia sudah beumur 17 tahun!
Tanpa sebarang kata, dia bingkas bangun lalu menepuk seluarnya yang terkena debu. Dengan lengang, dia menuju ke arah gadis yang leka merenung sesuatu.
"Kenapa kau lari? Malu la aku mama aku tegur macam tu." luah Adrian tidak berpuas hati.
Hawa mengemam bibirnya, mungkin sedar akan kesalahannya. "Maaf.." ujarnya pendek, namun ikhlas.
Adrian menghela nafas. Dia duduk bercangkung disebelah gadis itu. Rama- rama yang hinggap di atas bunga itu diperhatikan bosan.
"Kau tenung apa?" dia menyoal. Dari tadi dia lihat gadis itu merenung bunga itu. Entah apa yang menarik, dia sendiri tak tahu.
Hawa mengulum senyuman. "Rama- rama." balasnya ringkas. Adrian menjongketkan kening. Rama rama bewarna biru itu dipandang.
Tak cantik, langsung. Rama- rama bersaiz sederhana dengan warna biru yang membosankan. Itu pun nak pandang ke? Dasar perempuan.
"Bukannya cantik pun." Sindirnya. "Tak cantik, macam kau." Adrian tersenyum sinis melihat Hawa yang sudah tertunduk itu.
"Maaf, sebab saya tak cantik." Balas Hawa lalu merenung dalam mata Adrian.
Adrian tersentak. Degupan jantungnya menjadi laju. Sepasang mata hazel itu..
Lantas dia menggeleng. Ish kau ni! Tengok la dahi dia tu, penuh bekas jerawat walaupun licin. Muka dia bulat, walaupun putih! Peha dia kecil sangat! Lidi!
Semua kekurangan gadis itu disebutnya di dalam hati. Tapi kenapa, debaran ni masih ada ya?
Hawa tersenyum hambar. "Tapi, rama- rama ni tetap cantik. Walaupun awak kata tak."
Dia tertawa kecil. "Kenapa kau suka rama- rama?" soal Adrian kebingungan.
Rama- rama? Benda terakhir yang dia akan suka. Itu pun kalau terpaksa. Lain pula dengan gadis bernama Hawa ni.
"Sebab..." Hawa menggigit bibir.
"Rama- rama kan cantik." Balasnya sambil tersenyum. Adrian tersenyum senget mendengar jawapan itu.
"That's not what I mean." Ujar Adrian bersahaja. Takkan la gadis itu menilai rupa sahaja semata mata? Apa yang cantik, semua disukanya.
Hawa ketawa kecil. "Well, rama- rama ni menarik pada pandangan saya. Cantik, bebas. Awak tahu, kecantikan rama- rama ni asli. Kalau awak pergi mana- mana pun, awak akan nampak benda cantik. Tapi mungkin, ianya tak asli. Tapi rama- rama ni, asli. Kecantikan dia tak pudar. Tapi tak juga kekal. Sebab jangka hayat hidup rama- rama tak panjang. Tapi rama- rama masih lagi gembira bebas dan ceriakan semua orang. Tengok orang kat sana tu, dari tadi khusyuk pandang rama- rama depan kita ni."
Adrian menoleh pada seorang lelaki yang tersenyum padanya sambil melihat rama rama tersebut. Lelaki pun suka rama rama?
Hawa menyambung semula. "Walaupun jangka hayat dia tak lama, dia masih gembira sebab bagi rama- rama tu, ianya masih rahsia. Berbeza dengan kita, kita dah kaji mereka. Lagipun rama- rama ni macam kita."
Dahi Adrian berkerut. "Kita sama macam rama- rama, sebab kita semua.."
"Cantik. Bebas. Penuh dengan rahsia." sambung Hawa. Adrian menatap kosong bunga tersebut sebelum idea jahat terpancul dari benaknya.
"Awak! Tengok rama- rama tu dah lari!!"
Adrian tertawa. Dia bingkas bangun mengejar Hawa yang sudah ketengah jalan itu.
"Hei! Hahaha! Hati ha–"
"ARGH!"
Pin!
Bam!
Adrian terkedu. Kejadian yang berlaku bergitu pantas itu mengejutkannya. Di bahu jalan, tubuh seorang gadis terpelanting. Darah memercik ke sana sini, keadaan gadis itu cukup mengerikan semua.
"Ha-Hawa.."
"Anak aku!"
Adrian terkesima. Kakinya terasa seperti digam di tar itu. Ibu bapa Hawa sudah merapati gadis yang berada di tepi jalan itu.
Sa-
Salah aku ke?
•••
HATI UNTUK DIBUANG
25 september 2018"I'll wait. I'll wait. I love you like
I'll never felt the pain."
YOU ARE READING
Pabila Takdir Kata Dia
Romance6 tahun lepas, mereka bertemu. Berlari, bergembira dan tatkala kereta tersebut menghentam Hawa, semua hilang. Adrian Wafiy, bukan pengecut dan bukan melarikan diri. Dirinya telanjur mencintai gadis 17 tahun itu. Tapi kalau dia penyebab gadis itu ber...