HAWA ARIANA
Aku melangkah keluar ke dari panggung wayang itu. Ah, bestnya cerita tadi! Lenguh pinggang aku duduk di dalam panggung lama lama.
Aku tersenyum sendiri. Hari ni, kita jalan seorang! Suasana shopping mall itu riuh rendah. Sesekali aku tersenyum kepada orang yang lalu lalang. Bagus betul rakyat Malaysia sekarang, murah menyedekahkan senyuman.
Aku sengaja menyorokkan kepulanganku ke Malaysia. Kenapa? Aku pun tak pasti. Sengaja. Nak tengok sama ada mereka tahu sendiri atau tidak.
Aku melilau sekeliling. Baskin Robins aku tuju. Dari semalam teringin nak makan aiskrim. Usai aku membeli aiskrim, terus aku keluar dari situ.
Sambil jalan jalan, aiskrim aku telan. Aku tak tahu nak beli apa. Memandangkan aku bukan shopaholic , berbeza dengan gadis gadis diluar sana.
Aku seorang yang berjimat cermat. Tapi kadang aku bawa keluar juga dekat 8 beg kertas. Takpelah, bukan selalu belanja diri sendiri.
Satu butik pakaian aku masuk. Tangan aku membelek apa yang ada. Mata aku tertumpu pada satu jumpsuit bewarna putih bersama seluarnya yang bewarna hitam dan berjalur putih.
Cantik!
Baju itu aku ambil. Selain itu, sehelai seluar jeans turut aku sambat. Terus aku bawa semua itu ke kaunter.
Baru mahu maju ke depan, satu tubuh terus meluru ke arah kaunter. Gadis kau ter itu terkebil kebil memandang aku.
"Excuse me, awak ni reti beratur atau tak?"
Tubuh tinggi itu berpusing. Muka garang aku tayang, sesuka hati dia je nak memotong barisan aku.
Zap.
Aku tersentak. Sepasang mata itu. Mata hitam lelaki itu tajam merenung aku. Bibir aku yang tadi lancang terus terdiam. Dan aku kaku, berdiri secara statik disitu.
Lelaki itu mengukir senyuman sinis. Matanya mengerling pakaian yang berada di tangan aku.
"Beli jumpsuit sebab nak nampak tinggi ke? Sedar diri lah tu yang dia pendek." Sinis lelaki itu berkata kata.
Kurang ajar! Aku menayang muka marah.
"Biarlah saya nak beli apa pun, sibuk je."
Lelaki itu tertawa kecil. Jujur aku terkedu tengok dia ketawa macam itu. Aku berdehem.
Tersentak aku saat dia merampas baju yang aku bawa dan meletakkannya di atas kaunter dihadapannya.
"Kira sekali. Letak asing." Dingin dia berkata kepada penjaga kau ter. Gadis itu hanya mengangguk dan meneruskan kerjanya.
Aku disini yang terkedu. Eh? Kira sekali!
"Eh, awak buat apa ni? Itu baju saya lah." Aku mengerutkan dahi. Dah kenapa nak bayarkan untuk aku? Buang tebiat ke apa?
Lelaki itu diam sahaja. Kad kredit dia keluarkan dan dihulurkan kepada gadis kaunter. Aku pula yang tak selesa. Aku tak suka orang belanja aku, tapi dia ni pulak.
Aku dan dia hanyalah stranger. Nama dia pun aku tak tahu, dia terus nak belanja aku baju.
"Eh encik ini kan–"
"Just shut up and follow me." Dia memotong kata kata ku. Aku ternganga. Lelaki ni serius ke?!
Terus dia bawa keluar beg plastik dan terus meluru keluar. Automatik, aku ikut keluar.
"Awak sabarlah! Kaki saya pendek je!"
Spontan lelaki dihadapan ku ini memusingkan tubuhnya. Statik lelaki itu berdiri tegak memandangku dengan riak dinginnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Pabila Takdir Kata Dia
Romance6 tahun lepas, mereka bertemu. Berlari, bergembira dan tatkala kereta tersebut menghentam Hawa, semua hilang. Adrian Wafiy, bukan pengecut dan bukan melarikan diri. Dirinya telanjur mencintai gadis 17 tahun itu. Tapi kalau dia penyebab gadis itu ber...